Sunday, October 23, 2016

Jose Mourinho: Saya hormati Chelsea namun saya adalah 100% Manchester United

Awal-awal lagi, Jose Mourinho memberi amaran “Saya adalah 100% Manchester United!” kepada bekas kelab bimbingannya, Chelsea, sebelum bermulanya pertemuan paling ditunggu-tunggu antara Chelsea dan Manchester United awal pagi nanti.
 
Jose Mourinho mula mendapat perhatian dunia ketika mengurus Chelsea
Mourinho yang digelar “the special one” oleh para peminat Chelsea itu berhasrat besar untuk menewaskan Chelsea di Stamford Bridge sekaligus mahu mengembalikan semula United di landasan yang betul dalam usaha untuk merampas semula trofi EPL.

Mourinho telah dipecat oleh Chelsea pada Disember lalu, tujuh bulan selepas mereka memenangi gelaran liga perdana Inggeris yang ketiga di bawah kendalian Mourinho. Bagaimanapun, Mourinho dikatakan telah berjanji untuk tidak meraikan sebarang gol sekiranya United berjaya menjaringkan gol dalam pertembungan itu. Manchester United yang hanya memenangi satu dari lima perlawanan liga sememangnya terdesak untuk mencari kemenangan.

Adakah Mourinho mampu membantu United untuk menewaskan Chelsea, kelab yang mengangkatnya menjadi seorang pengurus bola sepak ternama di dunia suatu ketika dulu? Jika melihat kepada prestasi semasa, Chelsea sememangnya lebih konsisten dan dikatakan telah mendapat rentak permainan di bawah kendalian pengurus baru, Antonio Conte.

P/s: Admin rasa….keputusan seri Chelsea 1-1 Manchester United

Lagi Info Menarik:


Sunday, September 11, 2016

Tewas kepada City, Mourinho salahkan pemain dan pengadil

Pergh!! memang berdetak jantung ketika menonton perlawanan klasik antara dua seteru berjiran Manchester semalam. Perlawan ini memang sangat dinanti-nantikan bukan hanya kerana status derby malah juga kerana ini adalah pertemuan klasik antara dua pengurus terhebat di abad ini iaitu Pep Guardiola dan Jose Mourinho. Perlawan tersebut memihak kepada pelawat dengan keputusan tipis Manchester United 1-2 Manchester City. Selaku peminat tegar Manchester United sejak dua abad lalu, memang aku pun kecewa dengan keputusan tersebut. Tapi apakan daya, dah adat permainan macam gitu. Kekadang menang, kekadang kalah dan kekadang seri. 

Mari kita korek pula apa kata Mourinho selepas kekalahan Manchester United semalam di Old Trafford. Menurut apa yang dipetik dari laman rasmi Manchester United, sangat jelas bahawa Mourinho menyalahkan keadaan pemain dan mutu pengadilan. Kata Mourinho, banyak pemainnya yang berada di bawah prestasi sebenar dan kurang fokus terutamanya pada separuh masa pertama. Kedua, Mourinho menyalahkan pengadil perlawanan, Mark (Clattenburg) yang sepatutnya memberi penalti kepada Manchester United. Bukan satu, tapi dua peluang penalti yang tidak diendahkan oleh si pengadil taik kucing tu...huhu..marah ni tau!! 

Kalau korang nak baca luahan lanjut penuh dramatik tapi masih positif dari Mourinho, boleh lah layari laman web dalam bahasa omputih kat manutd dot com

Apa-apa pun, GGMU!! Lepas ni, giliran United pula untuk balas dendam kat stadium Ettihad nanti..korang tunggu! 

Lagi info menarik:

Cerita Blogger