Friday, June 27, 2014

Fellaini akan botakkan kepala kalau Belgium menang piala dunia di Brazil

Ini dia 'Alleycats' dari Belgium.. Fellaini bukan saja terkenal sebagai pemain tinggi lampai yang berbakat malah rambut afro itu juga kini menjadi trademark buat dirinya. Namun jika Belgium berjaya merangkul piala dunia di Brazil, Fellaini sanggup botakkan kepala.
Marouane Fellaini
Pemain tengah Belgium, Marouane Fellaini berjanji akan membotakkan kepalanya jika skuad itu menjuarai Piala Dunia di Brazil. Fellaini yang turut bermain bersama Manchester United, berkata Belgium mampu menjulang Piala Dunia dan ia akan berlaku di Brazil. 

"Kami memang mampu dan layak untuk memenangi Piala Dunia. Jika percakapan saya ini benar berlaku, saya berjanji akan membotakkan kepala," kata Fellaini yang mempunyai darah Maghribi.
Fellaini yang mengetepikan masalah dialami bersama Manchester United meraih perhatian banyak pihak selepas beraksi cemerlang apabila masuk sebagai pemain gantian ketika menentang Algeria pada perlawanan pembukaan. 

Pada perlawanan itu, Fellaini berjaya menghadiahkan gol penyamaan, sebelum Belgium merekodkan kemenangan 2-1 ke atas Algeria. 

"Fellaini yang bermain untuk United dan Belgium adalah orang yang sama. United membeli saya setahun lalu. Banyak perkara buruk dan gembira yang sudah saya lalui. 

"Saya mengalami kecederaan, pertukaran jurulatih dan pasukan tidak bermain cemerlang. Kita lihat musim depan dan saya akan cuba mempamerkan persembahan lebih baik." tambahnya. 

Fellaini turut berkata, dia tidak menganggap perlawanan menentang Algeria sebagai bukti menunjukkan pencapaian terbaiknya, tetapi ia hanyalah usaha mahu membantu negaranya pada kempen Piala Dunia kali ini. - stadiumastro

P/s: Dah botak...rambut boleh tumbuh balik..ekekeke...

0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger