Monday, May 2, 2016

Lebih baik taja pasukan bola sepak tempatan dari beli kelab Eropah...tengok macam JDT!

Sejak beberapa tahun lalu, banyak sangat jutawan tempatan Malaysia yang suka melabur ratusan juta ringgit untuk membeli kelab ternama di Eropah berbanding melabur di negara sendiri. Alasannya, konon-konon mahu membantu meningkatkan lagi mutu bola sepak tempatan dengan adanya kerjasama dengan kelab Eropah yang dibeli tersebut. Pada hal, memang jelas tujuan mereka membeli kelab itu ialah untuk keuntungan semata-mata. Tengoklah apa yang terjadi dengan QPR dan Cardiff. Apakah peranan yang sudah diambil oleh owner-owner dari Malaysia tue? Paling-paling pun kita nampak friendly match saja dengan kelab-kelab ini. Buat malu negara saja bila kena belasah 5-0..huhu

Kalau dilihat sejauh mana pembelian kelab Eropah ini membantu mutu bola sepak tempatan, memang tiada kesan yang kita boleh lihat. Yang jelas, ranking Malaysia makin lama makin jatuh.

Satu artikel yang saya petik dari laman web FourFourTwo ini memang banyak kebenarannya. Ia seacara ringkasnya berpendapat bahawa para pelabur dari Asia Tenggara sepatutnya melaburkan wang mereka dengan melabur di kelab-kelab tempatan seperti yang dilakukan oleh Tunku Mahkota Johor terhadap pasukan JDT. Yang ini, kita boleh lihat bagaimana pasukan Johor mengalami revolusi dalam tempoh masa yang begitu singkat dan menjadi pasukan tempatan pertama yang memenangi gelaran AFC. Selain JDT, Dato Vida juga harus diberi pujian kerana berani menaja Kelantan yang ketika itu mengalami masalah kewangan yang parah. Tapi entahlah apa krisis yang melanda pasukan Pamoga Qu Puteh TRW tu sampai ada desas desus mengatakan yang Dato Vida nak tarik balik penajaannya. Harap masalah tu dapat diselesaikan segera. Ada duit pun masalah..tiada duit pun lagilah parah.

Tapi kesimpulannya di sini,  adalah lebih baik taja pasukan bola sepak tempatan dari beli kelab Eropah. Lagipun jumlah perbelanjaan untuk membeli kelab Eropah ni lebih kurang saja dengan kos pembangunan bola sepak tempatan seperti pembinaan akademi bola sepak. Pakai saja pepatah "melentur buluh biar dari rebungnya"

Governments and federations could, of course, do more to create a more business-friendly environment but ultimately the will has to be there. Johor Darul Tazim has showed what can be done if there is money invested and a desire to see it put to good use for the short-term and the long-term. The same in Buriram United in Thailand and elsewhere.
It can be done. - FourFourTwo


Lagi info menarik:

0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger