Sunday, January 31, 2016

TMJ yang sempoi..makan kat tepi jalan sambil pakai selipar jer

Kalau tak kenal dia siapa, mungkin orang itu tak akan menyangka yang TMJ ini sebenarnya seorang bakal Sultan Johor. Inilah yang dinamakan raja berjiwa rakyat..senang bergaul dengan rakyat dan tak segan silu berpakaian biasa-biasa...siap pakai selipar jer bro!

Jom layan gambar TMJ dan buah hatinya beserta adik bongsunya sedang menjamu selera di warung tepi jalan. Comel ayu jer Che Puan Khaleeda berbaju kurung yer..




Wa salute sama kerabat diraja Johor ni. The one and only in Malaysia. Kredit gambar: Johor Southern Tiger Offifial FB

Lagi Info menarik:

Tuesday, January 12, 2016

Tinggalkan Sabah, Rozaimi Abdul Rahman sertai JDT

Selepas pulih dari kecederaan serius akibat kemalangan ngeri tahun lalu, Rozaimi kini kembali dan bakal menyinari arena bola sepak negara dengan mengikat kontrak baru tiga tahun bersama skuad JDT. Rozaimi sebelum ini merupakan penggempur utama kepada pasukan negeri kelahirannya, Sabah, malah pernah menyinar di peringkat asia ketika menyertai pasukan bawah 23 tahun negara.
JDT hari ini mengongsikan berita baik tersebut melalui laman facebook rasmi kelab itu, Johor Southern Tigers.
ROZAIMI ABDUL RAHMAN IKAT KONTRAK TIGA TAHUN BERSAMA KELAB BOLASEPAK JDT
Rozaimi Abdul Rahman telah disambar oleh Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim dengan kontrak selama tiga tahun. Beliau akan menjalani ujian di bawah kendalian Mario Gomez dan kemudiannya akan diserapkan sama ada di JDT atau JDT II. Selamat datang ke Johor Darul Ta'zim. Luaskan Kuasamu Johor.
Diharapkan agar Rozaimi kembali kepada prestasi terbaiknya dalam masa terdekat. Saya yakin, dengan segala kemudahan serba canggih yang disediakan oleh pasukan JDT, Rozaimi akan pulih sepenuhnya malah mungkin akan menjadi pemain lebih bagus dalam masa yang terdekat ini. 

Inilah peluang terbaik untuk Rozaimi membuktikan bahawa dia masih berbisa di atas padang. Mulakan satu episod baru dalam hidup dan berusaha mengecapi sesuatu yang indah dan bermakna demi untuk melapisi detik hitam yang dilalui suatu ketika lalu. All the best to u Rozaimi!

Lagi Info Menarik:


Monday, January 4, 2016

Taja Kelantan, Dato' Vida mahu tukar nama pasukan kepada Pamoga Qu Puteh TRW

Qu Puteh..qu puteh..baru lah puteh...heheheheee ~ sambil ketawa ikut style Dato' Vida.

Siapa tak kenal dengan pengasas produk kesihatan Pamoga Qu Puteh, Dato' Vida ni, orang tu mesti spesis yang duk hutan tak pernah tengok tv. Aku paling muak lah tengok pompuan tu asyik asyik dengan style qu puteh qu puteh nya sambil tunjuk pipi kiri kanan..eeewww. Geli kalau tengok lama-lama. Tapi itulah keunikan cara beliau mempromosikan produk kesihatannya tu. Boleh fight dengan Datuk Syukri terlajak laris tauu..so tak hairanlah kalau hasil daripada jualan produknya itu membolehkan mereka jadi kaya raya sampai mampu beli rumah RM22 juta..fuh

So, kalau korang dah muak nampak muka Dato Vida ni kat program Gegar Vaganza..maaf seribu kali maaf lah ya sebab kemungkinan besar Dato Vida akan bergegar lagi di arena bola sepak tanah air. Dengar kata, dia akan menaja pasukan Kelantan pada musim depan. Namun dia ada beberapa syarat kalau nak menaja pasukan itu. Pertama, Stadium Sultan Muhammad IV perlu dicat kepada warna merah jambu dan syarat kedua pula ialah pasukan Kelantan harus menukar nama pasukan kepada Pamoga Qu Puteh TRW. Ni baru syarat umum, belum termasuk lagi syarat tersirat lain. Aku pasti, para pemain Kelantan bakal diwajibkan minum Pamoga agaknya. Itu kira okay sikit..tapi kalau diwajibkan buat style 'qu puteh qu puteh barulah puteh' dengan isyarat jari ke pipi sekali sebelum bermula setiap perlawanan...macam mana lah ya??
Qu Puteh bakal taja Kelantan?

Tak dapat aku bayangkan...tapi kita lihat dari sudut positif la ya..beruntung pasukan Kelantan ni sebab ada bussineswomen anak kelahiran Kelantan yang sanggup berhabis wang demi kemajuan bola sepak negeri tersebut. Syabas Dato Vida!! 

Engko ado??

Info menarik:

Cerita Blogger