Tuesday, November 19, 2013

Keputusan Malaysia vs Qatar Kelayakan Piala Asia, Malaysia Tewas 0-1


Keputusan perlawanan Malaysia vs Qatar untuk kelayakan Piala Asia 2015, Malaysia tewas tipis 0-1 di Stadium Shah Alam. Dengan keputusan ini, Malaysia sudah boleh dianggap gagal melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia manakala Qatar berjaya melangkah ke pusingan seterusnya. Jaringan tunggal perlawanan hadir pada minit ke-65 oleh pemain tengah Qatar, Al-Ali. Malaysia sebenarnya masih ada peluang untuk melayakkan diri sebagai pasukan tempat ke-3 terbaik dari semua kumpulan, namun ianya sangat tipis dan hanya mengharapkan keajaiban saja.

Walaupun tewas dalam perlawanan ini serta kehadiran penonton tidaklah seramai yang diharapkan, namun prestasi pasukan Harimau Malaya ada juga menunjukkan sedikit peningkatan jika dinilai dari segi taktikal. Lagipun Qatar bukanlah pasukan calang-calang. Mereka adalah pasukan piliha dan pernah masuk semifinal Piala Asia dulu. Keputusan ini sememangnya mengecewakan ramai penyokong tegar bola sepak tempatan yang sudah lama mengidamkan untuk melihat Malaysia beraksi di pentas pusingan akhir Piala Asia.

Kehadiran penyokong kurang menggalakkan di Stadium Shah Alam
Apapun, terima kasih kepada para pemain Malaysia yang nampaknya bersungguh-sungguh dalam perlawanan tadi. Nanti piala asia seterusnya, kita pasti dapat pergi final round...entah bila...

Tuesday, November 12, 2013

Lagi jaringan cantik 'bicycle kick' dari penjaga gol


Wah, kini nampaknya penjaga gol juga boleh manjadi aset penting sebagai penjaring gol dalam pasukan. Bukan sahaja mereka memainkan peranan sebagai penjaga gawang yang hanya berdiri di sekitar tiang gol mereka malah kini mampu naik ke atas untuk menghasilkan gol. Gol cantik pula tu.

Sebelum ini, kita dikejutkan dengan jaringan jarak jauh dari kawasan petak penalti sendiri penjaga gol Stoke, terbaru, ada lagi penjaga gol yang berjaya menjaringkan gol cantik 'bicycle kick' ala-ala Rooney gitu.

Bartolome Barcelo, penjaga gol pasukan Alcudia yang bermain di divisyen tiga Sepanyol, berjaya menjaring gol tersebut ketika menentang pasukan Mallorca B. Perlawanan berkesudahan 1-1.




Cerita Blogger