Friday, November 14, 2014

Rayu sokongan di sebalik aksi lembik Harimau Malaya

PETALING JAYA: Peminat bola sepak tempatan diseru terus memberikan sokongan kepada skuad Harimau Malaya walaupun mempamerkan aksi hambar dalam beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata kekalahan 3-0 kepada kepada skuad Bawah 23 Syria semalam merupakan satu keputusan di luar jangka namun yakin mereka kembali menyengat pada aksi seterusnya berdepan Vietnam di tempat lawan, Ahad ini.
Setiausaha Agung FAM
“Saya akui kita kecewa dengan keputusan semalam tetapi dalam mana-mana situasi, kita perlu terus fokus dan saya harap skuad negara akan dapat melakar keputusan positif menentang Vietnam nanti.

“Selepas perlawanan malam tadi, saya bersama jurulatih Dollah Salleh serta pengurus pasukan, Datuk Sudarsono Osman sudah membuat post-mortem bagi mengenal pasti kelemahan pasukan yang perlu segera diatasi,” kata Hamidin seperti dilaporkan oleh Bernama.

Kekalahan tersebut mengundang kemarahan sebahagian penyokong yang hadir di Stadium Shah Alam dan dikatakan turut menghamburkan kata-kata kesat terhadap pemain dan jurulatih.

Dalam pada itu, Hamidin berkata, badan induk itu akan menjual baki tiket bagi tiga aksi kumpulan B Piala AFF Suzuki 2014 melibatkan skuad negara di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula esok sehingga 19 Nov ini dari pukul 9 pagi sehingga 5.30 petang.

Malaysia yang diundi dalam kumpulan B akan memulakan kempen kejohanan dengan berdepan Myanmar pada 23 Nov diikuti Thailand pada 26 Nov, kedua-dua perlawanan berkenaan akan berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Skuad negara akan menamatkan aksi pusingan awal menentang Singapura di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub, pada 29 Nov ini.

Vietnam, yang menjadi tuan rumah bersama, akan mengetuai cabaran kumpulan A bersama tiga pasukan lain iaitu Filipina, Indonesia dan Laos.

Berdasarkan format kejohanan, dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan layak ke separuh akhir yang diadakan mengikut format timbal balik. - FMT

Wednesday, November 12, 2014

Bekas pemain Liverpool, Hadji Diouf sertai Sabah

BEKAS bintang The Reds, El Hadji Diouf sah menyertai pasukan Sabah bagi saingan Liga Malaysia musim depan.

Difahamkan, dia baru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu semalam dan disambut Pengarah Teknikal Sabah, George O’ Callaghan.

Bekas pemain kebangsaan Senegal kemudian dibawa meninjau sesi latihan skuad Sabah Rhino itu di Likas dan dijangka menandatangani kontrak bersama Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) dalam masa terdekat.

Selain Diouf, Sabah juga mengintai pemain pertahanan dari Brazil, Ricarte Dos Santos dan cuba merekrut bekas penyerang kelab Brunei DPMM FC, Roy Simon Donovan. -Sinarharian

Anak David Beckham, Brooklyn Wakili Arsenal

BROOKLYN Beckham iaitu anak sulung kepada bintang bola sepak dunia, David Beckham dilaporkan telah menandatangani perjanjian jangka pendek bersama Arsenal.

Brooklyn, 15, yang sedang menjalani latihan di akademi Arsenal akan mewakili skuad bawah 16 tahun kelab tersebut.

Anak kepada bekas ketua pasukan England itu dilaporkan turut mendapat perhatian daripada Chelsea dan Manchester United.

Dia juga pernah menjalani ujian pemilihan pemain yang diadakan oleh Chelsea, United, Queens Park Rangers dan Fulham.

Brooklyn yang bermain di posisi sayap kanan akan ditawarkan kontrak sebagai pemain profesional jika berjaya mempamerkan aksi memberangsangkan dalam tempoh perjanjian tersebut.

Pemain muda hanya dibenarkan menurunkan tandatangan sebagai pemain profesional ketika berusia 17 tahun.

Bapanya, David sebelum ini telah menempah nama di Manchester United di bawah kendalian Alex Ferguson, namun mereka mempunyai hubungan lebih akrab dengan Arsenal.

David mempunyai hubungan baik dengan Arsenal apabila dia diberikan peluang untuk berlatih dengan Arsenal pada Januari tahun lalu untuk kekal cergas selepas meninggalkan LA Galaxy.

Dia kemudian mewakili Paris Saint-Germain sebelum bersara sebagai pemain pada usia 39 tahun.

Selain Brooklyn, dua lagi anak David iaitu Cruz, 9, kini beraksi untuk pasukan bawah 10 tahun manakala abangnya, Romeo, 12, mewakili skuad bawah 13 tahun Arsenal. - mstar

Monday, November 3, 2014

Van Gaal Gelar Smalling Bodoh

LOUIS VAN GAAL menggelar Chris Smalling sebagai bodoh apabila dilayangkan kad merah sekaligus menyebabkan Manchester United tewas 1-0 kepada Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad pada Ahad.

Kekalahan yang membawa United menghuni tangga ke-10 dengan mengumpul 13 mata merupakan permulaan terburuk pasukan itu dalam tempoh 28 tahun.

Smalling digelar bodoh apabila menerima kad kuning pertama selepas tujuh minit permainan bermula sebelum dilayangkan kad merah tanpa sempat babak pertama tamat.

Kad kuning pertama diberikan kerana Smalling menghalang penjaga gol City, Joe Hart manakala kad kuning kedua berserta kad merah dilayangkan pada minit ke-39 apabila dia menjatuhkan James Milner.

Van Gaal mendedahkan, Smalling telah memohon maaf kepada rakan sepasukan tetapi pertahanan itu sepatutnya tahu adalah lebih baik dia tidak dilayangkan kad kuning kerana tindakan bodoh tersebut.

"Ia (kad merah) telah memberi kesan kepada pasukan lawan, juga kepada kami.

"Walaupun bermain dengan 10 pemain, tetapi mereka telah bermain dengan lebih baik berbanding babak pertama. Itulah semangat berpasukan.

"Dibuang padang bukan perkara pokok. Sebagai pemain kamu perlu mengawal sikap agresif dalam perlawanan seperti ini," jelasnya.

Van Gaal memberitahu, sebagai pemain, Smalling sepatutnya berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas menerima kad kuning pertama.

"Bagi kad kuning pertama saya tidak peduli, tetapi kad kuning kedua itu bodoh," ujarnya. - mstar

Sunday, November 2, 2014

#FinalPialaMalaysia: Tewas kepada Pahang, Hodak salahkan pemain dan padang

KUALA LUMPUR: Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Bojan Hodak akur kekalahan di pentas final kepada Pahang, namun tetap menyalahkan anak buahnya gagal menyempurnakan peluang terhidang.

JDT tumbang menerusi penentuan penalti 5-3 kepada Pahang selepas perlawanan berakhir 2-2 pada masa sebenar dan berlanjutan hingga masa tambahan.

Lebih mengecewakan, JDT beraksi dengan kelebihan seorang pemain ketika masa permainan berbaki 30 minit sebelum bersambung ke masa tambahan selepas pemain Pahang, Mohd Saiful Nizam dikenakan kad merah.

"Memang kecewa dengan kekalahan seperti ini kerana pemain tidak memanfaat sepenuhnya peluang yang kami miliki.

"Kami jelas menguasai permainan, bermain lebih baik, berhak menang kerana memiliki dua peluang yang mengenai tiang sepanjang perlawanan.

"Selain itu, Pahang juga boleh dianggap bernasib baik kerana menang dengan penentuan gol," kata Hodak yang turut mengkritik keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil yang dianggap cantik sekadar di mata. - bharian

Cerita Blogger