Monday, June 30, 2014

Kenapa para pemain Greece menolak bonus World Cup mereka?

Greece merupakan salah satu pasukan yang mempamerkan permainan menarik di sepanjang kempen Piala Dunia Brazil. Walaupun tewas kepada Costa Rica di peringkat 16 pasukan terakhir pagi tadi, namun Greece telah membuktikan satu pencapaian yang bermakna.
Pasukan Greece
Pencapaian sebaik itu sudah pastinya membuatkan sesuatu negara itu berbangga dengan pencapaian pasukan negara mereka. Seperti pasukan Ghana yang menerima habuan bernilai hampir 10juta dari Persatuan Bola Sepak Ghana, Greece juga sebenarnya sudah dijanjikan dengan habuan wang ringgit dari kerajaan Greece.

Namun respon dari para pemain Greece terhadap bonus itu cukup luar biasa. Greece menolaknya. Kenapa? Ini respon para pemain Greece, 

‘We do not want extra bonus, or money. We only play for Greece and its people.'

Mereka malah meminta Perdana Menteri Greece, Antonis Samaras, untuk menggunakan wang tersebut bagi mencari satu tapak untuk membina pusat sukan untuk kegunaan pasukan kebangsaan Greece di masa hadapan.

‘All we want is for you to support our effort to find a land and create a sports center that will house our National team.’

Hebat Greece ini...walaupun negara dilanda krisis ekonomi melampau sampai liga tempatan mereka pun terjejas teruk..tapi semangat pemain dalam pasukan bola sepak negara mereka tetap teguh..

P/s: Ghana dan Camoroon dapat bonus walaupun tersingkir di peringkat kumpulan...Greece tolak bonus walaupun masuk pusingan kalah mati 16 pasukan terakhir..


Sunday, June 29, 2014

Kurang pedas..Chile tewas kepada Brazil

Nampaknya Brazil dapat menahan kepedasan Chile selepas berjaya menewaskan pasukan itu di peringkat 16 pasukan terakhir.
Bagaimanapun, Brazil terpaksa bergantung kepada tuah apabila perlawanan itu terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas kedudukan terikat 1-1 sehingga 120 minit perlawanan tamat.

Brazil menang 4-3 dalam penentuan sepakan penalti. Kemenangan ini sekaligus memastikan slot ke suku akhir buat pasukan tuan rumah piala dunia 2014 itu. Gol pertama Brazil dijaringkan oleh David Luiz pada minit ke-18 tetapi disamakan oleh Alexis Sanchez sebelum separuh masa pertama tamat.
Chile yang kurang pedas (sekadar gambar hiasan)

Friday, June 27, 2014

Fellaini akan botakkan kepala kalau Belgium menang piala dunia di Brazil

Ini dia 'Alleycats' dari Belgium.. Fellaini bukan saja terkenal sebagai pemain tinggi lampai yang berbakat malah rambut afro itu juga kini menjadi trademark buat dirinya. Namun jika Belgium berjaya merangkul piala dunia di Brazil, Fellaini sanggup botakkan kepala.
Marouane Fellaini
Pemain tengah Belgium, Marouane Fellaini berjanji akan membotakkan kepalanya jika skuad itu menjuarai Piala Dunia di Brazil. Fellaini yang turut bermain bersama Manchester United, berkata Belgium mampu menjulang Piala Dunia dan ia akan berlaku di Brazil. 

"Kami memang mampu dan layak untuk memenangi Piala Dunia. Jika percakapan saya ini benar berlaku, saya berjanji akan membotakkan kepala," kata Fellaini yang mempunyai darah Maghribi.
Fellaini yang mengetepikan masalah dialami bersama Manchester United meraih perhatian banyak pihak selepas beraksi cemerlang apabila masuk sebagai pemain gantian ketika menentang Algeria pada perlawanan pembukaan. 

Pada perlawanan itu, Fellaini berjaya menghadiahkan gol penyamaan, sebelum Belgium merekodkan kemenangan 2-1 ke atas Algeria. 

"Fellaini yang bermain untuk United dan Belgium adalah orang yang sama. United membeli saya setahun lalu. Banyak perkara buruk dan gembira yang sudah saya lalui. 

"Saya mengalami kecederaan, pertukaran jurulatih dan pasukan tidak bermain cemerlang. Kita lihat musim depan dan saya akan cuba mempamerkan persembahan lebih baik." tambahnya. 

Fellaini turut berkata, dia tidak menganggap perlawanan menentang Algeria sebagai bukti menunjukkan pencapaian terbaiknya, tetapi ia hanyalah usaha mahu membantu negaranya pada kempen Piala Dunia kali ini. - stadiumastro

P/s: Dah botak...rambut boleh tumbuh balik..ekekeke...

Uruguay akan boikot Piala Dunia selepas pengharaman Suarez oleh Fifa

Akibat daripada tindakannya menggigit pemain Itali, Chiellini, dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan malam semalam, Fifa telah mengambil tindakan drastik terhadap Suarez dengan mengharamkannya daripada menyertai sebarang perlawanan bola sepak selama empat bulan termasuklah sembilan perlawanan antarabangsa.
Rakan sepasukan Uruguay kurang senang dengan pengharaman Suarez


Ekoran daripada tindakan Fifa tersebut, Uruguay dikatakan bakal memboikot Piala Dunia Brazil. Mereka mungkin akan menarik diri dari saingan peringkat kalah mati 16 pasukan terakhir menentang Colombia. Perkara ini tersebar luas selepas seorang pemberita Colombia telah memuat naik status berikut di laman Twitter.
In English translation, "Delegate of Uruguay said that selection of that country would be even thinking about no show, after sanctions against Suárez.".

Jika benar Uruguay menarik diri, kemungkinan besar pasukan tempat ketiga kumpulan D iaitu Itali akan menggantikan slot tersebut. Atau mungkin juga Fifa akan memberikan kemenangan percuma kepada Colombia sekaligus menempah tiket ke suku akhir.

Anyway, tindakan menggigit ini memang tidak wajar dilakukan oleh Suarez...patutnya dia dapat terus kad merah. Kalau dia gigit ayam goreng, tak pe lah..ini dia gigit bahu orang...nasib baik dia bukan dracula.


Thursday, June 26, 2014

Luis Suarez kena ban empat bulan kerana menggigit

That's it....FIFA dah buat keputusan. Luis Suarez kena ban lagi kerana kesalahan menggigit pemain Italy, Chiellini. FIFA memutuskan untuk menggantung Suarez dari menyertai sebarang perlawanan bola sepak sama ada di peringkat kelab atau kebangsaan selama tempoh empat bulan.
Kena ban lagi..
Penggantungan ini berkuat-kuasa serta merta. Jadi, maksudnya kita tidak dapat lagi melihat aksi Luis Suarez di Piala Dunia Brazil.

Liverpool pun kena tempias juga...Brendan Rodgers pasti pening kepala sekarang ni..striker paling berbisa mereka kena ban lagi.

P/s: Hashtag #ThingsSuarezCantDo sedang trending sekarang di Twitter...korang tak nak join sekali ker..


Sambutan dingin..hanya seorang peminat saja yang tunggu kepulangan England

Piala dunia kali ini merupakan yang terburuk dalam sejarah bola sepak skuad England. Mereka tersingkir awal di peringkat kumpulan..tambah mendukacitakan lagi bila mereka hanya dapat satu mata dan dua gol dari tiga perlawanan...

So, tak hairanlah mengapa ramai penyokong England kecewa dengan pencapaian skuad kebangsaan mereka itu. Selepas mengharungi perlawanan terakhir yang sekadar menjadi pelengkap jadual mereka di Brazil, skuad kebangsaan England terus pulang ke tanah air.

Ketika tiba di lapangan terbang Manchester, suasana agak lengang dan sepi tanpa kehadiran penyokong untuk meraikan kepulangan skuad kebangsaan England...

But at least...masih ada sorang penyokong yang setia menunggu..
England dia hard fan...


Wednesday, June 25, 2014

Bukti Suarez mengigit lagi...kali ini di World Cup

Walaupun pernah diban kerana menggigit pemain ketika beraksi di Liga Perdana Inggeris namun nampaknya Suarez masih lagi belum mendapat pengajaran..
Kesan gigitan Suarez?
Dalam aksi Piala Dunia antara Uruguay vs Italy awal pagi tadi, Suarez menggigit lagi...mangsanya kali ini ialah pemain pertahanan Italy, Giorgio Chiellini.

Kalau dilihat dengan teliti gambar bergerak kat bawah ni, memang jelas yang Suarez sengaja menggigit Chiellini. 

Insiden ini kini disiasat oleh FIFA dan sekiranya Suarez didapati bersalah maka dia pastinya bakal digantung untuk satu tempoh masa yang agak lama sama ada bermain untuk pasukan kelab atau untuk pasukan kebangsaan.

P/s: Keputusan Piala Dunia Kumpulan D, Uruguay 1 - 0 Italy, Costa Rica 0 - 0 England...Italy dan England dah bungkus pulang

Sunday, June 22, 2014

Aguero dan Messi tunjukkan cara berlatih yang betul...

Kata orang, kalau nak jadi pemain bola sepak terbaik di dunia, orang itu kena belajar dari mereka yang terbaik...lihat bagaimana Aguero dan Messi tunjukkan cara berlatih yang betul..video ini diambil ketika skuad Argentina sedang menjalani sesi latihan mereka di Piala Dunia, Brazil. 


Berfikirlah di luar kotak...sampai bangku penonton pun boleh jadi tempat berlatih...no wonder lah Messi dan Aguero ni jadi antara striker terbaik di dunia.
Rakan seperjuangan Argentina..Sergio Aguero dan Lionel Messi 

P/s: Tak sia-sia gua tonton perlawanan Argentina vs Iran semalam. Walau pun Iran main macam tembok besar China..but there is Messi...saving Argentina again at last minute..


Friday, June 20, 2014

Moyes buat lawak pasal Piala Dunia Brazil

Moyes ni tak habis-habis buat lawak lar..sejak dia pindah dari Goodison Park ke Old Trafford sampailah dipecat, macam-macam ragam dan cara media nak kenakan dia...hohoho..tengoklah apa dah jadi dengan ramalan penuh kritis dan bestari dari Moyes mengenai siapa bakal jadi juara Piala Dunia kali ini...
Moyes meramalkan Sepanyol akan mempertahankan Piala Dunia
Mungkin kepala Moyes ni pun hampir sama dengan cara Najib berfikir (in terms of predicting football)...sebelum kancah piala dunia bermula, keduanya fikir Sepanyol bakal jadi juara..walhal, Sepanyol dah pun bungkus awal..hoho..
Eh...Sepanyol dah terkeluar ker?
Patutlah kena troll..kesian kau Moyes..

Uruguay 2 - 1 England: Suarez menangisi Gerard

Nampaknya England juga kini berada di hujung tanduk selepas mengalami kekalahan kedua peringkat kumpulan di Piala Dunia 2014 kepada Uruguay 2 -1. Perlawanan ini turut membuatkan beberapa pemain kedua-dua pasukan berasa hiba ekoran dilema yang dialami. Macam Suarez dengan Gerard yang bermain untuk kelab Liverpool tetapi beraksi untuk negara masing-masing. 
Suarez dan Gerard kawan tapi lawan
Penyerang Uruguay, Luis Suarez tidak dapat menyekat air matanya daripada keluar apabila terpaksa menghampakan rakan sepasukan di Liverpool dengan mencetak dua gol. Dalam pada masa yang sama penyerang tersebut berpendapat kemenangan ke atas England berjaya menjawab kritikan yang dilemparkan susulan kekalahan kepada Costa Rica.  

"Saya mengimpikan gol-gol itu. "Kami begitu menderita. Tapi kami menang dan itu lebih penting. Kami bakal menempuhi cabaran getir untuk bertemu Itali, yang merupakan perlawanan lebih sukar. 
"Kepada yang mengkritik kami, inilah dia," terang pemain berusia 27 tahun itu. Suarez turut mendedahkan dia bergelut di penghujung perlawanan.  

"Saya mengalmi kekejangan lebih 10 minit sebelum gol kedua saya. 

"Tetapi sesuatu berkata kepada saya bahawa saya tidak boleh meninggalkan padang. Ketika meraikan gol pertama, saya berkata kepada ahli terapi kerana jika bukan kerana dia, saya mungkin tidak dapat bermain di Piala Dunia." - stadiumastro

P/s: So, kedua-dua pasukan kegemaran Najib iaitu Sepanyol dan England dah bungkus awal...hohoho...at least England masih ada harapan kalau dapat jaringkan banyak gol di perlawanan terakhir...tapi kalau Italy dan Costa Rica seri lepas ni..maka bye bye lah England..

Novel grafik dari kereta Lexus yang awesom gila di Damansara 

Thursday, June 19, 2014

Bye bye Sepanyol..bungkus awal nampaknya

Siyes!! gua ramalkan at least Sepanyol boleh masuk quarterfinal or semifinal memandangkan reputasi mereka yang telah memenangi dua gelaran EURO dan satu gelaran piala dunia dalam tempoh 8 tahun...tapi apakan daya, bola itu bulat, yang tidak dijangka akan berlaku bila bila..
Sepanyol diasak Chile
Juara bertahan Sepanyol tersingkir awal apabila giliran skuad kerdil Chile pula menconteng arang ke muka mereka dengan kemenangan 2-0. Kemenangan bersejarah ini menyaksikan Chile bakal mengiringi Belanda untuk ke pusingan kalah mati selepas meraih dua kemenangan.  

Anak buah Vicente Del Bosque itu melakukan rombakan di bahagian pertahanan di mana Gerard Pique diletakkan dibangku simpanan, terus meminggirkan Xavi tetapi mengekalkan Diego Costa dan Iker Casillas.  

Namun jelas keyakinan Sepanyol masih goyah apabila hampir menjaringkan gol sendiri seawal minit pertama. Kegusaran itu menjadi kenyataan apabila juara bertahan itu menerima tamparan apabila Eduardo Vargas meledak gol pertama hasil kesilapan benteng Sepanyol ketika perlawanan berusia 19 minit.  

Chile seharusnya diberi kredit kerana kerjasama mereka mempertahankan kubu mereka sehingga menyukarkan Sepanyol. Costa pula terlepas peluang menarik tetapi rembatannya kurang tepat dan hanya menggegar jaring pasukan lawan dari sebelah tepi.  

Pada minit ke-43, Chile menambah luka Sepanyol dengan jaringan kedua mereka akibat kegagalan Iker Casillas menumbuk bola ke kawasan selamat. Akibatnya bola singgah tepat di kaki Charles Aranguiz yang begitu tenang menyempurnakan peluang tersebut.  

Sepanyol menyambung perlawanan dengan hantaran lebih pantas tetapi masih belum dapat mencipta gerakan hebat.  Melewati sejam perlawanan barulah kelibat Fernando Torres dipertaruhkan. Tetapi ia masih gagal mengubah keputusan perlawanan kerana apa yang diperlukan Sepanyol adalah sentuhan kreatif ke dalam gol.  Malah pada m68, Mauricio Isla hampir sahaja menjadikan kedudukan 3-0 namun sepakannya melambung tinggi.  

Walaupun Sepanyol berusaha untuk bangkit, tetapi segalanya terus tidak menjadi.  Kini Sepanyol akan beraksi perlawanan berikut bertemu Australia dengan harapan mengelak untuk mengulangi pencapaian buruk Perancis pada 2002 dan Itali 2010. - stadiumastro

Novel grafik dari kereta Lexus yang awesom gila di Damansara 

Tuesday, June 17, 2014

Scolari ter sepak kemaluan Dani Alves..ouch!!


Scolari sepak kemaluan Dani Alves ketika sesi latihan pasukan Brazil...ouch!! sampai hati si Scolari buat macam tu...hehehe..dia tak sengaja rupanya..



Memang sakit ker...atau buat-buat sakit?? Kalau Brazil tewas di game kedua..korang faham faham jer lah apa penyebabnya..hohoho

Scolari ni boleh juga buat lawak yer...

I dah cakap, Jerman memang akan mengganas di World Cup

Dulu masa Reuss tercedera teruk beberapa hari saja sebelum bermula piala dunia semasa beraksi dalam perlawanan pemanas badan, I dah agak yang ini petanda Jerman akan mengganas di World Cup..ceeewah!!

Walaupun masih awal, tapi memang Jerman mempunyai kualiti sebagai calon juara piala dunia kali ini..awal pagi tadi Jerman berjaya membelasah Portugal dengan jumlah jaringan yang agak besar 4-0. Tahniah kepada Muller yang berjaya meledak hatrik pertama di piala dunia 2014. Takziah kepada penyokong Portugal..hohoho
Muller meledak hatrik untuk Jerman di Piala Dunia menentang Portugal
Jerman memberi amaran awal dalam pertandingan Piala Dunia 2014 apabila langsung tidak memberi ehsan kepada Portugal untuk menang 4-0. 
Keputusan Joachim Loew meletakkan Thomas Muller sebagai penyerang utama menjadi pulangan berbaloi apabila bintang Bayern Munich itu melakar hatrik dengan jaringan pada minit ke-12, 45 dan 78 manakala satu lagi sumbangan Mats Hummels.  
Semangat Portugal untuk mencari gol awal hanya bertahan beberapa minit sahaja sebelum Jerman membuktikan betapa rapuhnya pertahanan lawan mereka.  
Kesilapan penjaga gol, Rui Patricio gagal dimanfaatkan Sami Khedira walaupun pintu gol sudah terbuka luas buatnya.  Muller meletakkan Jerman dihadapan menerusi sepakan penalti sebelum tandukan Hummels menjadikan kedudukan 2-0.  
Pemain pertahanan, Pepe memburukkan lagi pasukan kendalian Paulo Bento itu apabila hilang sabar lalu menanduk kepada Muller yang ketika itu terduduk di atas padang sehingga memaksa pengadil melayangkan kad merah.  
Muller bagaikan sukar disekat dan meletakkan Jerman dalam kedudukan selesa dengan bekalan tiga gol sebelum separuh masa pertama berakhir. Keadaan tidak berubah apabila Muller melengkapkan hatriknya dengan tindakan penyudah dari jarak dekat. - stadiumastro

Tak per, masih ada dua lagi perlawanan peringkat kumpulan..bola itu bulat, apa-apa pun boleh berlaku. Macam Spain juga dulu, kalah perlawanan pertama tapi berakhir sebagai juara..kita tak tau kan..mungkin si Panda sang peramal tu tau..cuba tanya dia...

Monday, June 16, 2014

Gambar bogel pemain Croatia tersebar

Pemain pasukan Croatia enggan melayani pihak media di Piala Dunia Brazil selepas gambar mereka berenang bogel diambil secara curi-curi.

Dua orang jurugambar telah bersembunyi di belakang semak berdekatan dan mengambil gambar tersebut yang kini tersebar luas di laman web.
Team Croatia
Bercakap lewat pada hari Ahad dengan pihak media, jurulatih pasukan Niko Kovac berkata beliau tidak akan memaksa pemainnya bercakap semula dengan pihak media, dan tidak tahu bila mereka akan kembali selesa.

Bercakap dari kem latihan mereka di Praia do Forte, Kovac berkata: "Saya tidak boleh memaksa mereka ditemubual selepas mereka dan keluarga mereka dimalukan begitu.

"Kalau berlaku pada anda, adakah anda suka? Gambar bogel anda disebarkan tanpa sebab? Mereka berkeras tidak mahu ditemubual dan saya tidak tahu sehingga bila mereka akan terus senyapkan diri, mungkin esok, mungkin selepas kempen kami di Piala Dunia kali ini berakhir," Kovac bertegas.

"Saya hormati pendapat pemain saya dan walaupun anda semua telah bersikap profesional setakat ini, anda memang bersalah mengambil dan menerbitkan gambar itu."

Croatia tewas pada perlawanan pembukaan Piala Dunia kali ini pada Brazil dan akan beraksi seterusnya bertemu Camerron di Manaus pada hari Rabu. - stadiumastro

Lagi Info Menarik:

Keputusan Terkini Piala Dunia - Messi selamatkan Argentina

Keputusan terkini peringkat kumpulan Piala Dunia Brazil 2014:

Argentina 2 - 1 Bosnia and Herzegovina
(Sead Kolosevic own goal 3', Messi 65') - (Vedad Ibisevic 84')

France 3 - 0 Honduras
(Karim Benzema 45' 72', Noel Valladares own goal 48')

Switzerland 2 - 1 Ecuador
(Admir Mehmedi 48', Haris Seferovic 93') - (Enner Valencia 22')

Messi selamatkan maruah Argentina untuk memenangi perlawanan pertama mereka menentang Bosnia di peringkat kumpulan F. Tak kisah lah kalau ada orang cakap yang permainan Argentina kurang menyerlah awal pagi tadi..yang penting Argentina menang.. hohoho..
Messi akhirnya jaringkan gol di World Cup..

Sunday, June 15, 2014

Sepakan sudut paling teruk dari Wayne Rooney di World Cup


Inilah dia sepakan sudut paling teruk dari seorang pemain top dunia yang dibayar lebih sejuta ringgit seminggu dari England, Wayne Rooney.

Di kala England sedang berusaha untuk mencari gol penyamaan ketika bertemu Italy dalam peringkat kumpulan D Piala Dunia Brazil 2014, Rooney telah mensia-siakan sepakan sudut pada minit-mint terakhir perlawanan.

Bukan saja teruk, malah sepakannya itu terus saja melambung tinggi jauh tersasar ke arah penonton. England tewas dalam perlawanan itu..Kepada penyokong England...sabor jer lah..


Lagi Info Menarik:

BBC sempat buat lawak ketika England kalah 1-2 kepada Italy

Fuh! Saya dah melepas tengok perlawanan pertama Brazil sampailah kepada perlawanan Uruguay vs Costa Rica awal pagi tadi sebab terlalu penat baru bali dari Bali..

Nasib baik sempat juga tengok classic match antara England dan Italy jam6.00 pagi..dalam match tu, gua berharap lah supaya England boleh menang sebab dalam tempoh sepuluh minit pertama, mereka banyak buat percubaan bahaya..

BBC pula sempat buat 'lawak' yang boleh membuatkan penyokong England gigit jari..Pada minit ke-3, Sterling telah membuat satu sepakan deras dari luar petak penalti yang terkena jaring gawang Italy..memang nampak macam dah gol tapi sebenarnya tidak sebab bola tu kena jaring dari sebelah luar..TAPI mungkin teknikal BBC nampak bola tu dah masuk gol sampai siap beri scoreboard 1-0 kepada England...nasib baik sempat diperbetulkan...terdesak sangat kot nak England menang awal..Hohoho...

Anyway, keputusan Piala Dunia 2014 Kumpulan D, Uruguay 1-3 Costa Rica, England 1-2 Italy..

P/s: Saya tak tengok BBC..saya tengok Astro Arena saje..info ni dari Metro UK..

Lagi Info Menarik:

Monday, June 9, 2014

Senarai pemain pasukan Sepanyol untuk Piala Dunia 2014

Senarai pemain pasukan Sepanyol untuk Piala Dunia 2014


Goalkeeper:
Iker Casillas
David De Gea
Pepe Reina

Defender:
Raul Albiol
Gerard Pique
Sergio Ramos
Jordi Alba
Juanfran

Midfielder:
Javi Martinez
Andres Iniesta
Xavi Hernandes
Cesc Fabregas
Xabi Alonso
Sergio Busquets
Koke
Santi Cazorla
David Silva
Ceasar Azpilicueta

Forward:
David Villa
Fernando Torres
Pedro Rodriguez
Juan Mata
Diego Costa

Coach: Vicente Del Bosque

Lagi Info Menarik:

Senarai pemain pasukan Itali untuk Piala Dunia 2014

Senarai pemain pasukan Itali untuk Piala Dunia 2014


Goalkeeper:
Gianluigi Buffon
Salvatore Sirigu
Martin Perin

Defender:
Mattia De Sciglio
Giorgio Chiellini
Matteo Darmian
Ignazio Abate
Andrea Barzagli
Leonardo Bonucci
Gabriel Paletta

Midfielder:
Thiago Motta
Antonio Cancreva
Claudio Marchisio
Alberto Aquilani
Daniele De Rossi
Marco Parolo
Andea Pirlo
Marco Verratti

Forward:
Mario Balotelli
Antonio Cassano
Alessio Cerci
Ciro Immobile
Lorenzo Insigne

Coach: Cesare Prandelli

Lagi Info Menarik:

Senarai pemain pasukan France untuk Piala Dunia 2014

Senarai pemain pasukan France @ Perancis untuk Piala Dunia 2014

Goalkeeper:
Hugo Lloris
Stephane Ruffier
Micheal Landreau

Defender:
Mathieu Debuchy
Patrice Evra
Raphael Varane
Mamadou Sakho
Eliaquim Mangala
Bacary Sagna
Lucas Digne
Laurent Koscielny

Midfielder:
Yohan Cabaye
Remy Cabella
Mathieu Valbuena
Rio Mavuba
Blaise Matuidi
Moussa Sissoko
Morgan Schneiderlin
Paul Pogba

Forward:
Olivier Giroud
Karim Benzema
Antoine Griezmann
Loic Remy

Coach: Didier Deschamps

Lagi Info Menarik:

Senarai pemain pasukan Germany untuk Piala Dunia 2014

Senarai pemain pasukan Germany untuk Piala Dunia 2014

Goalkeeper:
Manuel Neuer
Ron-Robert Zieler
Roman Weidenfeller

Defender:
Kevin Grosskreutz
Matthias Ginter
Benedikt Hoewedes
Mats Hummels
Erik Durm
Shkodran Mustafi
Jerome Boateng
Per Mertesacker

Midfielder:
Sami Khedira
Bastian Schweinsteiger
Mesut Ozil
Julian Draxler
Philip Lahm
Toni Kroos
Christoph Kramer

Forward:
Andre Schuerrle
Lukas Podolski
Miroslav Klose
Thomas Mueller
Mario Goetze

Coach: Joachim Loew

Lagi Info menarik:

Cerita Blogger