Wednesday, October 29, 2014

Tony Fernandes muat naik gambar parodi tanpa baju

PEMILIK Queens Park Rangers, Tony Fernandes dilihat membuat sindiran berkaitan isu melibatkan pengurus pasukan, Harry Redknapp  yang menggelarkan penyerang, Adel Taarabt sebagai gemuk.

Taarabt baru-baru ini membalas sindiran Redknapp dengan memuat naik gambar yang menunjukkan dirinya bukan seperti yang didakwa pengurus pasukannya itu.

Sementara itu, Fernandes turut membuat permohonan maaf berkaitan isu tersebut, selain memohon maaf kepada peminat atas imej kurang baik QPR dalam Liga Perdana musim ini.

Bagaimanapun, Fernandes dilihat menonjolkan sisi lucunya apabila memuat naik gambarnya tanpa baju di laman Instagram sebelum perlawanan QPR menentang Aston Villa.

QPR menang 2-0 ke atas Aston Villa dalam perlawanan tersebut. - SinarHarian

Kat bawah ni pulak adalah gambar Adel Taarabt yang dimaksudkan.
Adel Taarabt balas balik kenyataan Redknapp (via worldsoccertalk.com)

Tuesday, October 28, 2014

Luahan Tony Fernandes kenapa dia akan tinggalkan kelab QPR

PENGERUSI Queens Park Rangers (QPR), Tan Sri Tony Fernandes mengakui akan mengundurkan diri daripada kelab berkenaan sekiranya peminat inginkannya meninggalkan kelab.

Fernandes yang menjual pasukan Caterham Formula 1 Julai lalu, turut menulis mengenai pengundurannya daripada kelab di laman Twitternya.

“Ketua yang baik seharusnya tahu apabila tiba masa untuk berundur. Sampai masanya saya tinggalkan Caterham F1. Begitu juga QPR dan AirAsia, peminat dan staf yang akan menentukannya,” katanya.

Selain itu, dia juga memohon maaf kepada peminat berkenaan isu yang melanda pengurus pasukan, Harry Redknapp dan penyerang, Adel Taarabt baru-baru ini.

Pengurus pasukan tersebut mengkritik Taarabt secara terbuka dengan menyifatkan pemain tersebut sebagai pemalas ketika menjawab persoalan tidak menurunkan penyerang tersebut dalam perlawanan menentang Liverpool di Lofftus Road.

QPR kini berada di tangga terakhir liga selepas hanya memperoleh 1 kemenangan daripada lapan perlawanan, termasuk kekalahan 3-2 ketika menentang Liverpool.

Malam ini, QPR sekali lagi menjadi tuan rumah untuk perlawanan menentang Aston Villa. - SinarHarian

Wednesday, October 22, 2014

(VIDEO) Pemain bola sepak maut selepas meraikan gol

TINDAKAN melakukan somersault untuk meraikan gol bukan tindakan yang bijak apabila meragut nyawa seorang pemain tengah Bethlehem Vengthlang FC, Peter Biaksangzuala.

Pemain berusia 23 tahun itu dilaporkan meninggal dunia kelmarin di sebuah hospital di Mizoram, akibat mengalami kecederaan saraf tulang belakang yang teruk.

Dia melakukan lompatan somersault sebagai merai gol penyamaan dalam perlawanan menentang Chanmari West FC semasa Liga Perdana Mizoram (MPL) Selasa lalu.

Menurut setiausaha Persatuan Bola Sepak Mizoram (MFA), Lalnghinglova Hmar, pemain bola sepak India tersebut mendarat dengan kekok dan tidak sedarkan diri selepas membuat lompatan.
“Kami ada mempertimbangkan pilihan untuk menerbangkannya ke Delhi, namun keadaannya sangat teruk. Dia kerap tidak sedarkan diri dan hanya boleh menyebut beberapa patah perkataan,” katanya kepada sebuah agensi berita.

Sementara itu, pihak Bethlehem Vengthlang FC membuat keputusan untuk menghentikan penggunaan jersey bernombor 21 sebagai penghormatan kepada Biaksangzuala.

Selain itu Hmar memberitahu, MFA akan menganjurkan perlawanan sempena memperingati pemain tersebut.

Dalam pada itu, FIFA menggesa Lembaga FA Antarabangsa (IFAB) untuk meluluskan peraturan tambahan terhadap pemain yang meraikan gol.

“Kejadian ini merupakan tragedi dalam bola sepak, dan kami sangat bimbang mengenainya. Ia merupakan tanggungjawab kepada IFAB untuk membuat sebarang pindaan terhadap Undang-undang Permainan,” jelas FIFA. - SH

Di bawah merupakan rakaman video pemain itu terbunuh ketika meraikan jaringan gol. Sungguh malang tidak berbau..

Monday, October 20, 2014

Tunku Mahkota Johor dan Khaleeda nikah Jumaat ini

Akhirnya berita yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Maka dengan ini terjawablah persoalan mengenai siapa suri hati Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ)

Melalui laporan Bernama, difahamkan TMJ bakal menamatkan zaman bujangnya Jumaat ini dengan Cik Khaleeda Bustamam.

Untuk makluman, istiadat pertunangan dan pernikahan baginda akan berlangsung di Istana Bukit Serene pukul 10 pagi pada hari itu.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli, Cik Khaleeda akan dikurniakan gelaran Che Puan, isteri kepada Tunku Mahkota Johor selepas istiadat pernikahan itu.

Majlis gilang gemilang itu nanti bakal dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua pasangan dan juga para tetamu kehormat yang termasuk Sultan Brunei, Sultan Pahang, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Perdana Menteri Singapura serta barisan exco dan anggota Dewan Undangan Negeri Johor.

Tahniah kami ucapkan kepada TMJ dan Cik Khaleeda. Semoga ikatan yang bakal dibina kekal ke anak cucu. Selamat Pengantin Baru in advance dari kami. - OhBulan

Sunday, October 19, 2014

Liga Perdana Inggeris: Pengurus Southampton terkejut selepas belasah Sunderland 8-0

Pengurus Southampton, Ronald Koeman mengakui bahawa dia masih terkejut selepas pasukannya itu menang besar ke atas Sunderland 8-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris semalam.
Para pemain Southampton berpesta gol ketika menentang Sunderland
Kemenangan ini sekaligus meletakkan pasukan Southampton melonjak ke tangga ketiga liga. Sejak wisel pertama dibunyikan, The Saints memang sudah menunjukkan permainan yang lebih menarik dan semangat mereka dilihat lebih membara selepas dihadiahkan gol sendiri oleh Santiago Vergini pada awal permainan. Graziano Pelle kemudian menjadikannya 2-0 sebelum Sunderland dikecewakan dengan sepakan penalti yang ditolak oleh pengadil. The Saints terus mengganas dengan jaringan kedua Pelle, gol Jack Cork, Dusan Tadic, Victor Wanyama, dan satu lagi gol sendiri oleh Liam Bridcutt.

Koeman juga turut meluahkan rasa simpati terhadap pasukan kendalian Gus Poyet yang kelihatan seakan-akan hilang semangat selepas Sunderland dinafikan sepakan penalti pada awal separuh masa pertama.

"Saya masih lagi terkejut", kata Koeman. "Kadangkala bola sepak memang pelik. Saya juga simpati kepada Gus Poyet kerana mereka bermain dengan baik pada awalnya dan mempunyai beberapa peluang yang baik. Nasib mereka tidak baik dengan jaringan sendiri itu dan mungkin ketika ketinggalan 2-0, mereka mungkin sepatutnya diberikan hadiah sepakan penalti. Tapi apapun, saya bangga dengan pasukan saya dan berhak untuk menang perlawanan itu."

Koeman turut memuji bahagian pertahanan pasukannya yang berjaya menjaga gawang daripada dibolosi terutamanya penjaga gol mereka.

Saturday, October 18, 2014

Cakap-cakap: Dani Alves setuju untuk berpindah ke Manchester United dari Barcelona

Banyak cakap-cakap yang mengatakan bahawa pemain pertahanan Brazil dan Barcelona itu telah bersetuju untuk berpindah ke Manchester United dari kelab gergasi Sepanyol, Barcelona.
Dani Alves (Foto: TeamTalk)

Namun, tidak dinyatakan secara rasmi berapa nilai sebenar perpindahan itu. Manchester United dilihat sangat terdesak untuk mendapatkan pemain pertahanan yang berkaliber berikutan prestasi semasa yang tidak menentu. Dalam saingan Liga Perdana Inggeris lalu, United dikejutkan apabila ditewaskan 5-3 oleh Leicester City di kala United sedang mendahului 3-1.

Kebuntuan United di bahagian pertahanan memang jelas terasa selepas mereka kehilangan beberapa tonggak utama berpengalaman seperti Nemanja Vidic dan Rio Ferdinand.

TMJ Tendang tiang bendera penjuru sabagai tanda merai kemenangan JDT

Aksi TMJ menendang tiang bendara menjadi voral (Foto: Internet)
TUNKU  Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menjelaskan tindakan baginda menendang tiang bendera penjuru selepas tamat perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di sini semalam, sebagai cara meraikan kemenangan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT).

Baginda, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), bertitah tindakan itu adalah sesuatu yang normal bagi seorang manusia dan ahli sukan dalam meluahkan rasa kegembiraan.
Tengku Mahkota Johor 
"Ini cara saya untuk menunjukkan rasa puas hati dengan keputusan itu lebih-lebih lagi selepas JDT berdepan dengan pelbagai spekulasi dalam tempoh lebih seminggu ini," titah baginda kepada pemberita di sini hari ini. 

Tunku Ismail mengulas sikap segelintir pihak yang mengkritik tindakan itu yang menjadi viral di laman media sosial.

Pada perlawanan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini, JDT mengalahkan Terengganu dengan agregat 3-1 dan layak ke separuh akhir menentang Felda United.

Tunku Ismail bertitah tindakan itu sebenarnya sudah dibayangkan baginda lebih awal iaitu ketika seorang adindanya bertanyakan mengenai apa tindakan yang dilakukan sekiranya JDT memenangi perlawanan terbabit.

"Saya jawab saya minat Ibrahimovic (Zlatan Ibrahimovic). Jadi saya ingat hendak raikan macam dia," titah baginda sambil menegaskan baginda turut tampil tunduk hormat kepada penyokong Terengganu sebagai tanda penghargaan mereka berkunjung menyaksikan perlawanan terbabit.
Pemain JDT meraikan gol kemenangan ke atas Terengganu (Foto: Bernama)
Dalam perkembangan berkaitan, baginda turut mempersoalkan tindakan sebuah stesen televisyen swasta yang hanya menyiarkan tindakan menendang tiang terbabit sehingga menimbulkan salah faham kepada penonton dan peminat bola sepak tanah air.

Menurut baginda, media seharusnya bertanggungjawab menyiarkan perkara yang tepat bagi mengelakkan sebarang implikasi.    

Sementara itu, Tunku Ismail turut memaklumkan PBNJ telah memeterai perjanjian kerjasama dengan pasukan dari Bundesliga, Borussia Dortmund, bagi tujuan pembangunan bola sepak di negeri ini.

Perjanjian itu merangkumi kerjasama pembangunan sebuah akademi bola sepak di Kulaijaya, peminjaman tenaga pengajar dan penghantaran pemain muda untuk menimba pengalaman bersama kelab itu.

Baginda menegaskan persetujuan kerjasama terbabit menunjukkan pasukan kelab Bundesliga itu percaya dengan keupayaan yang dimiliki PBNJ. - Bernama

Friday, October 17, 2014

Respons TMJ Berkaitan Aksi Tendang Corner Flag

Berikut adalah Respons TMJ Berkaitan Aksi Tendang Corner Flag yang sedang viral di media sosial sekarang. Ramai yang salah anggap tentang aksi tersebut jadi JST melalui FB telah menemubual sendiri TMJ untuk kepastian apa sebenarnya yang ingin ditunjukkan oleh TMJ tentang aksi tersebut.

Aksi TMJ tendang corner flag
Selepas tamat perlawanan, kami diperkenan untuk menemuramah DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

JST: Mohon ampun, Tunku. Kami telah menerima pelbagai maklumbalas daripada para penyokong berkenaan kejadian yang berlaku di bendera penjuru sebentar tadi. Adakah Tunku ingin berkongsi apa-apa berkenaan perkara tersebut?

DYAM TMJ: Sebelum perlawanan bermula, adik saya bertanya bagaimana saya akan meraikan sekiranya kita menang pada malam ini. Saya menjawab, saya tidak tahu, mungkin saya akan buat seperti Ibrahimovic dan menendang bendera penjuru. Itulah yang saya lakukan, dan nampaknya saya mendapat lebih perhatian daripada beliau! (ketawa)

JST: Ampun Tunku, kelihatan juga Tunku mengangkat tangan dan memandang ke atas. Apakah yang Tunku maksudkan dengan perbuatan tersebut?

DYAM TMJ: Saya memandang ke atas sebagai tanda Allah Maha Besar, dan akhirnya, Allah tetap bersama mereka yang benar.

JST: Tunku gembira dengan kemenangan ini?

DYAM TMJ: Tentu sekali, terutamanya setelah segala perkara negatif yang berlaku dalam seminggu setengah yang lepas. Tetapi kelakar bila difikirkan, sesetengah orang yang rendah pemikirannya lebih sibuk hal saya menendang bendera penjuru berbanding dengan kemenangan kita. (ketawa)

Rahsia menjadi bijak adalah untuk tahu apa perkara yang patut diabaikan. Kejayaan diukur bukan dengan kedudukan seorang itu dalam hidup, tetapi melihat kepada segala rintangan yang diatasi untuk mencapainya.

Tiada apa yang mampu menghalang seseorang yang mempunyai sikap mental yang betul daripada mencapai matlamatnya, dan tiada apa yang mampu menolong orang yang bersikap negatif.

Satu azam yang telah saya tetapkan adalah untuk sentiasa bangkit dari hal remeh-temeh. Kita bangkit mengatasi segala perkara negatif, dan walaupun ada yang cuba menjatuhkan semangat kita, tetapi kita lebih dirahmati untuk dirisaukan dengan tanggapan orang lain. Apabila kita masih berdiri walaupun musuh cuba menjatuhkan, menunjukkan kekuatan kita yang sebenar.

Kebencian daripada segelintir yang bermentaliti tak bertamadun tidak menggoyahkan semangat kita mengejar impian.

Untuk mencapai impian, apa yang terbaik untuk dilakukan adalah dengan menjaga urusan kita sendiri. Tak perlu merungut, dan tak perlu menjelaskan apa-apa.

Pernah suatu ketika, seorang wartawan bertanya saya - Bagaimana Tunku berjaya membawa pulang Piala Liga Super ke Johor walaupun baru hanya dua tahun memegang jawatan presiden? Jawapan saya, semasa orang lain sibuk bertanggapan negatif terhadap satu sama lain, saya lebih sibuk berusaha gigih mencapai matlamat, dan tidak menjaga tepi kain orang.

Mungkin nama kita sangat manis, sebab itulah ianya sentiasa menjadi buah mulut orang.

Seperti yang selalu saya katakan... setelah meredah ribut, nikmatilah sinaran mentari. - via phatcorner

Keputusan Piala Malaysia: JDT tewaskan Terengganu, melangkah ke separuh akhir

Safiq meraikan gol bersama rakan sepasuka (Foto: Bernama)
JOHOR Darul Ta'zim (JDT) layak ke separuh akhir Piala Malaysia 2014 selepas mengalahkan Terengganu 3-1 pada perlawanan suku akhir kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

JDT mara ke separuh akhir dengan agregat 3-1 selepas seri tanpa jaringan pada perlawanan suku akhir pertama.

Separuh Masa: JDT 2-0

Penjaring:
JDT - Safiq Rahim (minit ke-15 dan 74), Luciano Gabriel Figueroa (21')

Terengganu - Mohd Ashari Samsudin (60').

JDT akan menentang Felda United pada saingan separuh akhir pertama pada 20 Oktober ini, diikuti perlawanan separuh akhir kedua pada 25 Oktober ini. – Bernama

Thursday, October 16, 2014

Kemelut PBSNT dan PBNJ buatkan pemain pertahanan Terengganu tawar hati dengan tawaran masuk JDT

Kuala Terengganu: "Maaf Johor DT (Johor Darul Ta'zim), saya sudah tawar hati."
Mohd Zubir (pic via TTD)
Itu reaksi pemain pertahanan Terengganu, Muhammad Zubir Mohd Azmi ketika mengulas statusnya musim depan yang dikatakan sudah berada dalam radar Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ). Menurut pemain berusia 23 tahun itu, dia tidak menafikan sebelum ini berminat membarisi skuad itu musim depan, tetapi dengan beberapa kemelut melanda antara Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan juga PBNJ, dia kini akan memikirkan semula keputusan untuk bersama skuad itu musim depan.

"Sebelum ini sudah ada perbincangan awal antara saya dengan pegawai PBNJ dan pada dasarnya perbincangan itu menampakkan perkembangan positif kerana saya berhasrat menimba pengalaman baru dengan pasukan itu. Tapi, dengan beberapa isu terkini, saya sudah tidak berminat dan tawar hati," katanya kepada Arena Metro semalam.

Akhbar semalam melaporkan, pemain pertahanan kebangsaan itu bersama seorang lagi pemain Terengganu Mohd Nor Farhan Muhamad bakal menyarung jersi skuad terkaya di Malaysia itu. Selain dua pemain itu, turut berada dalam radar skuad Johor DT ialah penjaga gol Selangor, Mohd Farizal Marlias dan S Kunanlan.

Mengulas lanjut, Zubir berkata, dia turut terkejut mengenai laporan akhbar semalam ketika saingan suku akhir kedua antara Terengganu dan Johor DT belum berlangsung.

"Sepatutnya isu perpindahan itu tidak perlu digembar-gemburkan dalam media kerana saingan Piala Malaysia terutama perlawanan Terengganu dan Johor DT belum berlangsung. Laporan itu sedikit sebanyak menjejaskan imej saya sebagai pemain profesional selain tidak manis dipandang peminat Terengganu," katanya yang masih sayangkan skuad Penyu.

Ketika ditanya adakah dia akan terus menyarung jersi Terengganu musim depan kerana masih mempunyai kontrak setahun, pertahanan kiri itu belum mahu membuat keputusan kerana mahu menumpukan perhatian dalam saingan Piala Malaysia.

"Mungkin selepas Piala Malaysia baru saya akan maklumkan kerana ada dua pasukan juga mahukan khidmat saya," kata pemain kelahiran Kampung Telaga Papan, Setiu itu.

Sementara itu, pengurus pasukan Terengganu Marzuki Sulong berkata, PBSNT tidak menghalang dan menyekat dua pemain itu jika berhajat menyarung jersi mana-mana pasukan termasuk Johor DT, tetapi perlulah melalui saluran betul.

"PBSNT mengamalkan sikap terbuka dalam hal ini, tapi persatuan dan pemain berhajat mendapatkan mana-mana pemain perlulah mengikut prosedur betul mengikut peraturan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)," katanya. - hmetro

Luis Suarez terima anugerah Kasut Emas

Tahniah diucapkan kepada Luis Suarez selaku penerima anugerah Kasut Emas selepas berjaya menjaringkan gol terbanyak musim lalu ketika bersama Liverpool. Suarez telah menjaringkan 31 gol untuk Liverpool dan menyamai jumlah gol yang dijaringkan oleh Cristiano Ronaldo untuk Real Madrid. Anugerah itu disampaikan sendiri oleh bekas pengurus Liverpool, Kenny Dalglish.
Dalglish menyampaikan Kasut Emas kepada Suarez (via teamtalk)
Pemain antarabangsa Uruguay ini bakal membuat kemunculan pertamanya bersama Barcelona dalam saingan La Liga selepas berpindah dari Liverpool dan selepas menjalani hukuman gantung empat bulan oleh FIFA.

Suarez digantung semua perlawanan bola sepak selama empat bulan selepas didapati bersalah menggigit Giorgio Chiellini ketika beraksi di Piala Dunia Brazil Jun lalu.

Dan yang paling menarik, kemunculan pertamanya ini di La Liga bakal menyaksikan pertembungan El Clasico antara Barcelona dan Real Madrid pada 26 Oktober depan.

Perlawanan ini pasti menarik..

Wednesday, October 15, 2014

5 Sebab kenapa prestasi Liverpool hambar musim ini

Prestasi Liverpool pada awal musim ini memang hambar bukan sahaja dalam saingan Liga Perdana Inggeris malah juga dalam saingan Liga Juara Eropah. Mengapakah prestasi Liverpool begitu merudum pada musim ini? Berikut merupakan lima sebab menurut penganalisis bola sepak, Adam Bate.

1. Kehilangan Luis Suarez
Mungkin inilah antara sebab utama yang memberi kesan mendalam terhadap prestasi Liverpool. Pemain kebangsaan Uruguay ini telah menjaringkan 31 gol dalam saingan EPL musim lalu - belum pernah ada pemain yang berjaya menjaringkan gol sebanyak itu dalam satu musim. Bukan saja menjaringkan gol malah Suarez juga telah menghadiahkan 12 assist kepada Liverpool - hanya Steven Gerard yang pernah mengatasi jumlah itu. Malah semasa Suarez dijual kepada Barcelona, pengurus Liverpool, Brendan Rodgers sendiri telah mengatakan, "We lost a world-class player".

2. Integrasi pemain baru
Pemain datang dan pergi. Ia juga memerlukan masa untuk seseorang pemain itu berasa benar-benar serasi dengan taktik dan cara permainan pemain lain. Walaupun Liverpool dah habiskan banyak duit untuk membeli pemain baru yang top class seperti Adam Lallana dan Rickie Lambert, namun masalah kecederaan yang dialami oleh mereka di awal musim memberikan kerja yang lebih sukar untuk Rodgers di Anfield. Malah Rodgers juga perlu berhadapan dengan cabaran untuk 'mengurus' Mario Balotelli yang suka buat hal di dalam dan luar padang. Memang satu transisi yang sukar buat Liverpool.

3. Komitmen terhadap Liga Juara Eropah
Musim ini menyaksikan juara Eropah lima kali itu kembali semula ke persada saingan Liga Juara Eropah. Namun ianya bukan lah semudah yang disangka. Itu bermakna beban bertambah kepada Brendan Rodgers untuk menyeimbangkan starting line-up dalam setiap perlawanan demi untuk meminimumkan potensi kecederaan pemain akibat daripada keletihan.

4. Kurang masa berlatih taktikal
Bayangkanlah berapa masa saja yang mereka ada bila terpaksa mengharungi dua perlawanan dalam seminggu. Satu adalah untuk perlawanan liga perdana dan satu lagi untuk perlawanan liga juara. Jarak antara tempat perlawanan juga bukannya dekat. Mesti penat pemain-pemain Liverpool sampai hilang fokus. 

5. Harapan yang disandarkan terlalu tinggi
Musim lalu, Liverpool hampir saja memenangi gelaran juara Liga Perdana Inggeris. Tapi disebabkan oleh kesilapan-kesilapan pada saat-saat akhir, mereka terpaksa melepaskan takhta kepada Manchester City. Di kala banyak pemerhati sukan berpendapat bahawa Liverpool bakal memecah kebuntuan hampir 20 tahun tanpa menang piala Liga Perdana Inggeris, Liverpool nampaknya semakin tertekan dengan harapan yang disandarkan kepada mereka sehingga mempamerkan prestasi yang tidak menentu sampailah ke musim ini.

Anyway, bukan Liverpool saja yang berhadapan dengan masalah transisi ini. Kita boleh lihat banyak kelab lain yang mengalami nasib yang sama juga. Macam Manchester United tu..

100 tiket saja...baik tak payah! - Terengganu kecewa dengan Johor

Kuala Terengganu: "Terima kasih PBNJ, simpan sajalah tiket 100 keping itu". Luahan kecewa itu terbit daripada mulut Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) Arpin Draman selepas gagal mendapat kerjasama Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) untuk membeli 2,000 tiket perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia antara Johor Darul Ta'zim (Johor DT) dan Terengganu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin, malam esok.
Arpin menunjukkan surat rayuan
Setakat semalam, PBNJ cuma mampu memberi peruntukan 100 keping tiket walaupun sudah dua kali rayuan dibuat PBSNT, kata Arpin yang mengaku sekali lagi memohon jasa baik PBNJ dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mendapatkan jumlah tiket yang jauh lebih besar.

"Jika cuma 100 keping saja yang kami dapat daripada PBNJ, saya berpendapat lebih baik persatuan kami tidak membelinya kerana jumlah itu tidak mencukupi untuk 2,000 penyokong pasukan Penyu yang berhasrat bertandang ke Johor Bahru.

"Namun ini cuma pendapat peribadi saya saja kerana mungkin pihak pengurusan tertinggi persatuan masih mahu membeli 100 keping tiket itu supaya tidak mengecewakan segelintir penyokong yang masih bersemangat untuk menyokong pasukan di stadium," katanya.

Menurutnya, PBSNT juga mempunyai maruah yang perlu dijaga dan beliau berharap pengurusan tertinggi PBNJ mengizinkan pembelian lebih banyak tiket lagi. - hmetro

Monday, October 13, 2014

Kelayakan EURO 2016: Juara Piala Dunia, Jerman akhirnya tewas di tangan Poland

Poland mencipta kejutan ke atas juara Piala Dunia, Jerman dengan kemenangan 2-0 dan ia kejayaan pertama menundukkan pasukan jiran itu sekali gus membolehkan mereka mendahului Kumpulan D kelayakan Euro 2016.
Para pemain Poland meraikan gol menewaskan Jerman (via RTE Sport)
Arkadiusz Milik meletakkan mereka di depan menerusi tandukan pada minit ke-51 dan Sebastian Mila menambah jaringan pada lewat permainan untuk memberikan kemenangan paling diingati pasukan tuan rumah ke atas musuh ketat Jerman selepas gagal dalam 18 pertemuan.

Poland yang hanya menyumbat satu gol dalam enam pertembungan sebelum ini dan tewas 12 daripada 18 perlawanan sama ada menentang Jerman atau Jerman Barat kini mengungguli kedudukan teratas Kumpulan D dengan enam mata bersama Ireland.

Jerman yang tidak pernah tumpas di gelanggang lawan pada pusingan kelayakan tidak kira dalam kempen Piala Dunia atau Euro sejak 1998 kini menduduki tangga ketiga dengan tiga mata selepas dua perlawanan.

Dengan menyarung jersi berwarna hitam berbelang merah sama seperti ketika mereka membelasah Brazil 7-1 pada separuh akhir Piala Dunia Julai lalu, Jerman berjaya mengawal permainan bagaimanapun mereka banyak mensia-siakan peluang.

"Sememangnya kami amat kecewa," kata jurulatih Jerman, Joachim Loew. "Namun saya tidak boleh mengulas banyak mengenai pasukan. Apa yang ketara kami gagal menggunakan peluang pada babak pertama.

"Pada babak kedua juga kami bermain baik dan mencipta banyak peluang namun Poland yang berjaya menjaringkan gol menerusi percubaan bahaya pertama mereka," kata Loew.

Jerman turun beraksi di stadium yang menyaksikan mereka kalah 1-2 kepada Itali pada separuh akhir Euro 2012 dan mereka bergelut untuk menembusi kekebalan pertahanan Poland yang mendapat sokongan 57,000 penyokong.

Pemain pertahanan tengah tinggi lampai Kamil Glik dan Lukasz Szukala berjaya mengekang segala asakan bola tinggi daripada Mats Hummels yang beraksi buat kali pertama sejak final Piala Dunia. - hmetro



Fuyoo! Burung kaka tua milik Radamel Falcao ini akan bersorak bila Falcao menjaringkan gol..tengoklah

Falcao ada membela seekor burung kakak tua
Nampaknya Falcao bukan sahaja berbisa di depan pintu gol..malah dia juga mempunyai bakat dalam melatih haiwan bercakap..

Dengar cerita, pemain pinjaman Manchester United ini ada membela seekor burung kakak tua yang bernama Coco. Dan yang paling menarik lagi mengenai Coco ini ialah dia sudah diajar oleh tuannya untuk bersorak setiap kali tuannya itu menjaringkan gol.


Si burung kakak tua itu akan bersorak ' Gol de Falca' berulang kali...memang cute lah..


Cerita Blogger