Wednesday, June 29, 2022

Punca sebenar Jordi Amat sertai JDT, bukan kerana wang

Bintang baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat menegaskan bahawa tindakannya menyertai Harimau Selatan bukan kerana wang semata-mata.


Sebaliknya bekas pertahanan Swansea City itu menjelaskan terdapat beberapa faktor dia memilih JDT termasuk mahu menyesuaikan diri di Asia, berdekatan Indonesia dan bersaing di peringkat tertinggi bola sepak Asia kerana Harimau Selatan bersaing di Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Mengakui kagum dengan fasiliti yang dimiliki JDT, pemain berusia 30 tahun itu berkata dia turut menerima pendapat daripada kenalan dan bekas rakan sepasukan sebelum memutuskan menyertai kelab milik Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Sumber : BH

Tuesday, June 28, 2022

C. Ronaldo akan ke Chelsea? Biar betull kaw Do

Manchester: Manchester United yang berang menghantar peringatan tegas kepada Cristiano Ronaldo selepas bintang Portugal itu mengadakan perbincangan perpindahan dengan Chelsea


Laporan semalam mengatakan ejen Ronaldo, Jorge Mendes, bertemu dengan pemilik baharu Chelsea Todd Boehly, yang, berminat untuk membawa pemain itu ke Stamford Bridge.

Manchester memberitahu Ronaldo bahawa dia bukanlah pemain yang berada dalam senarai untuk dijual.

Awal minggu ini terdapat dakwaan di Portugal bahawa Mendes menawarkan pemain berusia 37 tahun itu kepada Bayern Munich kerana Ronaldo kecewa selepas kelab itu tidak aktif dalam jendela perpindahan pemain sejak melantik Erik ten Hag sebagai pengurus.

Tetapi sumber peringkat tinggi di Old Trafford menjelaskan bahawa Ronaldo tidak akan ke mana-mana dan Ten Hag memasukkannya dalam rancangan untuk musim depan.

"Cristiano bukan untuk dijual. Kami mahu dan menjangkakan sepenuhnya, dia akan bersama kami musim depan," kata sumber berkenaan.

United berbelanja besar untuk membawa Ronaldo kembali ke kelab berkenaan pertengahan tahun lalu dengan menyerahkan kontrak dua tahun bernilai £500,000 (RM2.6 juta) seminggu.

Kepulangannya sepatutnya menjadikan United sebagai juara - dan dia memberikan sebahagian daripada tawarannya dengan menjadi penjaring terbanyak iaitu 24 gol.

Tetapi United menduduki tempat keenam, 35 mata di belakang juara Manchester City, selepas kempen yang menyaksikan Ole Gunnar Solskjaer dipecat dan Ralf Rangnick gagal mengubah nasib pasukan itu. - HMetro

Cerita Blogger