Friday, January 31, 2014

Troussier tak jadi bimbing skuad Harimau Malaya

Troussier tak jadi bimbing Harimau Malaya

Hai hai..bye bye..rundingan dengan antara FAM dengan bekas jurulatih Jepun, Philippe Troussier, akhirnya menemui jalan buntu. Maka terpaksalah FAM cari jurulatih baru..
Kuala Lumpur: Semuanya tidak seperti diharapkan apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terpaksa melupakan hasrat mendapatkan khidmat jurulatih bertaraf dunia Philippe Troussier (gambar) bagi membimbing Harimau Malaya.
Rundingan antara Troussier, 58, dengan tiga pegawai kanan FAM di ibu negara semalam dikatakan tidak mencapai persetujuan bersama sekali gus menyaksikan pertemuan kali ketiga antara kedua-dua pihak itu tidak membuahkan hasil.
Menurut sumber wartawan dari Perancis, soal tuntutan gaji lumayan bukan menjadi masalah buat FAM namun beberapa permintaan bekas jurulatih Jepun itu tidak dapat dipenuhi kerana dianggap keterlaluan.
“Ada beberapa perkara yang tidak dipersetujui FAM sehingga menyebabkan rundingan mengenai kontrak bersama tadi (semalam) Troussier gagal.
“Troussier tidak mahu FAM meletakkan KPI (Indeks Petunjuk Prestasi) sebaliknya beliau mahu menentukannya sendiri. - myMetro

Siapa lagi calon yang FAM nak pancing lepas ni ya...kalau duit bukan masalah, cuba buat tawaran kepada Diego Maradona untuk jadi jurulatih Harimau Malaya..dengan kelab kat UAE dia nak, tak kan negara Malaysia tak boleh..hoho

Wednesday, January 29, 2014

Lagu paling best dari peminat Chelsea untuk Juan Mata selepas dia ke United

Mata kini milik United
Kalau korang ni peminat United atau Chelsea, korang kena dengar lagu khas paling best untuk Juan Mata ini. Lagu yang diolah oleh peminat Chelsea ini menggunakan lagu Boyzone yang bertajuk 'No Matter What' cuma liriknya saja yang diubah.


Peminat yang sedih dengan penjualan Juan Mata ke United melepaskan rasa rindu mereka serta juga melepaskan kekecewaan selepas Chelsea gagal membawa Rooney sebagai pertukaran kepada penjualan Juan Mata.

JDT diikat Singa manakala Kelantan pula tewas di tempat sendiri

Berikut adalah rangkuman berita sukan bola sepak tempatan dan antarabangsa yang menarik untuk korang baca..especially yang kaki bola dan kaki bangku..

LionsXII ikat Johor DT
Pengalaman melatih lebih separuh pemain Johor Darul Takzim (DT) musim lalu membolehkan jurulatih Lions XII, Fandi Ahmad, merangka strategi terbaik untuk membawa pulang satu mata dalam saingan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, semalam. Walaupun ketinggalan 0-2 pada separuh masa pertama, pemain Lions XII dilihat lebih garang untuk memenangi perlawanan berbanding pemain Johor DT yang dibarisi pemain kebangsaan dan bekas pemain kebangsaan Argentina...Baca selanjutnya


Kelantan gagal terus rentak kemenangan
Kelantan gagal meneruskan rentak kemenangan apabila tewas 1-2 di gelanggang sendiri kepada PKNS FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, semalam. Bermula babak pertama Kelantan terpaksa menunggu sehingga minit ke-30 untuk memecah kebuntuan menerusi penyerang, Ahmad Fakri Saarani berjaya menanduk masuk hantaran lintang kapten Mohd Badri Radzi...Baca selanjutnya


Penyokong Sabah diharap bersabar
Penyokong Sabahawks diminta memberi sokongan terhadap pasukan dan perlu bersabar dengan aksi hambar pasukan dalam saingan Liga Perdana musim ini yang mengalami kekalahan kedua kepada FELDA United di Stadium Likas, malam kelmarin. Pengurus pasukan Abd Rahman Zakaria berkata, prestasi ditunjukkan pemain menampakkan episod sama seperti perlawanan pertama menentang Pulau Pinang...Baca selanjutnya


Aguero laung amaran
Sergio Aguero memberi amaran kepada seteru utama Manchester City dia akan melakukan segala-galanya untuk memastikan kelabnya merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini. Aguero menjaringkan hatrik pada perlawanan pusingan keempat Piala FA menentang Watford sekali gus menyaksikan dia kini sudah menjaringkan 25 gol dalam 24 perlawanan...Baca selanjutnya


Arsenal yakin Wenger lanjut kontrak
 Ketua eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis berharap pengurus Arsene Wenger dapat menandatangani kontrak baru selepas kontrak pengendali dari Perancis itu berakhir hujung musim ini. Pengendali berusia 64 tahun itu ketika ini adalah pengurus paling lama berkhidmat dalam saingan Liga Perdana Inggeris selepas membimbing kelab utara London itu sejak 1996...Baca selanjutnya


Lagi info menarik:

Tuesday, January 28, 2014

Ancelotti kata buah za*kar Gareth Bale okay saja


Jurulatih Real Madrid memberitahu sidang media bahawa keadaan Gareth Bale tidak lah seserius mana walaupun diterjah dengan kasar oleh pemain Granada dalam perlawanan La Liga Sabtu lalu. Namun demikian, Gareth Bale tidak akan dapat diturunkan dalam perlawanan pusingan kedua suku akhir Copa del Rey menentang Espanyol hari ini (Selasa) kerana mengalami kecederaan pada kaki kiri. Dalam laporan Metro Uk, Anceloti berkata,

"He [Bale] doesn’t have a problem with his genitals. He tried to train but had discomfort in his left leg. We prefer that he recovers and he will not play tomorrow.


Ok..no serious problem..dia akan cepat pulih punya....kalau korang rasa insiden Bale ini memeritkan...tengoklah dulu video singkat Kakaotalk ini..pasti hilang stress kejap..

Monday, January 27, 2014

Berita dan gosip terkini sukan bola sepak negara dan antarabangsa

Penyokong lega Sabah main malam
Perubahan waktu perlawanan pasukan Sabah dari petang ke malam di Stadium Likas musim ini memberi sedikit kelegaan kepada peminat setia Sabahawks untuk terus memberi sokongan padu. Rata-rata penyokong ditemui merakamkan rasa gembira kerana dapat meluangkan masa hadir selepas waktu bekerja. Pada musim lalu, Sabah mengharungi perlawanan di tempat sendiri pada jam 4.15 petang dan menyukarkan penyokong hadir ke stadium... Baca selanjutnya


Slovakia pertahan Piala Frenz B-16
Slovakia mempertahankan kejuaraan Piala Antarabangsa Frenz bawah-16 apabila menewaskan Iran 2-0 selepas diheret lawan sehingga ke masa tambahan di Stadium Frenz Janda Baik, semalam. Gol anak buah Ladisav Pecko itu dijaringkan kapten pasukan, Martin Macho pada minit ke-104 sebelum Filip Modorosi mengukuhkan kedudukan selang seminit selepas itu. ..Baca Selanjutnya

Matthaeus yakin Kroos tolak tawaran Red Devils
Bekas kapten Jerman, Lothar Matthaeus menjangkakan pemain tengah Bayern Munich, Toni Kroos akan menolak tawaran daripada gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United. Media di England melaporkan, United akan membuat tawaran kepada pemain berusia 24 tahun dari Jerman itu selepas kejayaan mendapatkan khidmat perancang Sepanyol, Juan Mata dari Chelsea... Baca selanjutnya

Juventus seri, Buffon kena buang padang
Penjaga gol, Gianluigi Buffon (gambar kecil) diperintahkan keluar padang ketika menyaksikan Juventus tercicir mata buat kali pertama sejak Oktober tahun lalu, selepas sekadar seri 1-1 dengan Lazio, awal pagi semalam. Skuad bimbingan Antoni Conte itu masih kekal di tangga teratas Serie A tetapi bakal menyaksikan kelebihan mereka ke atas penghuni kedua, AS Roma dirapatkan dengan jurang enam mata saja jika pasukan dengan jolokan Giallorossi itu menewaskan Verona dalam perlawanan awal pagi tadi... Baca selanjutnya 
Gianluigi Buffon

Pahang rehatkan Nwakaeme
Jurulatih Pahang Ronald Smith tidak berani mengambil risiko untuk menurunkan Dickson Nwakaeme bagi pertemuan dengan Selangor esok walaupun khidmat pemain import Nigeria itu amat penting bagi memantapkan jentera serangan yang dilihat hambar ketika tewas 1-0 di tangan Sime Darby FC pada aksi Liga Super kelmarin... Baca selanjutnya



Sukan sepak takraw makin merudum..berilah sokongan anda untuk menaikkan lagi prestasi sukan ini di negara kita..jom layari My Roar for Takraw sekarang!

Kalau anda nak pergi tengok World Cup di Brazil..dengan RM100 jer pun dah boleh pergi sana..lihat bagaimana caranya di laman web Maybank Malaysia

Keputusan perlawanan bola sepak antarabangsa: Ligue 1, La Liga, Serie A

Berikut adalah keputusan perlawanan bola sepak antarabangsa. Keputusan Ligue 1 Perancis, La Liga Sepanyol, Seria A Itali.

Keputusan Ligue 1 Perancis

Lyon (Gomis 19, Lacazette 43, 76) 3 - 0 Evian TG 
Bordeaux  (Traore 41, Henrique 51) 2 - 0 Saint-Etienne 
Monaco  (Germain 41, Riviere 57) 2 - 0 Marseille



Keputusan La Liga Sepanyol

Almeria (Zongo 49) 1 - 0 Getafe  
Osasuna (Armenteros 10) 1 - 5 Athletic Bilbao (Susaeta 3, Aduriz 16, 62, Ibai Gomez 84, Kike Sola 88) 
Rayo Vallecano (Viera 39, Larrivey 76) 2 - 4 Atletico Madrid (Villa 8, Turan 30, 44, Saul 74-gs) 
Barcelona  (Pique 40, Pedro 55, Sanchez 61) 3 - 0 Malaga 



Keputusan Serie A Itali 

Verona  (Hallfredsson 49) 1 - 3 AS Roma  (Ljajic 45+1, Gervinho 60, Totti 82) 
Cagliari (Sau 28) 1 - 2 AC Milan  (Balotelli 87, Pazzini 89) 
Inter Milan 0 - 0 Catania 
Livorno (Greco 4, Paulinho 11, Benassi 26) 3 - 1 Sassuolo (Berardi 28-pen) 
Parma (Amauri 35) 1 - 0 Udinese 
Sampdoria (Gabbiadini 61) 1 - 1 Bologna (Diamanti 90-pen) 
Torino (Cerci 60-pen) 1 - 0 Atalanta 
Fiorentina  (Aquilani 33-pen, 42, 57) 3 - 3 Genoa (Gilardino 27-pen, Antonini 34, De Maio 73)


Sukan sepak takraw makin merudum..berilah sokongan anda untuk menaikkan lagi prestasi sukan ini di negara kita..jom layari My Roar for Takraw sekarang!

Kalau anda nak pergi tengok World Cup di Brazil..dengan RM100 jer pun dah boleh pergi sana..lihat bagaimana caranya di laman web Maybank Malaysia


Carian: Keputusan La Liga | keputusan serie a itali | keputusan ligue 1 perancis

Ouch!..Buah za*kar Gareth Bale kena sepak


Inilah salah satu risiko kalau nak jadi pemain bola sepak..bukan setakat bola saja yang disepak..malah 'bola' kat celah kangkang tu pun terkena tendang juga..


Tuu lah..lain kali, tendang bola yang betul..kalau tendang 'bola' lain, mesti kena kad kuning punya..kesian Gareth Bale..insiden ini berlaku ketika Real Madrid menentang Granada dalam saingan Liga Primera Sepanyol. Pemain Granada, Jeison Maurillo kemudiannya dilayangkan terus kad kuning selepas melakukan kekasaran tersebut. Anyway, walaupun perit untuk Bale, tapi manis untuk peminat Real Madrid selepas mereka menang mudah 2-0 hasil jaringan Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema.

Boleh korang tolong jerit tak? jerit kat laman web My Roar for Takraw..boleh menang hadiah menarik lagi tau..

Azraai puas T-Team calar ego Johor DT


Olololo....JDT awal-awal lagi dah kalah...hohoho..kepada 'kipas susah mati' JDT tu, jangan marah jangan sedih jangan meroyan, dan jangan mabukkan diri menelefon talian Nur pulak yer..perjalanan masih jauh..dulu Manchester City pun macam tu juga...hehe.. 
Kuala Terengganu: Keupayaan T-Team mencalar ego pasukan bintang Johor Darul Takzim (DT) malam kelmarin menyuntik semangat barisan Azraai Khor Abdullah untuk menewaskan Terengganu pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam esok.
Malah bukan itu saja, corak permainan skuad itu yang sebelum ini dikritik hebat selepas prestasi hambar ketika bertemu Selangor dan UiTM, kini dilihat semakin ampuh sebagai mana yang diperagakan ketika menumbang Johor DT 1-0 hasil jaringan pemain import dari Indonesia Patrich Steev Wanggai m-71. 
Bekas jurulatih Perak musim lalu itu tanpa berselindung mengaku berasa gembira dengan peningkatan yang dipamerkan pemainnya yang sudah menemui rentak berdasarkan aksi yang diperagakan pemain malam kelmarin. 
“Sudah tentu saya amat gembira kejayaan T-Team yang beraksi dengan baik walaupun beberapa peluang yang dimiliki pemain gagal direalisasikan dengan jaringan selain umpanan yang kurang menyerlah serta ada pemain tidak berfungsi dengan baik. 

“Apapun kemenangan itu begitu berharga kerana hasil usaha keras semua pemain termasuk kecemerlangan penjaga gol Mohd Shahril membantu T-Team meraih tiga mata pertama meskipun kita hanya menyasarkan satu mata dalam pertemuan yang penuh dramatik menentang pasukan hebat itu,” katanya yang mengharapkan pemainnya tidak besar kepala atas kejayaan itu. 
Bagaimanapun, pengendali itu belum mahu mendabik dada atas kejayaan itu sebaliknya mengharapkan pemainnya terus meningkatkan prestasi terutama menjelang pertemuan dengan Terengganu malam esok yang juga dibarisi ramai pemain berkualiti pada setiap posisi.
“Kejayaan mengekang Johor DT itu belum cukup kerana masih banyak kelemahan perlu diperbaiki jika berhasrat untuk melangkah lebih jauh lagi dalam kancah liga,” katanya. - MyMetro

Malam Sabtu, gua ada tengok Liga Super kat tv..first skali gua tengok T-Team VS JDT...gara-gara nak tengok Pablo Aimar main jer..tapi kesian, JDT kalah..hoho

Kalau pergi stadium tengok bola atau tengok apa-apa sukan, mesti ramai yang suka jerit..nah, kali ini korang boleh jerit sepuasnya dan boleh menang hadiah menarik lagi tau..terjah laman web My Roar for Takraw sekarang!!

Saturday, January 25, 2014

Peminat Manchester United mabuk hubungi 911 untuk minta bantuan Ferguson


Aduhai..macam-macam gelagat peminat United ni yer..dulu, ada peminat yang sanggup bunuh diri selepas MU tewas berturut-turut. Lepas tu ada pula yang buat replika Alex Ferguson di luar stadium..terbaru, penyokong yang kecewa ini menelefon pula 911 untuk mintak bantuan Ferguson..adedei...ini belum masuk lagi berita yang tak masuk paper..kuat betul penangan United ni yer..adakah mereka kini di ambang kejatuhan? 

LONDON - Polis mendedahkan, seorang penyokong Manchester United yang mabuk selepas kecewa dengan kekalahan terbaru kelab tersebut telah menghubungi talian kecemasan Britain, 999 untuk bercakap dengan bekas pengurus pasukan, Alex Ferguson. Polis daerah Greater Manchester berkata, panggilan tersebut diterima daripada seorang lelaki di utara Manchester pada jam 10.30 malam kelmarin, tidak lama selepas United dikejutkan dengan kekalahan kepada Sunderland pada separuh akhir Piala Liga. 
Kedua-dua pasukan terikat secara agregat 3-3, namun Sunderland melangkah ke perlawanan akhir menerusi penentuan penalti. Menanti The Black Cats di final adalah gergasi Liga Perdana, Manchester City. Menurut polis, tindakan penyokong tersebut agak keterlaluan dan memberi pendapat bahawa lebih baik dia menelefon terus ke Old Trafford jika ingin bercakap dengan Ferguson. 
"Malam semalam (kelmarin) tepat pukul 10.30 seorang lelaki dari Crumpsall mendail talian 999 dan bercakap dalam keadaan mabuk minta disambungkan kepada Ferguson kerana kecewa dengan keputusan perlawanan itu. 
"Memang ia agak sedih dan tertekan jika pasukan bola sepak anda tewas tetapi anda semua perlu tahu talian 999 hanyalah untuk kecemasan sahaja. 
"Jika ada sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan polis tetapi tidak ada kena mengena dengan kecemasan mereka boleh menghubungi operator. 
"Jika anda mahu bercakap dengan Ferguson tentang keputusan bola sepak semasa, kami mencadangkan anda cuba menghubungi terus ke kelab Manchester United, di mana anda berpeluang untuk bersembang dengan dia berbanding menghubungi polis," katanya. Kekalahan kelmarin menambah derita United yang buat kali pertama musim ini tidak dibimbing jurulatih legenda, Ferguson. 
Mereka juga sudah tersingkir dari saingan Piala FA dan ketinggalan 14 mata di belakang pendahulu Liga Perdana, Arsenal. - AFP

Tapi mungkin masih terlalu awal untuk menilai prestasi sebenar Moyes di United..alaa..baru tiga empat bulan Moyes kat sana..bagilah dia chance sikit..kalau tahun depan lagi teruk, baru lah pecat..lagipun United kan dah menang banyak trofi..bagi lah peluang kat pasukan lain pulak..hehe...

Kalau anda sedang berduka dengan United sekarang, apa kata anda tengok video iklan dari Petronas ini..gerenti anda akan bahagia..hehe 

Friday, January 24, 2014

United shoping sakan beli Juan Mata dari Chelsea

Juan Mata

Dear Mata, welcome to Old Trafford..and be prepare to be fight! Manchester United dah mengesahkan pembelian Juan Mata dari Chelsea dengan bayaraan £37 juta (RM204 juta). Wah..shoping sakan nampaknya si Moyes ni yer..

London: Bidaan sebanyak £37 juta (RM204 juta) Manchester United terhadap perancang tengah, Juan Mata diterima kelab pencabar Liga Perdana, Chelsea, menurut akhbar Britain semalam. 
Laporan dalam akhbar Daily Telegraph menyebut Mata sudah bersetuju dengan terma peribadi bersama juara Inggeris itu dan menjalani pemeriksaan perubatan lewat malam tadi. Pemain antarabangsa Sepanyol itu dikaitkan dengan perpindahan dari Stamford Bridge selepas bergelut untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama di bawah pengurus, Jose Mourinho. 
Bintang berusia 25 tahun itu mengalami saat sukar musim ini dengan Mourinho lebih suka menurunkan pemain antarabangsa Brazil, Oscar dan Willian di samping pemain Belgium, Eden Hazard. 
 
Pengurus United, David Moyes berusaha untuk memantapkan kreativiti skuadnya selepas permulaan buruk musim ini menyebabkan mereka sekadar menghuni tangga ketujuh Liga Perdana selain ketinggalan 14 mata di belakang pendahulu Arsenal. Bayaran itu akan memecahkan rekod perpindahan United terhadap penyerang Dimitar Berbatov, yang menyertai kelab itu pada 2008 dari Tottenham Hotspur dengan harga £30.75 juta (RM170 juta). 
Mourinho sering kali menyatakan Mata masih mempunyai peranan di Chelsea namun keazamannya mengekalkan pemain itu kini diuji. - Reuters

Mampukah kehadiran Juan Mata ini mengubah nasib Manchester United yang baru sahaja terluka dengan kekalahan di peringkat separuh akhir Piala Liga kepada Sunderland melalui penentuan sepakan penalti di Old Traffod kelmarin. Memang dah tak banyak peluang lagi untuk United memenangi sebarang kejuaraan musim ini.

Thursday, January 23, 2014

Manchester United terus parah: Disingkirkan Sunderland di Old Trafford


Di kala Manchester United kian pasti untuk melangkah ke final Piala Liga Capital One Cup semalam, impian mereka musnah ketika Sunderland menjaringkan gol penyamaan pada minit-minit terakhir perlawanan. Perlawanan yang berkesudahan 2-1 sekaligus mengikat agregat 3-3 ini memaksa kedua pasukan untuk menempuhi sepakan penentuan penalti yang berpihak kepada Sunderland.  Nah..korang baca lah laporan yang gua rembat dari laman web Mutd ini. Malas nak translate...

Manchester United were denied a place at Wembley in the Capital One Cup final in the cruellest fashion via a penalty shootout against Sunderland after an evening of drama and, ultimately, disappointment at Old Trafford. 
Having initially led 1-0 through Jonny Evans' 37th-minute header, the tie went to extra time with the scores locked at 2-2. Just as the Reds seemed to be heading through on away goals, Phil Bardsley struck in the last minute of the added 30. But that wasn't the end of it, somehow United came back and Javier Hernandez equalised to take it to spot-kicks, where this game's plot had another wicked twist. 
United's first-half lead was deserved through perseverance. Hernandez was first to test Sunderland goalkeeper Vito Mannone, while Darren Fletcher hit a post and Danny Welbeck had a shot blocked from five yards out. Fabio Borini threatened at the other end with a 30-yard effort, but the Reds went in front when Welbeck flicked on Adnan Januzaj's corner on 37 minutes and Evans headed home. 
After the break Rafael and Januzaj went close with left-footed shots but Sunderland also went on the attack, with Marcos Alonso going closest for the visitors with a drilled volley past the post on 79 minutes. Neither side could find the crucial goal to win it inside 90 minutes, so extra time beckoned, and after 102 minutes Chicharito had a glorious chance to clinch victory but he fired wide when one-on-one with Mannone. 
At the other end, Bardsley lined up a speculative low effort in the last minute of extra-time and De Gea spilled the shot, directing it into his own net. Yet so soon after that pang of disappointment and United felt momentarily euphoric as Chicharito turned the ball home from close range with 120 minutes up, levelling the scores once again. That meant a shootout from 12 yards, and Sunderland held their nerve to win 2-1.

Ok..kepada penyokong United, jangan risau jangan panik..yang pasti, United tak kan menang satu pun piala musim ini. Piala FA dah tersingkir, Piala Liga pun gigit jaring jer, Liga Perdana pun dah jauh ketinggalan dan mungkin tak layak pun untuk ke Liga Juara musim depan. Sekarang hanya mampu berharap untuk menang Liga Juara Eropah musim ini tapi kalau diukur dari prestasi semasa mereka, di England saja pun dah rapuh, apalagi di Eropah.

>> Jom dengar apa kata Shaheizy Sam pasal duit RM100,000 dari Petronas ini.

Tuesday, January 21, 2014

Alex Ferguson dah bersedia di luar stadium Manchester United..in case..

Nampknya pengurus baru Manchester United masih lagi tak habis-habis dibayangi oleh kelibat bekas pengurus tersohor United, Sir Alex Ferguson. Kekalahan United di tangan Chelsea Ahad lepas nyata sudah diduga dan kini posisi Moyes semakin rapuh. Dengan prestasi hambar ini, Moyes juga tak lekang dari dikenakan 'troll' oleh pelbagai pihak tak kira pemain bola sendiri atau peminat bola bukan sahaja peminat United sendiri malah juga peminat lawan. Terdahulu dalam entri bertajuk Moyes nak balik Goodison Park ini, gambar Moyes yang diedit menunjukkan dia sedang menunggu teksi untuk balik ke Everton.

Terbaru, syarikat PaddyPower pula buat troll untuk Manchester United. Mereka telah meletakkan replika Sir Alex Ferguson di hadapan stadium Old Trafford dengan caption 'In Case of Emergency Break Glass'. Apa tujuan mereka? sudah pastinya untuk menunjukkan rasa kurang puas hati dengan pengurusan Moyes serta prestasi United yang semakin hambar yang kini menduduki tangga ke-7 liga.  PaddyPower turut meramalkan bahawa Moyes akan dibuang sebelum epl musim ini tamat dan bakal digantikan semula oleh Alex Ferguson.




Tapi itu semua sekadar ramalan..Mourinho pun ada cakap yang banyak 'orang dalam' United sendiri kurang puas hati dengan Moyes. Adakah itu petanda? hohoho...kesian Moyes, teringat pula gua dengan troll Kangkung Najib..

Replika Alex Ferguson sedang dikeluarkan

Oh ya, sebelum mengakhiri entri ini, gua nak bagitau korang yang teringin nak pergi tengok secara LIVE perlawanan World Cup di Brazil pada pertengahan tahun ini. Memang mahal kalau guna duit sendiri pergi sana tapi kalau korang nak pergi juga, elok terjah dulu tawaran hebat dari Maybank ini. Siapa tahu, dengan RM100 saja, korang akan dapat pergi tengok World Cup nanti..layari laman web Maybank sekarang.

Monday, January 20, 2014

Keputusan Liga Perdana Inggeris dan Kedudukan Terkini BPL 2013/2014 - Week 22

Semalam dan malam kelmarin telah berlangsung perlawanan untuk minggu ke-22 dalam saingan Liga Perdana Inggeris BPL musim 2013/2014. Perlawanan tumpuan pastinya di antara dua gergasi Inggeris iaitu Chelsea dan Manchester United yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada Chelsea, 3-1 menerusi jaringan hat-trik Samuel Eto'o. Berikut merupakan keputusan penuh EPL.

Sunday 19 January 2014
Chelsea
3 - 1
Man Utd
Swansea
1 - 3
Spurs

Saturday 18 January 2014
Liverpool
2 - 2
Aston Villa
Arsenal
2 - 0
Fulham
Crystal Palace
1 - 0
Stoke
Man City
4 - 2
Cardiff
Norwich
1 - 0
Hull
West Ham
1 - 3
Newcastle
Sunderland
2 - 2
Southampton


Berikut pula adalah kedudukan terkini Liga Perdana Inggeris selepas minggu ke-22. Perlawanan di antara West Bromwich dan Everton pula akan berlangsung awal pagi esok.

POS
LP
CLUB
P
W
D
L
GF
GA
GD
PTS
1
(1)
Arsenal
22
16
3
3
43
19
24
51
2
(2)
Manchester City
22
16
2
4
63
25
38
50
3
(3)
Chelsea
22
15
4
3
43
20
23
49
4
(4)
Liverpool
22
13
4
5
53
28
25
43
5
(6)
Tottenham Hotspur
22
13
4
5
29
26
3
43
6
(5)
Everton
21
11
8
2
34
19
15
41
7
(7)
Manchester United
22
11
4
7
36
27
9
37
8
(8)
Newcastle United
22
11
3
8
32
28
4
36
9
(9)
Southampton
22
8
7
7
29
25
4
31
10
(10)
Aston Villa
22
6
6
10
22
29
-7
24
11
(11)
Hull City
22
6
5
11
22
28
-6
23
12
(12)
Norwich City
22
6
5
11
18
35
-17
23
13
(13)
Stoke City
22
5
7
10
22
36
-14
22
14
(15)
West Bromwich Albion
21
4
9
8
23
28
-5
21
15
(14)
Swansea City
22
5
6
11
27
33
-6
21
16
(16)
Crystal Palace
22
6
2
14
14
31
-17
20
17
(17)
Fulham
22
6
1
15
22
48
-26
19
18
(18)
West Ham United
22
4
6
12
22
33
-11
18
19
(19)
Sunderland
22
4
6
12
21
36
-15
18
20
(20)
Cardiff City
22
4
6
12
17
38
-21
18
POS
LP
CLUB
P
W
D
L
GF
GA
GD
PTS


Cerita Blogger