Tuesday, November 19, 2013

Keputusan Malaysia vs Qatar Kelayakan Piala Asia, Malaysia Tewas 0-1


Keputusan perlawanan Malaysia vs Qatar untuk kelayakan Piala Asia 2015, Malaysia tewas tipis 0-1 di Stadium Shah Alam. Dengan keputusan ini, Malaysia sudah boleh dianggap gagal melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia manakala Qatar berjaya melangkah ke pusingan seterusnya. Jaringan tunggal perlawanan hadir pada minit ke-65 oleh pemain tengah Qatar, Al-Ali. Malaysia sebenarnya masih ada peluang untuk melayakkan diri sebagai pasukan tempat ke-3 terbaik dari semua kumpulan, namun ianya sangat tipis dan hanya mengharapkan keajaiban saja.

Walaupun tewas dalam perlawanan ini serta kehadiran penonton tidaklah seramai yang diharapkan, namun prestasi pasukan Harimau Malaya ada juga menunjukkan sedikit peningkatan jika dinilai dari segi taktikal. Lagipun Qatar bukanlah pasukan calang-calang. Mereka adalah pasukan piliha dan pernah masuk semifinal Piala Asia dulu. Keputusan ini sememangnya mengecewakan ramai penyokong tegar bola sepak tempatan yang sudah lama mengidamkan untuk melihat Malaysia beraksi di pentas pusingan akhir Piala Asia.

Kehadiran penyokong kurang menggalakkan di Stadium Shah Alam
Apapun, terima kasih kepada para pemain Malaysia yang nampaknya bersungguh-sungguh dalam perlawanan tadi. Nanti piala asia seterusnya, kita pasti dapat pergi final round...entah bila...

Tuesday, November 12, 2013

Lagi jaringan cantik 'bicycle kick' dari penjaga gol


Wah, kini nampaknya penjaga gol juga boleh manjadi aset penting sebagai penjaring gol dalam pasukan. Bukan sahaja mereka memainkan peranan sebagai penjaga gawang yang hanya berdiri di sekitar tiang gol mereka malah kini mampu naik ke atas untuk menghasilkan gol. Gol cantik pula tu.

Sebelum ini, kita dikejutkan dengan jaringan jarak jauh dari kawasan petak penalti sendiri penjaga gol Stoke, terbaru, ada lagi penjaga gol yang berjaya menjaringkan gol cantik 'bicycle kick' ala-ala Rooney gitu.

Bartolome Barcelo, penjaga gol pasukan Alcudia yang bermain di divisyen tiga Sepanyol, berjaya menjaring gol tersebut ketika menentang pasukan Mallorca B. Perlawanan berkesudahan 1-1.




Monday, November 11, 2013

Keputusan penuh dan kedudukan terkini Liga Perdana Inggeris (EPL 2013/2014)

Nampaknya minggu ini menyaksikan beberapa kejutan dan kebangkitan. Chelsea hampir-hampir saja tewas di tempat sendiri tapi diselamatkan oleh sepakan penalti pada minit akhir perlawanan. Manchester United pula kembali ke laluan kemenangan selepas menewaskan pendahulu liga, Arsenal. Tottenham pula terus dilanda kekalahan di tempat sendiri oleh Newcastle. Berikut keputusan penuh Liga Perdana Inggeris.

Man Utd 1-0 Arsenal
Spurs 0-1 Newcastle
Sunderland 1-0 Man City
Swansea 3-3 Stoke
Chelsea 2-2 WBA
Norwich 3-1 West Ham
Aston Villa 2-0 Cardiff
Crystal Palace 0-0 Everton
Liverpool 4-0 Fulham
Southampton 4-1 Hull

Kedudukan terkini Liga Perdana Inggeris selepas 11 perlawanan.

Sunday, November 10, 2013

Isu Tunjuk Kalimah Allah di baju: Mat Yo mungkin berdepan masalah digantung seumur hidup?

Satu persatu dugaan menimpa penyerang Johor Darul Takzim (JDT), Norshahrul Idlan Talaha atau dikenali dengan panggilan Mat Yo. Terbaru membabitkan isu kalimah Allah yang tertulis pada bajunya dan dipaparkannya selepas menjaringkan gol penyamaan ketika menentang Bahrain pada aksi kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam, 15 Oktober 2013 lepas.
Sumber: Ammboi

Sehingga kini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya menunggu surat maklum balas daripada AFC dan Norshahrul juga telah membuat penjelasan mengenai insiden berkenaan. FAM juga sudah menghantar surat penjelasan kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk memberikan penjelasan mengenai perkataan Allah yang tertera pada kemeja-t Mat Yo itu.


Menerusi laporan akhbar sebelum ini, AFC telah menuntut penjelasan daripada FAM mengenai isu penggunaan perkataan Allah pada kemeja-t yang dipakai Mat Yo. Berdasarkan peraturan empat, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (kelengkapan pemain), mana-mana pemain tidak dibenarkan menayangkan apa-apa mesej sensitif berkaitan politik, agama mahupun komersial ketika berlangsungnya sesebuah perlawanan bola sepak.  (Sumber: Ammboi)

Thursday, November 7, 2013

Sengaja jatuhkan diri di petak penalti? Young tak sehebat Suarez

Salah satu taktik kotor untuk menang dalam sesebuah perlawanan bola sepak ialah dengan sengaja menjatuhkan diri di petak penalti kot kot boleh dihadiahkan sepakan penalti oleh si pengadil.


Inilah yang sering dilakukan oleh pemain Liverpool, Suarez, suatu ketika dulu dan memang dia diiktiraf sebagai penipu paling bijak. Tapi nampaknya helah ini juga mula diamalkan oleh pemain Manchester United, Ashley Young. Namun dia tidaklah sepandai Suarez. Malah kemungkinan besar, dia akan kena jual oleh si Moyes apabila sahaja jendela perpindahan pemain dibuka nanti.

Kalau korang tengok perlawanan antara Manchester United dengan Real Sociedad kelmarin dulu dalam saingan Liga Juara Eropah tu, memang Ashley Young yang berlakon kat petak penalti tu dah kena hukum karma. Sepakan penalti Van Persie gagal disempurnakan United. Jadi, pulanglah United dengan satu bijik mata saja. 

David Moyes pula dilaporkan sangat bengang dengan tindakan si Ashley Young ini walaupun mungkin lakonannya itu bisa membantu United untuk menang kelak.



Tuesday, November 5, 2013

Wow! Gol sendiri yang awesome tapi perit

Seorang pemain bola sepak sememangnya mengidamkan dan berusaha untuk membuat jaringan yang cantik untuk pasukannya...

Tapi jika jaringan cantik itu menerjah net sendiri, pastinya ia sesuatu yang memeritkan bukan saja kepada si penyepak bola malah juga kepada seluruh pasukan..seperti gol sendiri kat bawah ini..



Gol sendiri ini dijaringkan oleh Stefan Seufert yang bermain untuk pasukan Schweinfurt menentang pasukan simpanan 1869 Munich dalam liga keempat Jerman. Mereka tewas 3-0 dalam perlawanan tersebut.

>> Menabunglah dari kecil kat AFFINBANK dan menangi pelbagai hadiah menarik sini!

Sunday, November 3, 2013

Wow! Penjaga gol Stoke jaringkan gol 13 saat selepas perlawanan bermula

Sesuatu yang memang jarang kita lihat dalam perlawanan bola sepak. Penjaga gol Stoke, Asmir Begovic, berjaya menjaringkan gol selepas perlawanan baru saja berlangsung selama 13 saat menentang Southampton dalam saingan Liga Perdana Inggeris semalam. Gol itu dijaringkan dari kawasan kotak penalti pasukan Stoke.


Gol tersebut pastinya membuatkan penjaga gol Southampton rasa nak 'cabut' kepala dia saja kerana melepaskan gol mudah itu. Terima kasih juga kepada sang angin kerana menjadi 'assist' kepada jaringan itu. Keputusan berkesudahan seri 1-1.

>> Agaknya penjaga gol Stoke ini banyak makan KIT KAT kot...

Saturday, November 2, 2013

Wow! Pemain Argentina ini sebiji macam Mesut Ozil

Anda tengok dan anda nilai. Adakah pemain ini serupa sebijik macam Mesut Ozil...tengoklah gambar kembar Ozil ini.




Saya rasa, memang ada iras sedikit tapi Ozil lagi hensem..hehehe..oh ya, nama kembar Ozil ini ialah Gonzalo Galvan dan merupaan midfielder pasuan kelab Argentina, Villa Santillan.

Liverpool ketawakan tawaran Arsenal terhadap Suarez


Apa aganya reaksi Liverpool ya? Mungkin... "hahahahahahhaha"..."hohohohohohoho".. :0..apabila melihat tawaran Arsenal berjumlah 40juta paun sterling dengan tambahan 1 paun sterling untuk menarik Luis Suarez ke Arsenal. Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers, turut menyatakan bahawa tawaran Arsenal itu adalah yang paling teruk seperti yang dilaporan Goal.com 


Selain itu, Rodgers juga turut menyatakan komitmennya untuk terus memastikan agar Suarez kekal bersama Liverpool. Sejak awal musim dalam saingan Liga Perdana Inggeris ini, Liverpool bermula cemerlang berbanding beberapa musim lalu.

Friday, November 1, 2013

Cristiano Ronaldo lancarkan seluar dalam jenamanya CR7


Nampaknya Cristiano Ronaldo pun nak meluaskan empayar pengaruhnya macam David Beckham dengan melancarkan jenama seluar dalam peribadi yang bernama CR7. 



Seluar dalam ini direkabentuk hasil dari kerjasama antara Cristiano Ronaldo dengan beberapa designer. Seluar dalam ini mula dijual minggi ini dan yang lebih menarik lagi ialah sebahagian dari hasil jualannya akan disalurkan kepada badan amal.


Cerita Blogger