Saturday, November 14, 2015

Chelsea dah terdesak mahu beli Cristiano Ronaldo

Dengan pintu perpindahan pemain yang dah semakin hampir, pemilik Chelsea, Roman Abramovich dikatakan sedang membuat rundingan dengan Real Madrid untuk membeli bintang mereka yang juga bekas pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo.
Cristiano pernah menang anugerah Ballon d'Or beberapa kali
Billionaire dari Russia tersebut bersedia untuk membayar sekitar RM330juta atau £70.6juta untuk mendapatkan pemain berusia 30 tahun itu. Dan untuk menampung pembelian ini, Abramovich bakal menjual bintang-bintang kelabnya seperti Eden Hazard, Oscar dan Nemanja Matic.

Chelsea mengalami permulaan musim yang mengerikan pada kempen EPL 2015/16 ini dan bertekad untuk menyelamatkan kelabnya yang kini berada di kelompok lima tangga terbawah liga dengan tujuh kekalahan, dua seri dan hanya tiga kemenangan selepas menempuh 12 perlawanan liga.

Selain Chelsea, Ronaldo juga dikaitkan dengan perpindahan ke Paris Saint-Germain dan mungkin kembali ke Manchester United. 

Cerita Blogger