Wednesday, April 30, 2014

Keputusan Semi Final Liga Juara Eropah: Real Madrid belasah Bayern Munich 0-4

Tu lah balasan bila angkuh sangat. Bayern Munich dibelasah Real Madrid di tempat sendiri, Allianz Arena 0-4 dalam perlawanan kedua separuh akhir Liga Juara-juara Eropah semalam. Dalam perlawanan pertama, Real menewaskan Bayern 1-0. Kemenangan ini sekaligus membawa Real Madrid ke final menentang sama ada Chelsea atau Athletico Madrid yang akan beraksi malam ini.
Superstar zaman ini, Ronaldo sumbat 2 gol untuk Real Madrid belasah Bayern Munich
Cristiano Ronaldo jelas mempamerkan aksi menarik apabila berjaya menymbat dua gol untuk Real sekaligus mengekalkan rekod penjaring terbanyak dalam perlawanan Liga Juara dengan 17 gol dalam 11 perlawanan. Perlawanan final Liga Juara akan berlangsung di Lisbon bulan depan.

Lagi Info Menarik:

Monday, April 14, 2014

Liverpool kalahkan City, hampiri gelaran EPL musim ini

Liverpool menewaskan Manchester City 3-2 dalam perlawanan liga Perdana Inggeris paling sengit semalam. Dengan kemenangan ini, Liverpool kian hampir untuk menjuarai gelaran liga EPL musim ini. Liverpool mendahului dua gol pada separuh masa pertama menerusi jaringan Raheem Sterling pada minit ke-6 dan Martin Skrtel pada minit ke-26. Bagaimanapun, City berjaya menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua menerusi jaringan David Silva dan gol sendiri oleh Glen Johnson. Namun jaringan Philippe Coutinho pada minit ke-78 jelas membuktikan bahawa Liverpool benar-benar dahagakan kejuraan EPL setelah menunggu selama 24 tahun.
Kesilapan Kompany membawa padah kepaga City
Namun City yang masih mempunyai kelebihan dua perlawanan masih berpeluang untuk merampas kejuaraan liga. Pengurus City, Manuel Pellegrini menegaskan bahawa pasukannya tetap optimis dan akan berlawan habis-habisan dalam enam lagi baki perlawanan.

Selain City, Chelsea yang sedang menduduki tangga kedua liga juga berpeluang cerah untuk memenangi liga EPL musim ini. Kunjungan Chelsea ke Anfield untuk menentang Liverpool pada 27 April ini pastinya akan menjadi titik penentuan kepada kejuaraan liga.

All the best to Liverpool. You'll Never Walk Alone..

Lagi Info Menarik:

Saturday, April 12, 2014

Kelantan akan beli Heskey dan Anelka?

Nampaknya Kelantan semakin mengorak langkah kedepan dengan mengintai pemain bertaraf bintang untuk dibawa masuk ke dalam pasukan The Red Warriors. Awas yer JDT..
Emily Heskey dan Nicholas Anelka bakal jadi pemain TRW?
KOTA BHARU - Dua pemain bertaraf dunia, Nicholas Anelka dan Emily Haskey berada dalam radar The Red Warriors untuk dibawa masuk bagi memperkuatkan pasukan mengharungi baki saingan Liga Malaysia (Liga-M). Rancangan itu disahkan sendiri oleh Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.

Annuar berkata, pihaknya sedang meneliti sepenuhnya perkara tersebut dari semua aspek, termasuk kewangan pasukan, kontrak dan sebagainya bagi mengelakan timbul masalah di kemudian hari. Menurutnya, keputusan mengenai perkara ini akan dibuat sebelum pintu pendaftaran pemain untuk sesi kedua ditutup pada 23 April nanti.

“Walaupun kedua-dua­nya sedikit berumur, kita tetap perlu membuat penilaian ke atas mereka.

“Paling lewat kita akan buat keputusan pada 15 April ini.

“Saya memang banyak berjumpa dengan pemain, sekarang kita akan mengambil pemain bertaraf dunia bagi memperkuatkan pasukan," katanya ketika ditemui pemberita disini semalam.

Annuar memberitahu, selain Anelka dan Heskey, tonggak kebangsaan Ghana, Prince Tagoe turut berada dalam radar The Red Warriors untuk dibawa masuk bagi memperkuatkan pasukan. Katanya, Tagoe datang berjumpa dengan beliau dan menawarkan diri untuk mencurahkan bakti bersama The Red Warriors.

“Kebetulan dia (Tagoe) ada masalah dengan kelab lamanya dan ingin mengubah haluan.

“Dia kemudiannya menawarkan diri untuk beraksi dengan The Red warriors," ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan KAFA akan membawa masuk Tagoe dalam usaha memperkuatkan The Red Warriors. Jika perkara tersebut berlaku, tonggak kelahiran Liberia Francis Forkey Doe bakal digugurkan oleh The Red Warriors pada pintu perpindahan pemain kali ini.

Setakat ini, Kelantan sudah mempunyai empat tonggak iaitu iaitu Mohamad Ghaddar (Lubnan), Mohamad Shawky Yazid (Mesir), Obinna Nwaneri (Nigeria), termasukan Forkey Doe. Dalam perkembangan lain, Annuar berkata, KAFA masih memberikan dua peluang kepada Forkey Doe untuk membuktikan keupayaanya sebagai penyerang.

“Saya harap dia dapat menggunakan dua peluang ini sebaik mungkin untuk membuktikan kemampuan sebelum kita membuat keputusan," ujarnya. - Utusan Malaysia

Lagi Info Menarik:

Thursday, April 10, 2014

Keputusan suku akhir kedua Liga Juara Eropah: Manchester United tersingkir

Nampaknya Manchester United tiada rezeki untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu gelaran musim ini apabila disingkirkan oleh Bayern Munich dalam perlawanan suku akhir kedua Liga Juara Eropah awal pagi tadi. Bayern Munich jelas adalah sebuah pasukan paling digeruni ketika ini apabila kembali dari ketinggalan 1-0 untuk memenangi perlawanan 3-1. Munich mara dengan agregat 4-2. Kekalahan ini pastinya menambah satu lagi episod duka kepada pengurus United, David Moyes yang semakin terhimpit dengan kritikan peminat yang mahu supaya dia berundur.

Bayern 3 - 1 Manchester United
Dalam satu lagi perlawanan suku akhir, Athletico Madrid mengejutkan Barcelona dengan jaringan 1-0 sekaligus menempah tiket ke separuh akhir di samping Chelsea, Bayern Munich, dan Real Madrid. Undian untuk perlawanan separuh akhir akan dibuat pada Jumaat ini. 

Lagi Info Menarik:

Wednesday, April 9, 2014

Keputusan suku akhir kedua Liga Juara: Chelsea dan Real Madrid mara

Go Blues...Chelsea menang 3-3 dengan agregat kiraan gol tempat lawan selepas berjaya menumpaskan Paris Saint Germain PSG semalam 2-0 di Stamford Bridge. Dalam perlawan pertama, PSG menang di tempat sendiri 3-1. Gol Chelsea dijaringkan oleh Schürrle dan Demba Ba.
Jaringan Demba Ba ceriakan Mourinho
Dalam satu lagi perlawanan suku akhir lain, Dortmund gagal menyekat kemaraan Real Madrid walaupun menang 2-0 di tempat sendiri keranan masih ketinggalan dari segi jaringan gol selepas tewas dalam perlawanan pertama 3-0.

Awal pagi nanti, dua lagi perlawanan tumpuan akan berlangsung antara Bayern Munich vs Manchester United dan Atletico Madrid vs Barcelona.

Lagi Info Menarik:


Thursday, April 3, 2014

Kenapa Kelantan belum daftarkan Wan Zack Haikal?

Kelana Jaya: Status Wan Zack Haikal Wan Noor untuk beraksi dengan Kelantan pada saingan Liga M masih lagi menjadi tanda tanya apabila FAM mengesahkan nama bekas pemain kelab Jepun FC Ryukyu itu masih belum didaftarkan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Setakat ini KAFA hanya mendaftarkan dua pemain tempatan Brendan Gan dan Mohd Fitri Omar pada tempoh perpindahan pemain kedua Liga M bermula 22 Mac lalu walaupun The Red Warriors (TRW) itu menamatkan khidmat seorang pemain pertahanan Lim Choon Wee.

Dengan kehadiran Brendan dan Fitri, Kelantan masih mempunyai seorang lagi pemain untuk disenaraikan dan jika KAFA tidak mendaftarkan Wan Zack Haikal sehingga 20 April ini, pemain sayap kebangsaan berusia 23 tahun itu yang masih dalam proses pemulihan kecederaan Anterior Cruciate Liga ment (ACL) terpaksa menunggu sehingga musim depan untuk kembali beraksi.
KELIBAT Wan Zack (tengah) menjadi tanda tanya, sedangkan Brendan (kiri) dan Fitri sudah didaftarkan KAFA.
Ada kemungkinan KAFA masih belum mendapat Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) daripada kelab lamanya dan Pemangku Presiden KAFA Datuk Seri Afandi Hamzah ketika ditanya mengenai persoalan itu juga gagal memberikan sebarang penjelasan.

“Setakat ini Kelantan hanya mendaftarkan Brendan dan Mohd Fitri dan saya sendiri tidak tahu mengenai status Wan Zack Haikal kenapa dia masih belum didaftarkan. Tapi Kelantan masih mempunyai masa sehingga 20 April ini dan sama ada ia membabitkan isu ITC, saya tidak pasti,” katanya ketika ditemui pemberita semalam. - hmetro

Lagi Info Menarik:

Cerita Blogger