Friday, February 28, 2014

Ada yang cakap Desaily tak layak bimbing skuad Harimau Malaya



Kuala Lumpur: “Jangan main rembat saja takut nanti kita yang rugi kerana terpaksa membayar khidmat dengan harga terlalu tinggi,” demikian reaksi bekas pemain negara Khalid Ali.

Beliau mengulas kesediaan bekas kapten Piala Dunia Perancis Marcel Desailly untuk membimbing Harimau Malaya jika khidmatnya ditagih Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggantikan Datuk K Rajagobal yang kosong selepas kontraknya tamat 31 Disember lalu. 
Khalid yang mengikuti perkembangan semasa bola sepak tempatan dan antarabangsa menegaskan bintang Piala Dunia 1998 dan Euro 2000 itu masih belum layak memikul tanggungjawab sebagai jurulatih negara. 

“Semalam beliau terang-terang cakap yang beliau baru saja memperoleh lesen jurulatih. Jadi pada pendapat saya, pengalaman sebagai jurulatih baru bermula dan tugas untuk mengendalikan pasukan negara bukan tugas mudah memandangkan kita perlu bermula dari bawah.

“Sepatutnya kita perlu tumpukan mencari jurulatih benar-benar hebat dalam bidang kejurulatihan bukan hebat sebagai pemain. Saya katakan kerana tidak semua pemain hebat.

“Contohnya legenda dunia Diego Maradona, beliau tidak hebat pun ketika mengendalikan pasukan kebangsaan Argentina pada Piala Dunia Afrika Selatan 2010. Tetapi pengurus Chelsea, Jose Mourinho dan pengurus Arsenal, Arsene Wenger lebih berjaya sebagai jurulatih walaupun dahulunya mereka bukan pemain terkenal,” katanya. 

“FAM jangan terburu-buru atau termakan kata-kata pemain itu untuk mengendalikan pasukan negara. 

“Sudah pastinya beliau perlu dibayar dengan harga yang sangat mahal. Saya khuatir jika FAM berbelanja besar membayar gajinya hanya kerana biodata hebat ketika bergelar pemain, mungkin dia gagal membawa skuad negara ke satu dimensi baru. 

“Bagi saya, calon terbaik haruslah berlandaskan ilmu dan pengalamannya dalam menguruskan pemain serta pasukan dalam tempoh yang lama. Justeru, saya berharap FAM janganlah tangkap muat saja dalam usaha mengisi jawatan jurulatih kebangsaan,” katanya. 

Desailly secara terbuka menyatakan hasratnya itu ketika ditemui pada sidang akhbar Anugerah Sukan Dunia Laureus 2014 di Kuala Lumpur. 

Ketika ini skuad negara dibimbing sementara Datuk Ong Kim Swee bagi persiapan menghadapi perlawanan persahabatan menentang Filipina esok dan Yaman dalam saingan kelayakan Piala Asia, 5 Mac ini - mymetro

Lagi Info Menarik:

Thursday, February 27, 2014

TMJ mengaku tidak adil, sedar diri tak layak jadi Presiden FAM

Kalau dia jadi Presiden FAM, alamatnya hancur lah kualiti bola sepak negara...tapi kalau dia berusaha untuk memperbaiki diri agar lebih bersikap adil, mungkin suatu hari nanti, TMJ akan jadi presiden FAM. Ini diakui sendiri oleh Tunku Ismail ketika menjelaskan pendiriannya sekiranya dipelawa untuk menggalas tugas penting tersebut.

Johor Bahru: Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (gambar) mengesahkan tidak akan menerima pelawaan untuk bertanding merebut jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres badan induk bola sepak negara itu, 25 Mei ini. 
Tunku Ismail, 29, yang ditemui berkata, beliau belum layak untuk memegang jawatan tertinggi itu sebaliknya lebih berminat memberi cadangan dan pandangan bagi meningkatkan mutu bola sepak negara.  
“Saya tidak layak. Saya masih belajar lagi, macam mana hendak mentadbir persatuan bola sepak negara. Saya rasa masa dan pengorbanan saya lebih kepada Johor.  
“Kenapa saya kata saya tak layak jadi presiden atau memegang apa jua jawatan dalam FAM, kerana saya tahu saya akan melebihkan Johor. Orang yang menjadi Presiden FAM kena berlaku adil kepada semua persatuan bola sepak negeri atau kelab. 
“Saya rasa saya tidak akan adil. Saya mengaku saya tidak adil kerana akan melebihkan Johor, justeru saya tak layak jadi Presiden FAM,” kata Tunku Ismail. - mymetro

Lagi Info Menarik:
Adakah orang besar suka burger besar? 

Bekas bintang Perancis ini akan jadi pengurus Harimau Malaya?

Inilah dia bekas bintang dari Perancis yang menyatakan kesediaannya untuk membimbing skuad kebangsaan Harimau Malaya. Korang kenal dengan dia ker? Kalau anda ni pernah kena demam Piala Dunia 1998, maka dia tidak asing lagi. Dia membantu pasukan Perancis memenangi piala dunia tahun 1998 yang berganding bersama dengan pemain bintang seperti Zinedine Zidane, Patrick Vieira, Thierry Henry, dan Fabien Barthez.
DESAILLY (kiri) hadir pada sidang akhbar Anugerah Laureus semalam.
Kuala Lumpur: Pemenang Piala Dunia 1998, Marcel Desailly secara terbuka menyatakan kesediaan untuk membimbing skuad Harimau Malaya seandainya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menawarkan jawatan penting itu kepadanya. 
Ditemui pada sidang akhbar Anugerah Laureus semalam, bekas pertahanan kental skuad kebangsaan Perancis itu menyatakan sudah bersedia untuk beralih kepada bidang kejurulatihan selepas lebih 20 tahun terbabit dalam kancah bola sepak.  
Antara kelab pernah diwakili pemain yang mewakili Perancis dari 1993 hingga 2004 itu adalah Nantes, Marseille, AC Milan, Chelsea, Al-Gharafa dan Qatar SC.  
Kini, pada usia 45 tahun, Desailly yang turut menjadi sebahagian daripada penyumbang kejayaan Perancis mendominasi saingan Euro 2000, yakin segala pengalamannya sebagai pemain itu mampu membawa Harimau Malaya ke tahap lebih baik, terutama di peringkat Asia. 
“Saya sudah bersedia melanjutkan karier sebagai jurulatih. Saya tahu pasukan kebangsaan anda pernah mengecapi kejayaan pada 2010 (Piala AFF Suzuki), namun saya juga yakin FAM memerlukan lebih banyak kejayaan. 
“Saya berharap akan menjadi individu yang dapat mengubah mentaliti untuk terus melakar kejayaan dalam skuad Malaysia,” katanya.  
Bagaimanapun Desailly sedar, sekiranya beliau diberi kepercayaan membimbing skuad negara, ia bukanlah tugas mudah.  
“Sebenarnya belum ada sebarang rundingan (dengan FAM), tapi saya gembira kerana dikaitkan dengan jawatan ini.  
“Saya tahu mereka masih melakukan penilaian ke atas calon tertentu dalam usaha membawa pasukan anda ke tahap lebih tinggi,” katanya.  
Arena Metro sebelum ini melaporkan usaha FAM untuk mendapatkan seorang jurulatih berkualiti bagi menggantikan Datuk K Rajagobal, antaranya termasuk bekas pengendali Jepun, Phillipe Troussier.  Namun badan induk itu terpaksa melupakan Troussier kerana difahamkan beliau menolak beberapa syarat yang ditetapkan.  
Ketika ini, Harimau Malaya dibimbing pengendali sementara Datuk Ong Kim Swee yang sedang bersiap sedia untuk aksi persahabatan menentang Filipina Sabtu ini dan menentang Yaman bagi kelayakan Piala Asia, empat hari kemudian. - mymetro

Adakah bintang Perancis ini akan menjadi jurulatih utama skuad Harimau Malaya? Kita tunggu dan lihat saja apa tindakan FAM selepas ini.

Wednesday, February 26, 2014

Olympiakos kuasai United dalam saingan Liga Juara

Hello kipas susah mati United...saja nak bagi tau untuk kesekian kalinya...Manchester United kalah 2-0 kepada Olympiakos awal pagi tadi...hoho..nampaknya, laluan untuk mara ke suku akhir Liga Juara-juara Eropah musim ini tampak sukar buat United..

Ada siapa-siapa nak bertaruh ker?? I bet and guaranty that MU will win NOTHING this season..apa tidaknya, asyik kalah jer..tapi apakan daya, itu kan dah adat permainan. Lagi pun si Moyes tu kan tak pernah menang sebarang kejuaraan... ~ saja nak sejukkan hati

Lagi Info Menarik:

Monday, February 24, 2014

Brazil dah mula risau dengan keadaan pemain mereka di Malaysia

FAM...pleas take note..pemain Brazil ni dah mengadu kat keduataan mereka di Malaysia. Kes Larkin belum selesai lagi ker?
MARIA (dua dari kiri) bergambar kenangan bersama Flor (dua dari kanan), Evaldo (kiri) dan Impagliazzo.
Kuala Terengganu: Adakah pemain bola sepak Brazil selamat bermain bola sepak di negara ini. Itu yang dipersoalkan Duta Brazil di Malaysia Maria Auxiliadora Figueirado. 
Semalam, beliau datang ke negeri ini bagi mengadakan perjumpaan dan meminta penjelasan pihak pengurusan T-Team dengan membincangkan soal keselamatan terutama berhubung pemain bola sepak kelahiran Brazil. 
Penyerang T-Team Evaldo Rodrigues didakwa ditumbuk di muka oleh pegawai tertinggi Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) pada 1 Februari lalu. 
Dalam insiden pada separuh pertama saingan Piala FA menentang Johor Darul Takzim (DT) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin itu turut membabitkan jurulatih kecergasan, Stefano Impagliazzo yang ditendang di pangkal paha oleh seorang anggota keselamatan. 
Maria berkata, tugas kedutaan adalah untuk memastikan keselamatan rakyat Brazil yang tinggal di negara asing dalam kedudukan selamat. - myMetro

Jangan saja lepas ni persatuan bola sepak Brazil pula ambil tindakan untuk mengharamkan pemain mereka untuk bermain di negara ini.

 Lagi Info Menarik:

Thursday, February 20, 2014

Kenapa Mat Yo dan Amri Yahyah tidak hadir latihan Harimau Malaya?

Perkara ini semestinya membuatkan jurulatih Harimau Malaya iaitu Ong Kim Swee tidak senang duduk bila dua pemain tunggak itu tidak datang ke sesi latihan pertama.
Mat yo
PETALING JAYA - Ketiadaan kelibat penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha pada sesi latihan hari pertama skuad Harimau Malaya hari ini di padang latihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjadi tanda tanya. 
Pengendali sementara skuad Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee berkata sebagai pemain profesional, Norshahrul sepatutnya melaporkan diri pada hari pertama sesi latihan. 
"Ini bukan kali pertama beliau dipanggil dalam skuad kebangsaan, sepatutnya beliau lapor diri dulu. Beliau perlu memberikan surat rasmi (tidak hadir latihan) bukan secara lisan sahaja," katanya kepada pemberita ketika ditemui di padang FAM, Kelana Jaya di sini. 
Antara pemain skuad Harimau Malaya yang melapor diri hari ini ialah Mohd Baddrol Bakhtiar, Mohd Farizal Marlias, Mohd Safee  Mohd Sali, Safiq Rahim, Mahalli Jasuli, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak, Khairul Fahmi Che Mat dan Mohd Badhri Mohd Radzi. Selain Norshahrul, seorang lagi penyerang kebangsaan Mohd Amri Yahyah turut tidak hadir kerana masalah peribadi. 
"Amri ada beritahu saya beliau tidak dapat hadir hari ini kerana masalah keluarga jadi kita tunggu perkembangan mereka," katanya.    Kim Swee berkata beliau lebih memberi penekanan pada bahagian pertahanan dan skuad kebangsaan tidak mempunyai masalah di bahagian serangan. 
"Selain Mat Yo (Norshahrul), skuad masih ada penyerang seperti Mohd Safee Mohd Sali, Bobby Gonzales, Amri, Ahmad Fakri Saarani...yang penting adalah di barisan pertahanan," katanya. 
Skuad Harimau Malaya membuat persiapan menentang Yemen pada perlawanan terakhir pusingan kelayakan Piala Asia 2015 di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), 5 Mac ini. - Bernama
Macam-macam masalah melanda skuad bola sepak negara ni..kalau pemain tak berdisiplin, macam mana nak maju...

Tuesday, February 11, 2014

Irfan Ghani pula angkat sumpah bercakap benar sambil pegang al-Quran depan wartawan

Wokey...akhirnya ada berita dari Irfan Ghani yang memilih untuk buat akuan sumpah sendiri secara berasingan. Sebelum ini, para pemain dan pegawai T-Team sudah buat akuan sumpah depan al-Quran di Kuala Terengganu. 
Pemain T-Team, Muhammad Irfan Abdul Ghani hari ini mengangkat sumpah dengan memegang al-Quran bagi membuktikan segala kenyataan yang dibuatnya adalah benar.  
Perakuan bersumpah itu dibuat Muhammad Irfan sambil memegang al-Quran dengan disaksikan sekumpulan wartawan serta jurugambar di sebuah restoran di Johor Bahru hari ini. (Sumber: josrevalution)

Akhbar turut melaporkan yang Irfan sudah pun menghantar surat untuk meninggalkan T-Team. Pergh!! nampaknya isu ini makin hot..makin panas...makin kontroversi..dalam sukan pun dah mula ada akuan sumpah depan al-Quran...

Lagi Info menarik:

T-Team terus bergolak: Irfan akhirnya hantar surat mahu tinggalkan T-Team

Kemelut dalam pasukan T-Team makin menjadi-jadi nampaknya. Satu demi satu isu yang timbul selepas berlaku insiden dalam terowong di stadium Larkin ketika T-Team menentang tuan rumah JDT sehingga T-Team bertindak meninggalkan stadium. Selepas dipertimbangkan, FAM akhirnya memberi kemenangan 3-0 kepada pasukan JDT yang pada awalnya telah mendahului T-Team 2-1 dalam saingan Piala FA tersebut.

Irfan Abdul Ghani, pemain T-Team
KUALA LUMPUR - Selepas 'hilang' selama beberapa hari dan gagal dihubungi oleh pasukan T-Team, Mohd. Irfan Abdul Ghani akhirnya menghantar surat untuk memaklumkan mengenai hasratnya mahu meninggalkan kelab dari Terengganu itu. Menurut Facebook rasmi T-Team FC, Irfan telah menghantar surat tersebut selaku pemain kepada pihak pengurusan pada sebelah petang semalam. 
Namun, tidak pula dinyatakan kaedah apakah yang digunakan pemain terbabit ketika menghantar surat tersebut. Surat itu dihantar hanya sehari selepas pengurusan T-Team mengumumkan sedang menimbangkan untuk menggantung pemain itu, termasuk tidak membayar gajinya gara-gara gagal melaporkan diri. 
Irfan menimbulkan kontroversi apabila membuat pengakuan menentang majikannya, T-Team dengan mendakwa tiada pemain pasukan itu yang dipukul dalam terowong ketika insiden panas melibatkan T-Team dan Johor Darul Ta'zim (JDT) berlaku pada pusingan kedua Piala FA, minggu lalu. 
Irfan, pemain pertahanan yang pernah beraksi untuk JDT musim lepas pulang ke Johor Bahru atas alasan ibunya kemalangan tetapi tampil membuat sidang akhbar. Semenjak detik itu, dia mendiamkan diri tanpa memberitahu sebarang perkembangan kepada pasukan T-Team. - Utusan
Para pemain dan pegawai T-Team yang beragama Islam sudah mengangkat sumpah depan al-Quran di Hotel Tabung Haji sambil disaksikan oleh Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri yang juga Pengurus T-Team, Rozi Mamat dan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid. Namun kelibat Irfan langsung tidak kelihatan ketika majlis tersebut. Tindakkannya ini memang menimbulkan banyak tanda tanya..


Insiden T-Team tinggalkan stadium Larkin: Mana Irfan ketika majlis angkat sumpah depan al-Quran?

Bila masing-masing ada cerita mereka sendiri, orang ramai pun tak tau mana betul dan mana tak betul. Jadi salah satu cara paling sesuai mengikut Islam ialah dengan mengangkat sumpah si depan al-Quran. Tapi bila orang yang menjadi tumpuan tak datang ketika lafaz sumpah, memang akan menimbulkan pelbagai tanggapan.
AZLAN dan Khairan Ezuan mengangkat sumpah di depan al-Quran dengan disaksikan Ahmad Said di Kuala Terengganu, malam tadi. FOTO Tg Syamim Tg Ismail
KETIKA penolong jurulatih, Azlan Johar dan pemain tengah T-Team, Khairan Ezuan Razali melafazkan sumpah di depan al-Quran, di Kuala Terengganu, ketiadaan tonggak simpanan, Muhammad Irfan Abdul Ghani, menjadi tanda tanya. 
Malam tadi, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengotakan janjinya apabila menyaksikan pemain dan pegawai T-Team bersumpah di depan al-Quran di sebuah hotel, di sini.
Bagaimanapun, Irfan yang menjadi tumpuan berikutan kenyataan mengejutnya dengan mendakwa kejadian itu tidak berlaku, gagal hadir dalam majlis berkenaan walaupun diminta berbuat sedemikian. 
Majlis angkat sumpah yang didahului Azlan turut disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Rozi Mamat; Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid, pemain dan pegawai T-Team dan Terengganu. 
Dalam sumpahnya itu, Azlan menyatakan insiden pemain import, Evaldo Rodrigues ditumbuk dalam terowong Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada malam 1 Februari lalu, adalah benar dan dia tidak berbohong. Begitu juga dengan Khairan yang turut menyatakan insiden terbabit memang berlaku.
Sementara itu, Ahmad berkata, majlis angkat sumpah bertujuan membuktikan kenyataan pemain dan pegawai T-Team adalah benar. 
"Sumpah ini penting bagi membuktikan keterangan daripada pemain dan pegawai T-Team adalah benar kerana implikasi daripada sumpah ini sungguh besar. 
"Sumpah ini juga dibuat kerana sudah timbul dua pendapat berbeza daripada T-Team dan Johor Darul Ta'zim (Johor DT). 
"Apatah lagi dakwaan juga dibuat pertahanan T-Team iaitu Irfan. Terpulang kepada Johor DT sama ada akan turut bersumpah atau sebaliknya, yang penting kita buat. 
"Bagi membuktikan siapa yang benar dan siapa yang bersalah, dengan cara bersumpah ini dapat membuktikan kebenaran berkaitan insiden terowong di Larkin itu," katanya pada Majlis Menteri Besar bersama pemain dan pegawai T-Team dan Terengganu
.
Mengenai Irfan, beliau harap pemain itu datang bersumpah membuktikan kenyataan yang dikeluarkan adalah benar sebagaimana yang dinyatakan dalam siding media sebelum ini.
"Jika pemain dan pegawai T-Team sanggup bersumpah, saya mengharapkan pemain itu melakukan sumpah untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia dia tidak berbohong," katanya. - myMetro

Sementara itu, pihak JDT pula setakat ini masih tidak membuat sebarang angkat sumpah depan al-Quran. Menurut mereka, angkat sumpah tersebut tidak perlu dilakukan.

Lagi Info menarik:

Monday, February 10, 2014

Khairy pun pening kepala dengan gejala samseng dalam bola sepak negara

Tumbuk sana...tumbuk sini...sepak sana..sepak sini...kalau bola yang disepak, tak per lah..ini orang yang disepak..sampai si Khairy pun pening dibuatnya..
Lumut: Sikap fanatik serta trend samseng bola sepak yang semakin menular di kalangan peminat sukan tanah air sedikit sebanyak menjejaskan kerancakan saingan kejohanan berprestij bola sepak Malaysia. Perkara itu diakui Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (gambar) yang turut meluahkan perasaan bimbang dan takut apabila mendapati trend samseng bola sepak semakin menular di kalangan peminat sukan itu. 
Menurutnya, langkah segera perlu diambil bagi menangani trend penyokong fanatik bola sepak tempatan yang ketika ini dilihat semakin berani bertindak ganas dan membahayakan keselamatan penonton lain. 
“Kita tidak mahu ada gejala ‘hooligan’ di stadium sebagaimana yang berlaku di Eropah sebelum ini yang bertindak samseng. Saya agak risau dengan trend penyokong bola sepak yang saya lihat kini semakin ganas. 
“Saya akan meminta kerjasama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk sama-sama menangani masalah ini,” katanya. kepada pemberita selepas merasmikan Retreat Kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia di sini semalam. Majlis turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zamry Abdul Kadir. 
Khairy berkata peminat bola sepak sepatutnya pergi ke stadium tanpa berasa takut dan risau akan keselamatan mereka namun berikutan timbul beberapa kekacauan membabitkan penyokong pasukan bola sepak tempatan sama ada ketika atau selepas permainan selesai sedikit sebanyak menimbulkan pelbagai tanggapan negatif. 
Mengulas insiden berlaku di luar Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam Jumaat yang berpunca daripada kehadiran segelintir ‘samseng bola sepak’ yang sengaja mahu menimbulkan kekecohan dengan melakukan provokasi, Khairy berkata pihaknya dengan bantuan FAM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperketatkan kawalan keselamatan di semua pintu masuk utama stadium bagi memastikan benda larangan yang boleh mendatangkan kemudaratan tidak dibenarkan dibawa masuk. - myMetro

Jangan sampai FIFA masuk campur dengan perkara ini..nanti Malaysia kena ban dari menyertai temasya sukan bola sepak antarabangsa, baru korang tau langit tu tinggi ker rendah...kalau kena ban, lagi lah teruk nanti...kalau pemain dan peminat dua-dua amalkan 'samseng bola sepak', ditambah lagi dengan FAM yang perlu kena pam...tak hairanlah kenapa prestasi sukan bola sepak negara makin kebelakang...kita banyak pemain berkualiti..cuma..ada aral melintang...lu pikiq la sendiri..

Lagi Info menarik:

Friday, February 7, 2014

Insiden T-Team tinggalkan stadium: JDT diberi kemenangan 3-0 oleh FAM


Sudah dijangka...itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak T-Team mengenai keputusan FAM yang memberikan kemenangan 3-0 kepada pasukan JDT selepas T-Team meninggalkan stadium Larkin dalam saingan Piala FA lalu. 
KUALA TERENGGANU - Terengganu menyifatkan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi kemenangan 3-0 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) ke atas T-Team dalam saingan Piala FA sudah dijangka dari awal lagi. Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata beliau telah menjangkakan keputusan itu, sekali gus menutup peluang pasukan berstatus kelab dari negeri itu ke peringkat suku akhir Piala FA. 
"Keputusan yang diumumkan FAM itu memang sudah dijangka dari awal lagi dan jangkaan itu memang tepat," katanya ketika dihubungi hari ini. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berhubung keputusan tersebut. Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM di Wisma FAM Kelana Jaya di Petaling Jaya, hari ini, membuat keputusan memberi kemenangan perlawanan pusingan kedua itu kepada JDT selepas T-Team didapati bersalah tidak menghabiskan baki perlawanan pada separuh masa kedua. 
Pada perlawanan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin Johor, Sabtu lepas, T-Team, yang ketinggalan 2-1, enggan meneruskan perlawanan babak kedua atas faktor keselamatan.      
T-Team mendakwa penyerang importnya dari Brazil, Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan Stefano Impagliazzo dikasari oleh pihak pengurusan tertinggi JDT ketika menuju ke bilik persalinan selepas tamat separuh masa pertama. - Bernama

Keputusan ini memang sesuai dan tepat. FIFA pun dah buat peraturan macam tu..siapa suruh terlalu emo macam 'main bola kampung'..bukan gua yang cakap..tapi PBSNT yang cakap..hohoho...

Lagi Info menarik:



Tuesday, February 4, 2014

Ong Kim Swee kekal menjadi jurulatih Harimau Malaya

Memang satu keputusan yang sudah dijangka. Selepas FAM gagal mengikat jurulatih lebih berpengalaman dari Perancis, Philippe Troussier, akhirnya mereka sebulat suara untuk mengekalkan Ong Kim Swee sebagai jurulatih sementara Harimau Malaya. 
Kim Swee 
Kelana Jaya: Lupakan Philippe Troussier dan berikan peluang kepada Datuk Ong Kim Swee untuk membuktikan kemampuannya membimbing skuad Harimau Malaya.
Keputusan itu diumumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam selepas mereka mengesahkan tiada lagi rundingan untuk mendapatkan khidmat pengendali dari Perancis itu apabila rundingan diadakan minggu lalu gagal mencapai persetujuan.
Naib Presiden FAM Datuk Seri Subahan Kamal berkata, Kim Swee akan kekal sebagai jurulatih sementara namun tidak menafikan peluang jurulatih Harimau Muda itu untuk dilantik secara tetap jika skuad kebangsaan mencapai keputusan positif sepanjang tahun ini termasuk ujian awal perlawanan persahabatan antarabangsa dengan Filipina pada 1 Mac ini sebelum berdepan Yaman dalam kempen kelayakan Piala Asia 2015 empat hari kemudian.
“Memang kami ada mengadakan perbincangan dengan Troussier minggu lalu, tapi tidak mendapat seperti apa yang diinginkan jadi kami sudah tidak mahu 'memburunya' lagi. Memang kami akan ada tambahan calon (jurulatih import) daripada 42 calon asal tapi buat masa ini biarlah Kim Swee melaksanakan tugas diberikan.
“Kami yakin dengan kemampuannya, siapa tahu beliau akan menjadi ketua jurulatih (tetap) selepas ini. Beri beliau peluang untuk buktikan dirinya sebagai jurulatih terbaik di Malaysia,” katanya kepada pemberita pada sidang media semalam. - myMetro
Mampukah Ong Kim Swee membuat perubahan positif terhadap skuad kebangsaan? Tunggu dan lihat saja..Tapi jika dinilai dari segi prestasi skuad bimbingannya ketika ini iaitu Harimau Muda A, pencapaian mereka tak lah begitu mantap sangat. Dalam saingan sukan SEA lalu di Myanmar, skuad Kim Swee sekadar meraih tempat ke-empat selepas ditumpaskan Singapura dalam penentuan pingat gangsa...

Wahai FAM, kalau pun Kim Swee jurulatih terbaik di Malaysia, itu tak cukup..peminat bola sepak nak kan jurulatih terbaik yang mampu membawa Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi sekurang-kurangnya layak ke Piala Asia...tak kan nak kekal di takuk lama saja..tak kan asyik-asyik kat AFF saja..tu pun masih tak konsisten..kita nak mutu bola sepak negara kita maju seperti Jepun dan Korea..dulu, mereka gerun dengan pasukan negara..sekarang mereka jauh ke depan..dan berulang kali masuk World Cup pun..entah bila lah, Malaysia boleh lepas..nak tunggu sampai jadi tuan rumah kot...semata-mata untuk dapatkan automatic entry..kalau hebat macam Brazil, tak per lah juga..

Gua cakap memang senang...gua tau ianya sesuatu yang sukar..tapi itulah gunanya ada FAM..dah tugas mereka untuk tingkatkan prestasi sukan bola sepak negara...entah apa masalah FAM ini..asal ada isu, lambat buat tindakan..tu isu JDT dan T-Team pun belum lagi selesai lagi..haih!!! 

Gua emo kejap..yang bikin hiburkan hati ini hanyalah Chelsea...yeah!!! semalam Chelsea kalahkan City di Ettihad...padan muka..hohoho


 

Monday, February 3, 2014

Apa punca perlawanan JDT vs T-Team ditangguhkan? Page haramkan TMJ & JDT pula diwujudkan

Apa sudah jadi? Itulah persoalan yang timbul terutamanya di kalangan peminat bola sepak tanah air selepas berlakunya insiden dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam kelmarin. Tindakan T-Team yang tidak mahu masuk padang ketika perlawanan  memulakan perlawanan separuh masa kedua malah terus meninggalkan stadium pastinya menimbulkan banyak tanda tanya. 

Kenapa T-Team bertindak keluar stadium? Ada laporan yang menyatakan bahawa tindakan mereka ini adalah disebabkan oleh faktor keselamatan. Beberapa laporan menyatakan bahawa pengurus Johor Darul Ta'zim  telah menumbuk penyerang import T-Team, Evaldo Rodrigues. Manakala jurulatih kecergasan mereka pula, Stefano Impagiazzo dikasari pegawai keselamatan. Kebenaran laporan ini belum lagi disahkan dan masih dalam siasatan.


Insiden ini bukan saja menimbulkan banyak ketidakpuasan di kalangan peminat. Malah Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) sendiri telah menggelar perlawanan tersebut 'seperti bola sepak kampung' dan mahu siasatan lebih mendalam dilakukan FAM.

Ekoran dari kejadian ini juga, satu video yang kononnya menunjukkan Tengku Mahkota Johor menumbuk pemain T-Team telah tersebar luas di internet. 


Tak cukup dengan itu, di Facebook juga telah ditubuhkan page bertajuk 'Haramkan TMJ & JDT Dalam Bola Sepak Malaysia' yang kini mendapat lebih 7000 likes sejak ditubuhkan sehari lalu.


Perlawanan yang sedang dalam kedudukan 2-1 di Larkin itu kini masih dalam perbincangan sama ada perlawanan gantian untuk 45minit separuh masa kedua diadakan atau mengekalkan keputusan yang memihak JDT tersebut.


Saturday, February 1, 2014

Bekas pemain Arsenal ini kini risau tidak dapat pikat banyak gadis selepas dibeli Barnsley

Bila anda bermain untuk sesebuah kelab ternama seperti Arsenal, memang populariti anda akan meningkat mencanak-canak. Bukan saja akan menjadi perhatian para peminat bola sepak seluruh dunia malah juga akan menjadi perhatian ramai gadis kat luar sana.
Frimpong
Tapi populariti seseorang pemain bola sepak itu juga ada turun naiknya bergantung kepada kelab yang diwakili. Bila kelab baru yang disertai itu kurang ternama maka, populariti pemain itu juga akan terkena tempiasnya.

Nampaknya pemain baru Barnsley yang baru dibeli dari Arsenal, Emmanuel Frimpong, ini lebih bimbang akan populariti 'luar' padang. pemain berasal dari Ghana ini memang terkenal dengan mulut lazernya kat Twitter dan Instagram.

'How am I gonna draw girls now,'...hahaha..don't worry Frimpong, girls are everywhere..yang penting, engko main baik-baik kat Barnsley dan bantu kelab itu menang trofi atau naik ke liga atasan. Siapa tau nanti, United pula yang sambar engko..


Lagi info menarik:

Cerita Blogger