Thursday, January 29, 2015

Terbaek @LuisFigo !! Luis Fogo mencalonkan diri untuk kerusi Presiden FIFA

Ni mesti akan bikin ramai peminat Real Madrid panas hati..ye lah, dulu kan pernah si Luis Figo ni buat hal ketika berada di LaLiga..masa tu dia telah setuju mengikat kontrak bersama kelab seteru utama Real Madrid iaitu Barcelona..sampai kena baling dengan kepala babi tau..hahaha

Tapi itu adalah kisah lama, sekarang ni dah masuk lembaran baru..umur pun sudah nak lanjut. Dah tak boleh main bola sehebat dulu, maka paling bagus adalah untuk menggunakan pengalaman dalam bidang bola sepak ke arena yang lebih tinggi. Jadi presiden FIFA loooh..

Presiden sekarang ni, Sepahtu, pun bekas bintang world cup juga..opps..bukan sepahtu, Sepp Blatter lah..hik hik hik..

Anyway, gud luck Figo!! moga boleh menang menentang taikun minyak arab tu.

Tuesday, January 27, 2015

Gary Steven Robbat bakal berlatih dengan Jurgen Klopp di Borussia Dortmund

Pergh!! Ni mesti akan buatkan ramai pemain tempatan jeles dengan si Gary Steven Robbat. Di kala ramai yang dok mengutuk tak tentu pasal, sekarang korang gigit lah jari masing-masing.
Gary Steven
Gary akan pergi ke Borrusia Dortmund untuk berlatih di bawah jurulatih kelab tersohor Jerman itu. Dan paling best, Gary dapat jumpa Jurgen Klopp yang juga merupakan ketua jurulatih pasukan itu...waw!! my favorite manager yang paling sempoi..
“Usaha sama yang terjalin antara Johor Darul Ta’zim (Johor DT) dan Dortmund membolehkan Gary menjalani latihan di bawah kendalian jurulatih kelab berkenaan.
“Dia yang digantung tiga bulan oleh FAM dan tidak dibenarkan membabitkan sebarang aktiviti bola sepak di bawah anjuran badan induk bola sepak negara itu akan berada di Jerman sepanjang tempoh penggantungan,” kata laman rasmi Johor Southern Tigers. - hmetro
Harap-harap lah si Gary ini dapat mempergunakan peluang yang ada sebaiknya...tak ramai pemain tempatan yang dapat peluang macam ni. Tabik dengan TMJ!!

Jurgen Klopp

Monday, January 26, 2015

Pengurus Bradford tak layan Mourinho yang hendak bersalaman

Mungkin si pengurus Bradford ni terlalu fokus dengan para pemainnya yang sangat menakjubkan selepas berjaya menewaskan Chelsea 2-4 di Stamford Bridge dalam saingan kalah mati Piala FA malam semalam.
Mourinho cuba bersalam dengan pengurus Bradford
Sampai Mourinho yang nak berjabat tangan dengannya pun tak terlayan..hoho..

Tak per Chelsea...tahun depan cuba lagi Piala FA....kan masih ada EPL dan Champions League..

Sunday, January 25, 2015

Kejutan terhebat di abad ni, Chelsea dan Manchester City tumbang di tangan pasukan liga bawahan

So..korang ada tengok tak men bola semalam? Banyak kejutan berlaku dalam saingan Piala FA Inggeris..dua gergasi utama yang sekarang sedang mendahului takhta liga EPL, Chelsea dan Manchester City tumbang di laman sendiri..itu tak berapa shocking..yang paling mengejutkan ialah mereka tewas di tangan pasukan yang berada di liga kedua dan ketiga di England.

Keputusan Piala FA semalam, Chelsea tewas 2-4 kepada Bradford di stadium Stamford Bridge. Manchester City pula tewas 0-2 di tangan Middlesbrough di Ettihad..what!!

But that's not all...banyak pasukan atasan liga EPL lain yang kena 'giant killer'. Swansea pun tewas kepada Blackburn 3-1.

Liverpool dan Manchester United masih berpeluang untuk menebus malu pada perlawanan ulangan nanti selepas seri dengan lawan masing-masing. Pun dari liga bawahan juga...

Ni yang best kalau tengok bola Piala FA..kejutan demi kejutan banyak berlaku..macam akademi fantatsia pulak..hohoho.

Friday, January 23, 2015

Mourinho mahu supaya penyokong Chelsea jadi macam penyokong Liverpool

Memang dari dulu, penyokong Liverpool merupakan antara kumpulan penyokong yang paling fanatik dengan pasukan mereka..bak kata keramat, "You'll Never Walk Alone"...tu pasal, kalau Liverpool tewas memalukan di laman sendiri pun, mereka tetap bersemangat bersorak menyokong pasukan. Mana-mana pasukan yang bertandang ke Anfield walaupun pasukan itu paling top di dunia sekalipun, kalau masuk Anfield, pasti akan gerun juga dengan sorakan peminat di dalam stadium.

That's why lah Mourinho jeles dengan atmosfera ini..lebih-lebih lagi selepas mereka diikat Liverpool 1-1 malam semalam. Mourinho menyeru para penyokong Chelsea juga supaya membuat atmosfera di Stamford Bridge lebih menggerunkan dan menggamat semangat pasukan tuan rumah sebagai mana yang dilakukan oleh peminat Liverpool di Anfield. kalau bukan 50%...25% pun dah cukup katanya..
Jose Mourinho
Boleh saja...boleh blah..hahaha.. YNWA Jose Mourinho..

Wednesday, January 21, 2015

Diego Simeone tidak akan tergoda dengan wang

Ini barulah dikatakan komitmen berpada-pada...salah satu kualiti terpenting yang harus ada pada setiap pemain bola sepak...gua salute dengan prinsip you Diego Simeone.

Tak macam beberapa pemain top kat Malaysia ni...kena offer kontrak ratus ribu jer pun..dah lupa daratan...dah tu, tamak haloba pula sampai bedal dua kontrak..dasyat..tapi memang betul pepatah lama, "orang tamak selalu rugi"..macam anjing dengan bayang-bayang..last-last, dia terlepas dua-dua kontrak..kena gantung bertahun tahun pulak tu..padan muka!! Hohoho

Monday, January 19, 2015

Ambik kau! Manchester City tewas 0-2 di tangan Arsenal

Arsenal ni memang tak dijangka-jangka kehebatannya. Di kala ramai yang menjangka mereka akan tewas, tetiba mereka boleh menang pula.

Apapun, ambik kau!! City.


Wednesday, January 14, 2015

Pelik ker kalau Messi jadi idola anak Cristiano Ronaldo ?

Satu pertanyaan yang biasa-biasa saja..Pelik ker kalau Messi jadi idola kepada anak Cristiano Ronaldo ? Dub dab dub dab dub dab...
Anak Cristiano Ronaldo gembira dapat bertemu idolanya, Lionel Messi
Memang tak pelik pun..buat apa nak kecoh...huhu..tapi entah apa perasaan si bapa bila anak kesayangannya itu lebih mengidolakan seteru berbanding dirinya. Walaupun menang anugerah Ballon D'Or tapi tak menang hati anak, mungkin rasa terkilan juga..kan kan kan..k bai.
Like father, not like son – as it turns out.
Cristiano Ronaldo’s young boy – Cristiano Jr (well, it just had to be) – had the time of his life at this week’s Ballon d’Or ceremony.
Not only did he get to see his dad pick up his third World Player of the Year award, but he also got to meet his hero who, it rather awkwardly turns out, happens to be Lionel Messi.
His dad’s ‘arch-nemesis’ walked past the Ronaldo clan at the awards, and young Cristiano was urged to go and shake the Barcelona star’s hand.
As he did so, Ronaldo senior announced to Messi that his son watches videos of the pair playing and idolises the Argentine.
We can only assume that really rankles Cristiano. - Metro UK

Tuesday, January 13, 2015

Pengadil gemuk kena maki oleh Mourinho

Wakaka...Mourinho, engkau memang da bomb la. Tak serik serik walaupun selalu kena denda oleh FA..apa pulak kena mengena gemuk dengan mutu pengadilan? Oh ya, pasal pengadil tu gemuk, Chelsea kena belasah oleh Spurs 5-3..huhuhu.

Tapi tak per...sebab engkau memang Special One..mana-mana engko pergi pun, pasti akan menang piala...cayalah!!

(Sumber gambar: mstar)

Tahniah Cristiano Ronaldo, pemenang #BallonDOr2014

So, semua persoalan sudah terjawab siapakah pemain boka sepak terhebat abad ini.. Tahniah Cristiano Ronaldo.. #BallonDOr2014 winner!!

Cristiano mendapat undian tertinggi jauh meninggalkan pencabar utama, Lionel Messi dari Argentina.

Tuesday, January 6, 2015

Reaksi Moyes bila tewaskan Barcelona 1-0

Barcelona sekali lagi dikejutkan dengan kekalan. Kali ini tewas 1-0 kepada pasukan bawahan, Real Sociedad.

Namun yang lebih mendapat perhatian ialah pengurus baru Real Sociedad, David Moyes yang begitu mendapat pujian terutama di laman sosial. Ye lah...dah dipecat MU, tetiba buat kejutan kat Real Sociedad pula.

Banyak yang terkejut tau..Moyes sendiri pun terkejut..wakakaka...

Cerita Blogger