Thursday, February 11, 2016

Cabar berdebat! TMJ tegur Tan Sri Anuar Musa dan FAM kaw kaw!

Nah! ambik kau FAM! Dah kena 'tembak' dengan teguran kaw kaw oleh TMJ. Kalau FAM terasa panas punggung dan tak berapa senang dengan teguran yang diberikan secara berhemah oleh TMJ, maka segeralah menyahut cabaran TMJ untuk berdebat. Kami rakyat Malaysia pun nak tengok juga, sajauh mana dan sedalam mana FAM boleh menggali jawapan kepada isu-isu yang sedang melanda arena bola sepak nagara ketika ini. 
TMJ
PEMILIK Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencabar sesiapa yang tidak bersetuju dengan kenyataannya mengenai isu bola sepak untuk tampil berdebat terbuka melalui siaran televisyen. 
“Saya cabar mana-mana pihak agar berdepan dengan saya dan berdebat secara terbuka mengenai polisi, projek, korupsi dan sebagainya serta cuba membuktikan bahawa saya salah. 
“Usah bersetuju dengan saya jika saya salah. Kehidupan ini mudah, yang benar adalah benar, dan salah adalah salah. Ambil perhatian kepada apa yang saya katakan, kerana saya memerhatikan anda,” katanya. 
Sebelum ini, Tunku Ismail pernah mempersoal Ketua Pegawai Eksekutif  Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP), Kevin Ramalingam mengenai tujuan sebenar penubuhan dan tugas badan berkenaan. - baca artikel penuh di SinarHarian
Bukan saja FAM, Presiden pasukan Pamoga Qu Puteh TRW (Kelantan) pun kena tegur sekali. Menurut TMJ, Tan Sri Annuar Musa dan para pemimpin tertinggi kelab bola sepak lain perlu mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan beberapa isu utama dalam bola sepak tempatan seperti rasuah dan gaji pemain yang banyak tertunggak.

TMJ dah bersedia untuk berdebat...tapi ada tak mana-mana puak FAM yang berani nak tonjolkan diri? Saya tak hairan kalau lepas ni, bila ditanya mengenai debat ini, FAM akan dengan selamba cakap.."debat bukan budaya kita"..hahaha..macam skema jer ayat ni.

Lagi Info Menarik:

Cerita Blogger