Saturday, February 21, 2015

Van Gaal nafi yang dia tidak disukai penyokong Manchester United

Ayat-ayat denial oleh van Gaal, "The way we work now gives us spirit'..

Itu dia jawapan van Gaal terhadap kritikan yang melanda dirinya ketika ini. Dia dikatakan sombong dan bersifat diktator. Sikapnya itu menyebabkan ramai orang kat Old Trafford kurang selesa dengannya termasuklah para penyokong. Itu cerita kat OT, kita tak tau pulak macam mana penerimaan peminat MU secara global..mungkin masih neutral agaknya.

Tapi kan..kalu kita lihat prestasi MU ketika ini, memang lebih baik berbanding zaman si Moyes...hohoho 

Friday, February 20, 2015

Van Gaal si sombong tak kan tahan lama kat Manchester United

Kalau kita lihat balik sejarah penglibatan Louis van Gaal dalam arena bola sepak, memang tidak dinafikan bahawa dia merupakan antara pengurus yang tegas dan bersifat diktator. Beri komen pun pedas-pedas sampai reporter pun kena maki hamun. So tak hairan lah kenapa semakin ramai yang benci dengan Manchester United sejak dia jadi pengendali skuad itu.

Ada pula cakap-cakap yang mengatakan bahawa van Gaal mungkin tidak akan bertahan lama di Old Trafford. Dan mungkin khidmatnya akan berakhir sebelum akhir tahun ini.

Sumber- Talksports;
‘Dictator’ Louis van Gaal has turned the public against Manchester United and will not see out the year at Old Trafford. That is the damning view of Paul Miller, with the former star telling talkSPORT that the Dutchman is not
the man to restore United’s fortunes.

Speaking on the Alan Brazil Sports Breakfast, the Tottenham great said: “To people who know his history
and past, he has not surprised any of us. We know he is very arrogant, very flash and I think his body language with Ryan Giggs is terrible.

“Everyone dislikes Manchester United at the moment and it is because of him. He is not helping their cause
and I don’t think he is going to be there by the end of the year.

“I think Man United are struggling to finish in the top four. Liverpool are coming strong, Arsenal are there, and we [Tottenham] are having a little go.
“We all know he is a dictator. He has a glass partition at the training ground where the kids can’t mix with the first team. He has not helped their cause.”

Monday, February 16, 2015

Kerana tunjuk tatoo, Ibrahimovic kena kad kuning

Walaupun tujuannya adalah untuk support program makanan sedunia, namun bagi pengadil perlawanan, ia adalah salah di sisi peraturan bola sepak.

Ibrahimovic menerima kad kuning sejurus selepas dia menanggalkan pakaian untuk meraikan jaringannya ketika PSG seri 2-2 dengan Caen.

Umum mengetahui bahawa Ibra memang suka membuat tatoo di badan. Namun dalam perlawanan itu, dia sengaja melekatkan lebih banyak tatoo sementara yang terdiri daripada nama-nama mereka yang mengalami masalah pemakanan. Tujuannya hanya untuk kesedaran masyarakat.

Sumber: The Independant

Sunday, February 15, 2015

Keputusan Liga Super Malaysia - Day 2, 14 February 2015

Berikut merupakan keputusan Liga Super Malaysia musim 2015 semalam.

ATM FA 0 - 2 Perak

PDRM 1 - 0 Darul Takzim FC

Pahang 1 - 1 Selangor

Sarawak FA 3 - 1 Terengganu

Sime Darby 0 - 3 Felda United FC

Saturday, February 14, 2015

Keputusan Liga Perdana Malaysia - Day 2, 13 February 2015

Berikut merupakan keputusan semua perlawanan Liga Perdana Malaysia semalam.

Kuala Lumpur FA 2 - 1 Selangor Pkns FC

Kuala Lumpur SPA 1 - 5 Johor Darul Ta'zim II

Sabah FA 3 - 2 DRB-Hicom FC

Kuantan FA 2 - 2 Kedah

Negeri Sembilan 2 - 0 UiTM

PBDKT T-Team FC 0 - 0 Pulau Pinang

Thursday, February 12, 2015

Perginya 'the voice of Malaysian sports' Datuk Hasbullah Awang..alfatihah

Hasbullah Awang meninggal dunia di IJN

SHAH ALAM - Pengulas sukan negara, Datuk Hasbullah Awang dilaporkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dipercayai akibat komplikasi jantung, sebentar tadi.

Beliau yang bertugas sebagai pengulas sukan menghembuskan nafas terakhir selepas menerima rawatan di IJN sejak minggu lalu.

Allahyarham terkenal sebagai pengulas untuk acara-acara sukan tempatan mahupun luar negara sejak dari tahun 1980.

Populariti Allahyarham memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia awal 1990-an dan kini ulasan beliau masih lagi digemari ramai peminat sukan tanah air.

Antara yang awal mengucapkan takziah adalah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam Twitternya.

“Sedih mendapat berita pemergian 'the voice of Malaysian sports' Datuk Hasbullah Awang sebentar tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat ALLAH SWT,” katanya. -Sinar Harian

Wednesday, February 11, 2015

JDT gagal ke kelayakan pusingan ketiga Liga Juara Asia

Tewas tak bermakna perjuangan berakhir. Cuba lagi tahun depan yer JDT..

JDT gagal mara ke pusingan kelayakan ketiga Liga Juara Asia selepas tewas 0-3 kepada Bangkok Glass FC dari Thailand semalam.

Friday, February 6, 2015

Selamat Harijadi Cesare Maldini @acmilan

Gbs mengucapkan selamat hari jadi kepada lagenda bola sepak AC Milan, Cesare Maldini yang lahir pada tanggal 5 February 1932.

Dia ni juga adalah bapa kepada bekas defender Ac Milan dan Italy, Paulo Maldini.

Thursday, February 5, 2015

Baner anjing di perlawanan Piala Sumbangsih JDT vs Pahang

Mungkin inilah dia provokasi tahap gaban yang ditunjukkan oleh para penyokong JDT terhadap pasukan Pahang dalam perlawanan piala Sumbangsih hari Sabtu lalu..mereka saja nak psiko pasukan lawan...biasalah, itu adalah teknik pemain ke dua belas pasukan...

Baner anjing di perlawanan Piala Sumbangsih JDT vs Pahang. Baner ini memang menimbulkan kemarahan banyak pihak...yang paling marah pastinya penyokong Pahang.
Baner anjing JDTvsPahang, Piala Sumbangsih 2015 (Sumber: Google jer)
Kalau korang pernah masuk latihan kawad or latihan menembak or latihan survival dalam pasukan tentera..lagi masak lah korang kena saiko...siap kena panggil 'babi' lagi..hohoho..ini menurut pengalaman member yang masuk Palapes masa kat kolej dulu-dulu..

Ini setakat baner anjing jer pun..Luis Figo dulu pernah kena baling kepala babi tau.

Apapun, tahniah kepada JDT sebab menang Piala Sumbangsih 2015 dengan menewaskan Pahang 2-0 di gelanggang sendiri. Kepada Pahang...relaks la bro..baru first game Liga Super tu. 

Anyway, majulah sukan untuk negara, Peace!!

Wednesday, February 4, 2015

(18SX) Gambar seksi Cristiano Ronaldo

Tidak dinafikan bahawa Cristiano Ronaldo merupakan pemain bola sepak terhebat di abad ini secara individualistik. Dua tahun berturut-turut dia menerima anugerah Ballon d'Or. Selain berbakat hebat dalam arena bola sepak, Ronaldo juga menjadi igauan ramai wanita di luar sana. 

Amaran! Koleksi gambar seksi Cristiano Ronaldo di bawah... enjoy!!







Ok...dah dah dah...kalau nak tengok lebih banyak gambar seksi Cristiano Ronaldo..sila google. Gambar-gambar kat atas ni pun dari google juga...k bai.

Cerita Blogger