Monday, October 26, 2015

United diikat City di Old Trafford..birthday Rooney tak meriah nampaknya

Pertembungan dua gergasi berjiran, Manchester United dan Manchester City berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan di Old Trafford.

Nampaknya, sambutan hari jadi Kapten United, Wayne Rooney, yang ke-30 tak lah semeriah mana.

P/S: Dah ramal keputusan akan seri jer...mungkinkah pengakhiran musim EPL kali ini akan penuh dengan drama? Macam iklan Shell ini lah...enjoy!

Sunday, October 25, 2015

Chelsea tewas lagi..cuba teka apa yang dah berlaku dengan Mourinho semalam?

Bagi yang tengok perlawanan EPL antara West Ham dan Chelsea semalam, memang dah tau malang apa yang menimpa Chelsea..dah lah tewas dan bermain dengan sepuluh pemain jer, tambah duka lagi bila si pengurusnya, Jose Mourinho diarah berada di tempat duduk penonton. Tapi ini bukan kali pertama dia kena buang padang..hohoho
Jose Mourinho
Pengurus Chelsea, Jose Mourinho enggan ditemuramah pihak media selepas diarah berada di tempat duduk penonton serta aksi tewas 2-1 kepada West Ham di Upton Park dalam aksi Liga Perdana, Sabtu malam. 
Mourinho Diarah 'Keluar' Padang, Tewas 2-1 Kepada West Ham 
Mimpi ngeri kekalahan The Blues berterusan apabila tewas kali kelima dalam sepuluh perlawanan sekaligus memberi tekanan kepada Mourinho yang turut menyalahkan media dalam aksi tewas ini. 
Chelsea tewas selepas bermain dengan sepuluh pemain apabila Namenja Matic dilayangkan kad kuning kedua sekaligus diarah keluar padang apabila melakukan kesalahan terhadap pemain tuan rumah, Mauro Zarate dan menolak Diafra Sakho pada minit ke-44. 
Tindakan pengadil Jonathan Moss mengeluarkan kad merah kepada pemain tengah itu membuat Mourinho berang dan berada di ‘touchline’  sekaligus dia diarah meninggalkan padang bersama jurulatih skuad utama, Silvino Louro yang tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil itu. 
Awal bulan ini, Mourinho turut didenda 50,000 pound (RM325,656) dan digantung satu perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak England (FA) kerana mengkritik pengadil Robert Madeley ketika aksi tewas 3-0 kepada Southampton, 3 Oktober lalu. 
Dalam perlawanan itu, Zarate memberi jaringan awal kepada West Ham pada minit ke-17 dan kedudukan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama perlawanan. Namun Gary Cahill berjaya menyamakan kedudukan pada babak kedua, minit ke-55. 
Berjauhan dengan pengurus tidak menghalang pemain-pemain Chelsea mempamerkan aksi lebih baik, namun situasi kemuncak dalam mencari gol kemenangan tersekat apabila pemain gantian, Andy Carroll menyumbat gol kemenangan buat West Ham, minit ke-79.
Kekalahan tersebut menyaksikan kekebalan skuad bimbingan Slaven Bilic di laman sendiri apabila sebelum ini turut menewaskan pasukan Arsenal, Liverpool dan Manchester City.-mstar

Masih adakah peluang Chelsea untuk mempertahankan kejuaraan EPL musim ni? memang nampak sukar dah...by the way, tahniah kepada Arsenal yang menduduki tangga teratas liga EPL..untuk sementara waktu..hehehe..

Malam ni jangan lupa tengok derby yang paling dinanti-nantikan...Manchester United vs Manchester City..siapa yang bakal menang? Gua rasa keputusan malam ini akan seri 1-1..

P/S: Mungkin Chelsea kena bawak ahli silap mata ini ke Stamford Brigde untuk merawat nasib malang mereka..tengoklah magic yang dia buat, memang awesome

Thursday, October 22, 2015

Ronaldinho bakal bermain untuk pasukan JDT? Ini keputusannya

Adakah benar bahawa bekas bintang Barcelona dan Brazil, iaitu Ronaldinho bakal menyarung jersi pasukan Johor Darul Takzim (JDT) musim depan?

Biar betik JDT ni? Ronaldinho merupakan antara pemain yang menerima bayaran tertinggi di dunia. Pernah menjadi Pemain Terbaik Dunia sebanyak dua kali (2004 dan 2005) malah memiliki deretan trofi berprestij termasuklah Piala Dunia 2002. Nak sangat ker dia julang trofi Liga Super or Piala Malaysia yang kini berada di ranking ke 171 Fifa? Kalau JDT ada buat offer kat dia..tentu Ronaldinho tolak mentah-mentah kot...hahaha

Mungkin cerita berbeza kalau JDT offer dia dengan gaji sekitar RM1juta seminggu...lagipun sekarang ni Ronaldinho dah makin tenggelam dan hanya bersandarkan kepada kisah kegemilangan masa lampau untuk menarik perhatian kelab-kelab kaya untuk menggajinya bermain bola. Dia main pun macam dah hilang sengat. Siapa suruh terlalu taksub dengan wang ringgit dan keseronokan duniawi, sampai lupa diri ketika berada di tempat orang..tu pasal Barcelona jual dia dengan harga berlipat kali ganda murah ke Milan.

Tapi tak perlu lah kita bercerita panjang pasal gosip Ronaldinho nak join JDT ini..itu semua poyooo..berita ini telah dinafikan sendiri oleh pihak JDT bahawa mereka tidak berminat pun dengan Ronaldinho malah dia tiada pun dalam radar pencarian mereka.
JDT nafi beli Ronaldinho
So..keep calm and enjoy kit kat yer semua..tapi kalau lah JDT berli Ronaldo CR7, memang gua sanggup ulang alik dari SS ke Johor tiap minggu untuk tengok JDT..alaa, tak perlu risau pasal tambang kapal terbang, AirAsia kan banyak promosi tambang murah..macam pergi Osaka, Jepun ni murah jer..cuba terjah lama web AirAsia ni, mesti korang akan faham.

k bye.




RONALDINHO TIADA DALAM SENARAI SASARAN PBNJ & MARIO GOMEZMerujuk kepada keratan akhbar dari suratkhabar Singapura dan...
Posted by JOHOR Southern Tigers on Thursday, October 22, 2015

Wednesday, October 21, 2015

Video Mourinho tolak budak yang nak berselfie dengannya

Sejak dua menjak ini, banyak sangat berita kurang elok yang kita dengar pasal Chelsea terutamanya mengenai pengurusnya, Jose Mourinho. Mula-mula dia buat hal dengan pegawai perubatan pasukan itu. Lepas tu, bergelut pula dengan prestasi pasukan yang sangat hambar di awal musim.

Betulkah Mourinho sekarang ni sedang mengalami masalah dalaman diri yang sukar dikawal? Sampai peminat yang nak berselfie dengannya pun ditolak mentah-mentah..kesian budak tu tau..



Atau mungkin video ini diambil ketika Mourinho sedang bad mood kot..yer lah, mungkin baru kena sound oleh Roman Abramovich..hohoho..

P/s: Eh...korang ada tak kawan yang tak boleh layan kalau makan sorang-sorang? Mesti dia akan guna salah satu ayat ini untuk pujuk korang suaya temankannya makan..kan kan kan

Cerita Blogger