Sunday, August 24, 2014

Giliran David Moyes buat cabaran Ice Bucket...memang terbaek!!

Cabaran ALS Ice Bucket memang sangat trending sekarang sampai ex-presiden Bush pun dah buat. Tak payah lah gua nak citer panjang-panjang pasal apa kah bendanya cabaran ni..sila google jer.


Terbaru..bekas pengurus Manchester United paling fail, David Moyes juga turut menyahut cabaran ice bucket ni setelah dicalonkan oleh Marouanne Fellaini, iaitu bekas pemainnya di United dan Everton.


Reaksi David Moyes selepas disimbah ais memang terbaek!! lepas ni gua nak tengok si Alex Ferguson pulak kena simbah ais..
Aaaaahhh


Wednesday, August 13, 2014

Lampard mamakai jersi Manchester City buatkan ramai peminat Chelsea patah hati

Bila sebut nama Frank Lampard, pastinya ramai yang akan teringatkan pasukan Chelsea..namun selepas 13 tahun bersama pasukan itu, pemain ini terpaksa meninggalkan kelab selepas kontraknya tamat dan tidak dilanjutkan.

Ketika ini, Lampard sudah mengikat kontrak baru bersama pasukan New York City FC yang bermain di liga MLS Amerika Syarikat. Namun dia mengejutkan banyak peminatnya selepas berpindah semula ke saingan EPL tapi dengan  kelab pesaing, Manchester City secara pinjaman untuk musim 2014/15 ini.

Kepada peminat Chelsea-Lampard, anda mungkin patah hati kalau lihat gambar Frank Lampard sedang memakai jersi Manchester City ini....senyum pulak tu..

Tapi jangan risau...ada cara untuk merawat hati anda yang luka...peminat ini telah tunjukkan caranya..
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Phewww...Jersi City tapi logo Chelsea..siap!


Tuesday, August 12, 2014

Beginilah rupa Ronaldo, Benzema dan Bale kalau mereka gemuk gedompol

Nasib baik hanya sebuah lakaran..mungkin inilah rupa Ronaldo, Benzema dan Bale kalau mereka gemuk..hohoho...
This is what Ronaldo, Bale and co. would look like as fatties

Possibly our favourite fat Real star: Karim Benzema

Gareth Bale as a chubby player (Picture: Fulvio Obregon)
(Pics via: Metro)

Comel..teringat pula gua dengan kartun dulu-dulu, Yokies.








Saturday, August 9, 2014

Persatuan Bola Sepak Selangor main kotor dan masih banyak masalah dalaman rupanya

Kuala Lumpur: Menjelang pemilihan Kongres Tahunan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Ke-64 pada 18 Ogos ini, sebilangan besar ahli perwakilan tampil menyuarakan rasa tidak puas hati dengan mendakwa wujudnya unsur penipuan menerusi borang pemilihan yang dibuka Isnin lalu.

Menurut Ketua Gabungan Penyokong Selangor Khairil Mokhtar, seramai 93 ahli gabungan yang hadir bagi mengisi borang pencalonan dihalang pihak sekretariat daripada mengisi nama calon bagi merebut jawatan teringgi FAS sebaliknya mereka hanya diminta meninggalkan tandatangan serta cop rasmi ahli di borang itu.

“Sebenarnya permainan kotor ini berlaku dalam FAS sejak tiga penggal lalu. Sepatutnya kami diberi kebebasan untuk memilih calon paling layak mengisi jawatan tertinggi FAS, namun hak kami selaku ahli gabungan disekat pihak tertentu yang tidak mahu perubahan dalam persatuan.

“Sebab itulah pada pemilihan kongres lalu, FAS sering mengumumkan tiada pencalonan bagi merebut kerusi Timbalan Presiden, sedangkan sebenarnya wujud salah guna kuasa individu tertentu dalam FAS.

“Hasilnya boleh dilihat dalam tiga penggal dulu, berapa kalikah Selangor dapat muncul juara? Padahal, Selangor sebuah pasukan ternama yang mempunyai tradisi hebat dalam saingan liga tempatan, tapi kini kami jauh ketinggalan di belakang pasukan seperti Kelantan, Johor Darul Ta’zim dan Pahang.

“Kali ini, mereka buat hal lagi dengan menghalang kami daripada mengisi nama calon untuk sesuatu jawatan. Mereka sekadar minta kami tandatangan dan cop pada borang saja dan membiarkan nama calon kosong,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Menurut Khairil, pihaknya yang mendapat sokongan beberapa bekas pemain skuad The Red Giants tidak akan berdiam diri kali ini apabila merancang mengadakan demonstrasi aman di depan Pejabat FAS bagi menuntut diadakan pemilihan adil pada sesi kongres kali ini.

“InsyaAllah pada petang Selasa ini, kami akan mengadakan bantahan secara aman di Wisma FAS bagi menuntut keadilan. Kami penyokong dan rakyat Selangor mahukan perubahan dalam tampuk kepimpinan FAS,” katanya.

Sementara itu, jurucakap kelab Selangor Fanatik Khairul Azwan Anuar pula berkata, difahamkan FAS bakal menjual empat pemain utama skuad Merah Kuning kepada Johor Darul Ta’zim pada musim depan.

Mereka membabitkan ketua pasukan Mohd Bunyamin Umar, Thamil Arasu, S Kunalan dan S Vinod.

“Baru-baru ini, FAS sudah mendapatkan tandatangan Paulo Rangel, tetapi mengapa pula empat pemain utama Selangor ini menjadi mangsa dengan dijual? “Di mana kesungguhan FAS mempertahankan pemain tempatan untuk beraksi bersama pasukan. Lagipun, saya tidak rasa duit daripada penjualan itu akan dimanfaatkan sepenuhnya pasukan Selangor kerana sebenarnya banyak lagi masalah dalaman yang berlaku, tapi tidak didedahkan,” katanya. - hmetro

Friday, August 8, 2014

Berpijaklah di bumi yang nyata wahai Harimau Malaya

Kuala Lumpur: Bekas pemain kebangsaan era 80-an, Khalid Ali mengingatkan barisan staf kejurulatihan dan pemain Harimau Malaya agar berpijak di bumi nyata dengan mengkaji semula sasaran untuk layak ke final Piala AFF.

Menurut bekas pemain tengah negara itu, Indeks Pencapaian Prestasi (KPI) yang terlalu tinggi diletakkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada Dollah dikhuatiri boleh memberi tekanan kepada pasukan negara yang kini berada di Tajikistan bagi menghadapi aksi persahabatan bertemu skuad kebangsaan negara itu malam ini.

“Cakap memang senang, tapi adakah pasukan kita memiliki kualiti diperlukan itu? Kalau nak pasang niat tiada masalah, tapi kita perlu sedar di mana pasukan negara berada.

“Saya bukan mahu bersikap negatif, tapi ini pandangan ikhlas saya.

Kalau masih berada di takuk sama dan sikap pemain tidak berubah, saya rasa kita tidak mampu pergi jauh malah kemungkinan kita terkandas awal tetap ada.

“Lagipun, rekod pertemuan kita dengan Singapura dan Thailand tidak begitu baik, malah sering tewas setiap kali bertemu dalam aksi penting,” katanya ketika dihubungi semalam.

Skuad Dollah diletakkan sekumpulan dengan dua pasukan kuat, Singapura dan Thailand yang pernah menjulang mahkota itu lebih daripada sekali berbanding Malaysia hanya sekali pada 2010.

Singapura yang akan tampil selaku juara bertahan selepas muncul juara dua tahun lalu apabila menghampakan Thailand 3-2 di final melengkapkan status selaku pasukan paling digeruni dengan menjuarai piala itu empat kali (1998, 2004, 2007, 2012) manakala Thailand tiga kali (1996, 2000, 2002).
Pasukan Harimau Malaya sedang berlatih untuk Piala AFF
Justeru, Khalid yang juga kenalan rapat Dollah mengharapkan bekas pengendali Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu dapat melakukan transformasi dari segi corak permainan bertahan kepada corak serangan yang amat digemari jurulatih itu.

“Dollah perlu ubah dan yang pasti taktikal yang akan digunakan nanti mesti berbeza.

Jangan amalkan gaya permainan bertahan yang sering digunakan jurulatih sebelum ini,” katanya.

Laluan skuad kebangsaan juga bertambah sukar apabila selain Singapura dan Thailand, satu lagi slot Kumpulan B kemungkinan menjadi milik Myanmar yang menjadi pasukan pilihan menjuarai pusingan kelayakan. - hmetro

Thursday, August 7, 2014

Gaya rambut terbaru Messi ala-ala Kim Jong-un

Ini dia gaya potongan rambut terbaru dari Lionel Messi....ada yang cakap Messi cuba meniru gaya rambut Cristiano Ronaldo...tapi kalau dilihat betul-betul, gaya rambut itu lebih sepadan dengan gaya rambut pemimpin muda Korea Utara, Kim Jong-un..tengoklah..

Sama tapi tak serupa.. Kimjong-Messi

But as always...Ronaldo wins again when it come to haircut styles..hohoho
CR7 terkenal dengan gaya rambut yang awesome..

Tuesday, August 5, 2014

Fuyoo! Piala pertama untuk LvG bersama Manchester United

Walaupun hanya sekadar perlawanan persahabatan sebagai pemanas badan sebelum bermulanya musim baru Liga Perdana Inggeris 2014/2015, namun kredit perlu diberikan kepada pengurus baru Manchester United, Loius van Gaal selepas berjaya membimbing pasukan itu memenangi International Champions Cup di Miami, USA, dengan menewaskan Liverpool 1-3 awal pagi tadi.

Kemenangan tersebut melengkapkan jelajah pramusim tanpa kalah United di Amerika Syarikat. Sebelum ini, Manchester United menewaskan AS Roma 3-2, seri 0-0 dengan Inter Milan, dan menewaskan Real Madrid 3-1 dalam perlawanan peringkat kumpulan A.

Jadi adakah ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan Manchester United pada musim depan dan mampukah LvG mengembalikan maruah United yang tercalar teruk ketika era Moyes? 

Well...EPL will coming soon..let's wait and see...at least, peminat MU ada sebab untuk bergembira di awal musim kali ini.


Cerita Blogger