Sunday, March 13, 2022

Messi dan Neymar kena boo oleh peminat PSG



Gergasi Liga 1 Perancis, PSG yang tersingkir dalam saingan Liga Juara-juara Eropah oleh Real Madrid minggu lalu itu kini berdepan tekanan dengan penyokong sendiri. Walaupun PSG membawa kelebihan 1 gol ke Bernabeu namun ianya tidak mencukupi untuk menundukkan Real Madrid yang bangkit dari ketinggalan.

Kekecewaan penyokong PSG jelas kelihatan ketika PSG melayan kunjungan Berdeaux dalam saingan liga semalam di laman sendiri, Le Parc des Princes terutama terhadap dua bintang PSG, Messi dan Neymar.

Ketika sesi pemanasan, para penyokong melemparkan perkataan 'booo' kepada dua bintang ini ketika mereka menerima bola. Keadaan ini berterusan sepanjang babak pertama perlawanan.

Diharapkan agar kemenangan 3-0 ke atas Berdeoux itu mampu meredakan ketidakpuasan hati para penyokong. 

(sumber: Metro UK)

Friday, March 4, 2022

Takut jadi pasukan belasahan, skuad bolasepak wanita Malaysia tidak dihantar ke sukan SEA

KEPUTUSAN  pasukan bola sepak wanita tidak bertanding di Sukan SEA Vietnam dibuat tahun lalu selepas mengambil kira kekuatan lawan di pentas antarabangsa dan pencapaian Harimauwati Malaya negara pada dua temasya terdahulu.


Pengerusi Jawatankuasa Bolasepak Wanita Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Suraya Yaacob, berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira hakikat bahawa pasukan negara belum menampakkan potensi untuk mencabar di pentas serantau ketika ini.

Mengikut kelaziman Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang membahagikan kontinjen ke Sukan SEA berdasarkan kategori A dan B berasaskan potensi memenangi pingat, Suraya berkata FAM berpendapat bahawa peluang memenangi pingat amatlah tipis berpandukan prestasti semasa.

“Maklumat yang kami dapati ialah skuad pilihan seperti Thailand, Vietnam dan Myanmar serta Filipina memiliki kelebihan yang sukar untuk pasukan negara saingi ketika ini.

“Selepas mengambil kira keputusan pasukan negara di edisi 2017 dan 2019 serta berdasarkan prestasi semasa, kami memutuskan tidak bertanding pada edisi Sukan SEA kali ini,” katanya.

Skuad kendalian Jacob Joseph tewas kepada Myanmar dan Filipina dalam laluan menduduki tangga terakhir Kumpulan A di Sukan SEA 2019. Di depan penyokong sendiri pada 2017, pasukan bimbingan Jacob tewas empat perlawanan – 1-2 kepada Filipina, 0-5 di tangan Myanmar serta dibelasah 0-6 oleh Thailand dan Vietnam. 

Full article here

Tuesday, March 1, 2022

Russia Dan semua kelab bola sepaknya diharamkan Dari semua pertandingan antarabangsa

Susualan daripada krisis perang Rusia-Ukraine, persatuan tertinggi bola sepak, Fifa telah mengambil keputusan untuk mengharamkan Rusia dan semua kelab bola sepak di negara itu daripada menyertai sebarang pertandingan bola sepak antarabangsa.

Paling terkesan ialah kelab Spartak Moscow yang sepatutnya bertemu dengan RB Leipzig dalam saingan Liga Europa pada Mac ini. Pertemuan dua kelab ini terpaksa dibatalkan dan Leipzig akan diberikan kemenangan percuma.

Sumber: Spartak Moscow , FIFA

Cerita Blogger