Monday, September 30, 2013

Si celupar Robbie Fowler dikecam hebat selepas gelar Torres dan Vertonghen "gaduh macam perempuan"

Bekas penyerang Liverpool, Robbie Fowler, dikecam hebat oleh para peminat bola sepak selepas menggelar Torres dan Vertonghen "gaduh macam perempuan". Dalam perlawanan hot antara Tottenham dan Chelsea Sabtu lalu, Torres telah mencakar muka Vertonghen yang akhirnya membawa kepada layangan kad merah.

Fowler yang kini menjadi pengulas bola di BBC1 bagaimanapun telah memohon maaf atas kenyataanya yang dianggap menjatuhkan maruah wanita dalam sukan bola sepak amnya.


Sunday, September 29, 2013

C. Ronaldo mengaku Real Madrid tak layak menang

Real Madrid tewas kepada pesaing jiran, Athletico Madrid dalam saingan La Liga semalam 1-0. Selepas perlawanan tersebut, ayam tambatan Real Madrid iaitu Cristiano Ronaldo lantas memberikan komen berikut,
"Kami tidak main dengan bagus, kami tidak layak menang"
Real tewas di tangan Athletico

Kekalahan ini melatakkan Real Madrid di tempat ke-3 liga dengan 16 mata di belakang Barcelona dan Athletico Madrid yang berkongsi 21 mata di tangga teratas La Liga selepas 7 perlawanan.

Real Madrid bukan tak bagus, cuma Athletico main lagi baik dari mereka semalam..



Free Search Engine Submission

Yea! Torres dapat hadiah kerana mencakar muka Vertonghen

Bila tak dapat bola...boleh pula tangkap muka pemain lain untuk dicakar..agaknya si Torres dah geram lah tu sebab susah sangat nak jaringkan gol. Padahal dia tu international player untuk Sepanyol...hohoho..
Torres cakar muka Vertonghen

Tak cukup mencakar muka Vertonghen dalam perlawanan 'hot' antara Tottenham dan Chelsea semalam, Torres sekali lagi merempuh kasar nak rebut bola dari dia. Ingat kepala Vertonghen tu bola ker?

Akibatnya, Torres 'dihadiahkan' tiket untuk berehat di bangku penonton pada perlawanan akan datang..kui kui kui...


Free Search Engine Submission

Duo Manchester tewas mengejut

Manchester City dan Manchester United tewas mengejut dalam saingan Liga Perdana Inggeris semalam.
City tewas


United tewas

City tewas di tangan Aston Villa 3-2, manakala United terpaksa akur tewas di laman sendiri oleh  West Bromwich Albion 1-2. Berikut pula keputusan perlawanan lain semalam:

Fulham 1-2 Cardiff, Hull 1-0 West Ham United, Southampton 2-0 Crystal Palace, Swansea 1-2 Arsenal, Tottenham 1-1 Chelsea.

Nampaknya kedua-dua pasukan Manchester ini kurang menyerlah di awal musim. Di bawah adalah kedudukan terkini Liga Perdana Inggeris 2013/2014 selepas minggu ke-6.


Free Search Engine Submission

Saturday, September 28, 2013

Game EA SPORTS FIFA14 kini mula dijual..korang boleh beli online

Bagi peminat permainan video main bola sepak, Game EA SPORTS FIFA14 paling baru ini sudah pun mula dijual di seluruh dunia. Korang boleh beli online kat laman web easports.com sekarang. Harganya murah saja dalam RM300 gitu..hehe..original version, bukan burn..

Berikut antara screenshot FIFA14 yang saya rembat dari laman web GAME





Dan ini trailer game FIFA14 ini 


Fuyooo...tak sabar nak main.

Free Search Engine Submission

Friday, September 27, 2013

Messi buat kes, tak bayar cukai berjuta juta euro?

Dia memang menjadi idola banyak orang ketika di atas padang. Namun imej rendah diri pemain Argentina yang pernah memenangi anugerah World Footballer of the Year sebanyak empat kali ini sedikit tercalar berikutan kesnya yang dikatakan telah mengelak dari bayar cukai. 

Menurut sumber, Messi berhadapan tuduhan mengelak cukai berjumlah 4.16juta euro pada tahun 2006 dan 2009. Messi kini menetap di Barcelona, Sepanyol, bersama dengan kedua ibu bapa serta teman wanitanya.

Lionel Messi
Namun demikian, Messi jelas tidak membiarkan kemelut itu mengganggu prestasinya di atas padang selepas berjaya menjaringkan 10 gol dari 7 perlawanan terakhir Barcelona. Messi turut menyatakan ketidak resahannya dan memberi kepercayaan kepada peguam keluarga untuk menyelesaikan masalah cukai ini.



Permohonan maaf isteri Mat Yo

Gempar sejak beberapa hari lalu tentang insiden isteri Mat Yo memaki hamun seorang pegawai keselamatan. Ya, itu lah yang hangat diperkatakan terutama di blog blog alam maya. Ada yang marah dah ada juga yang terus maki hamum isteri Mat Yo sampai wujud group facebook Belia Benci May Yo..disebabkan isteri, penyerang sensasi Harimau Malaya ini, juga yang kena..

Untuk meredakan ketegangan ini, isteri Mat Yo telah membuat satu kenyataan maaf di akhbar Berita Harian.

Siti Aisya nafi sebar video, mohon orang ramai henti cemuh suami

Kuala Lumpur: "Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.
Mat Yo dan isteri ketika bersanding dulu dulu (Kredit gambar dari google)
“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas. 
Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu. 

“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?

Dua individu miliki video

“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku. 
“Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan. 

“Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul,” katanya sambil menangis.

Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.

Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.

Tak terlintas saman

Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.

Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar.


Dulu...engko marah Mat Yo sebab tinggalkan Kelantan...sekarang marah Mat Yo sebab isteri...mungkin sebab jeles lah tue...

Perhatian: Saya bukan fan Kelantan atau JDT..tapi hatiku tetap dengan Harimau Malaysia Malaya...dan Mat Yo memang antara pemain berkualiti yang Malaysia ada....engko ado!!

Thursday, September 26, 2013

Sepakan percuma yang paling kreatif

Okay, ia bukan dari David Beckham atau Christiano Ronaldo. Sepakan percuma ini disempurnakan secara berpasukan dan cara mereka melakukannya memang kreatif.


Tonton di Youtube 

Jaringan ini tentu buatkan Khairul Fahmi gigit jaring....lol..

Sunday, September 22, 2013

Pengurus Southampton, Pochettino kembang hidung selepas tewaskan Liverpool

"Inilah keputusan terbaik kami sepanjang saya berada di sini" kata pengurus Southampton, Mauricio Pochettino, selepas pasukannya itu menewaskan pendahulu liga, Liverpool, dalam saingan Liga Perdana Inggeris semalam di Anfield dengan keputusan 1-0. Gol tunggal perlawanan tersebut dijaringkan oleh Dejan Lovren pada minit ke-53 perlawanan.
Pochettino mengarahkan sesuatu kepada para pemainnya

Terbaik...

Ini merupakan kekalahan pertama Liverpool selepas lime perlawanan. Southampton kini berada di tangga ke enam liga.

Berikut antara keputusan terkini EPL 2013/2014
Saturday 21 September 2013

Chelsea2 - 0FulhamStamford Bridge

Liverpool0 - 1SouthamptonAnfield

Newcastle2 - 3HullSt. James' Park

West Brom3 - 0SunderlandThe Hawthorns

West Ham2 - 3EvertonBoleyn Ground

Norwich0 - 1Aston Villa

Friday, September 20, 2013

Swansea belasah gergasi Sepanyol, Valencia

Selaku juara Piala FA musim lalu, Swansea secara automatik layak ke Liga Europa musim ini. Ketika ramai yang meramal bahawa Swansea akan tumbang di tangan gergasi Sepanyol, perkara sebaliknya yang berlaku apabila Swansea dengan mudah menjaringkan tiga gol tanpa balas.
Swansea meraikan jaringan
Prestasi semasa Valencia kini mungkin boleh dipersoalkan. Berada di kedudukan ke-16 liga serta mengalami masalah kewangan jelas menampakkan betapa Valencia kini berada di ambang kemorosotan.


Dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan Liga Europa semalam, Swansea membenam Valencia yang terpaksa bermain dengan 10 orang selepas Adil Rami dikenakan kad merah. Jaringan Swansea hadir menerusi Wilfried Bony , Jonathan Michu, dan De Guzman.
Kad merah untuk Adil Rami
Keputusan ini jelas menggembirakan Micheal Laudrup yang baru sahaja mengemudi Swansea selama 15 bulan.

Thursday, September 19, 2013

Pemain pertahanan pengsan selepas dikenakan kad merah

Pemain bola pengsan selepas kena kad merah
Selalunya pemain bola akan memaki hamun pengadil perlawanan apabila dikenakan kad merah tetapi pemain Jerman berusia 20 tahun ini pulak pengsan selepas diberi kad merah.

Pemain pertahanan FC Groningen, Timo Letschert, menerima kad merah selepas mengasari pemain Heerenven. Begitu panik selepas diberi kad merah, dia terus pengsan dan terpaksa diusung keluar oleh paramedik.


Mungkin juga dia kesakitan kepala selepas terkena lutut pemain Heerenven tu...


Sebelum ini pun pernah berlaku kes sedemikian yang dilakukan oleh pemain Aston Villa pada 2008, Steven Taylor, yang bertujuan hanya untuk menipu pengadil agar malambat-lambatkan perlawanan. Tapi, pengadil tu tak tertipu..

Wednesday, September 18, 2013

Real Madrid mengamuk menerusi gandingan mantap Bale-Ronaldo

Bale di bangku simpanan
Gareth Bale membuat impak serta merta dalam pasukan barunya selepas membantu Real Madrid membelasah Galatasary 6-0 dalam saingan Liga Juara-juara Eropah malam tadi.

Gandingan hebat Bale-Ronaldo
Walaupun berada di bangku simpanan selama lebih sejam, Bale memberi sumbangan besar terhadap tiga jaringan terakhir Real Madrid yang sebelum itu sudah pun medahului 3-0. Sepakan percuma Bale lantas tidak disia-siakan oleh jaringan penamat Cristiano Ronaldo. Selepas itu, Bale turut membantu Karim Benzema untuk jaringan ke lima mereka.


Cristiano Ronaldo pula menjadi pemain tumpuan dalam perlawanan tersebut selepas menjaringkan hatrick dan persembahannya jelas menunjukkan bahawa dia begitu gembira berada di Real Madrid dengan menandatangai kontrak baru sehingga 2018.

Cerita Blogger