Monday, December 31, 2012

Rayuan peminat Frank Lampard

Reaksi peminat Frank Lampard
Seperti yang diwar-warkan oleh media dan kelab bola sepak Chelsea, Frank Lampard dimaklumkan untuk mencari kelab baru pada tingkap perpindahan Januari ini. Namun pastinya ramai yang menentang keputusan yang dibuat pemilik kelab tersebut terutamanya dari peminat Frank Lampard dan peminat pasukan Chelsea amnya. Sampai di tempat lawan pun sanggup bawa banner agar Frank Lampard dikekalkan..

Jika keputusan itu tidak diubah, memang agak mengejutkan juga kerana dalam beberapa perlawanan EPL baru-baru ini, persembahan Lampard sangat menakjubkan. Termasuklah menjaringkan dua gol kemenangan ketika menentang Everton di Goodison Park semalam (30 Disember 2012).

Image source: The Telegraph


LA Galaxy inginkan Frank Lampard menjadi 'the next Beckham'

LA Galaxy dilaporkan sedang mengintai pemain Chelsea, Frank Lampard, untuk menjadikannya sebagai pengganti Beckham. Difahamkan bahawa kelab dari US itu akan menawarkan pakej bernilai jutaan dollar sama seperti yang ditawarkan kepada Beckham dahulu iaitu $6.5 juta setahun.

Pemain berumur 34 tahun yang telah lama berkhidmat dengan Chelsea ini dikhabarkan sedang berdukacita selepas dimaklumkan oleh pemilik kelab Chelsea bahawa dia harus mencari kelab baru pada tingkap perpindahan Januari ini.

Sekiranya perpindahan tersebut me
njadi kenyataan, ia akan menjadikan Lampard sebagai pemain termahal di dalam liga US.

Lampard telah bermain hampir 600 perlawanan untuk pasukan Chelsea dan berhasrat untuk mengakhiri kariernya di Stamford Bridge. Beliau pernah membantu pasukannya memenangi trofi Liga Juara-juara Eropah, tiga gelaran Liga Perdana, empat Piala FA, dan dua Piala liga.

Sumber: metro.co.uk



Saturday, December 29, 2012

Fakta-fakta menarik dalam bola sepak sepanjang tahun 2012


Tahun 2012 pun sudah hampir ke penghujungnya dan pasti kita telah melalui pelbagai pengalaman pahit manis sepanjang tahun ini. Agak bertepatan juga jika pada entri kali ini disimpulkan fakta-takta menarik dalam sukan bola sepak dunia di sepanjang tahun 2012.
Messi menjaringkan 91 gol sepanjang tahun 2012

100
Akhirnya selepas pertembungan ke-100 dalam saingan Liga Juara-juara Eropah, Chelsea berjaya memenangi trofi yang juga menjadi idaman pemilik pasukan, Roman Abramovich, lelaki yang suka memilih kemudian memecat pengurus bila-bila masa yang disukainya. Kelab ini ditubuhkan pada tahun 1905 dan memenangi trofi Liga Juara-juara pada 19 Mei 2012.

34
Gol Didier Drogba dalam final Liga Juara-juara menentang Bayern Munich merupakan rekod kelab dalam bola sepak Eropah.

78
Mac lalu, jantung pemain Fabrice Muamba telah berhenti berdegup selama 78 minit. Bagaimanapun, beliau pulih selepas menerima rawatan.

91
Lionel Messi telah menjaringkan sejumlah 91 jaringan di sepanjang tahun 2012. Dilaporkan juga bahawa Messi telah berjaya memecahkan rekod jaringan terbanyak yang dilakukan oleh pemain Jerman, Gerd Mueller, 40 tahun yang lalu. Namun Persatuan Bolasepak Zambia mendakwa bahawa pemain mereka Godfrey Chitalu telah menjaringkan gol yang lebih banyak iaitu 107 gol untuk kelab dan negara pada tahun 1972.

37
Robin Van Persie telah menjaringkan 37 gola pada tahun 2012 termasuklah jumlah gol ketika bersama Arsenal (19 gol) dan United (18 gol).

16
Queens Park Rangers memulakan kempen terburuk dalam sejarah saingan Liga Perdana Inggeris apabila gagal mendapat sebarang kemenangan dalam 16 perlawanan liga. Kemenangan pertama mereka hadir pada perlawanan ke-17 selepas QPR berada di bawah kendalian Harry Redknapp.

608
Pemain veteran Manchester United, Ryan Giggs, kini melebarkan lagi rekod dengan 608 jumlah kemunculan dalam saingan Liga Perdana Inggeris selepas perlawanan dengan Newcastle. Dalam umur 41 tahun, ramai yang menjangka bahwa Giggs akan memenangi gelaran Liga Perdana yang ke-13 pada Mei depan.

13
Masa tambahan paling lama iaitu 13 minit telah diberikan dalam perlawanan antara Manchester City dan Swansea, October lalu. Semuanya gara-gara sikap celupar penyokong jiran.

20
Satu lagi rekod Liga Perdana Inggeris dicatatkan di Stadium Etihad selepas pasukan Manchester City memenangi perlawanan menentang Chelsea untuk kali yang ke 20 berturut turut di laman sendiri.

1,410
Merupakan bilangan kepingan gula-gula getah yang dimakan oleh pengurus West Ham, Sam Allardyce, di sepanjang 2012 ketika dalam perlawanan bola sepak. Menurutnya, dia boleh menghabiskan sekitar 6 paket setiap perlawanan.

11
Pada Februari lalu, Christ Smalling menjadi pemain paling singkat dalam perlawanan menentang Norwich. Pengadil meniup wisel penamat hanya selepas 11 saat Smalling memasuki padang menggantikan Ryan Giggs.

12
Barcelona melanjutkan jumlah perlawanan di gelanggang sendiri kepada 12 perlwanan tanpa dibolosi pasukan lawan.


Sumber: The Telegraph

Saturday, December 22, 2012

Cristiano Ronaldo tidak akan meraikannya jika dia menjaringkan gol menentang Manchester United

Cristiano Ronaldo, bekas pemain sayap Manchester United, berkata beliau tidak akan meraikannya jika dia menjaringkan gol menentang Manchester United dalam  pusingan kalah mati  Liga Juara-Juara-16 terakhir apabila Real Madrid diundi menentang Manchester United.
 
Ronaldo, yang menghabiskan enam musim di Old Trafford sebelum berpindah ke Santiago Bernabéu pada tahun 2009, menambah bahawa dia "sangat" rindukan pengurus Ferguson.
 
"Saya tidak akan meraikan jika saya menjaringkan gol menentang United," Ronaldo memberitahu akhbar Sepanyol AS. "Saya masih bercakap dengan Ferguson. Saya sangat rindukan dia, dan saya rindukan Manchester United, saya berasa sangat baik di sana, ia adalah seperti sebuah keluarga.
 
"Saya mempunyai enam tahun yang hebat di sana dan saya masih berkawan dengan rakan-rakan sepasukan saya.Saya berterima kasih kepada Manchester United kerananya saya di sini bermain untuk Real Madrid. Tanpa mereka, saya tidak akan menjadi pemain seperti hari ini."
 
Sementara itu, Ferguson, bergurau pada hari Jumaat, "Kontrak dengan Real kami adalah bahawa dia tidak boleh bermain menentang kami," sambil berseloroh pada sidang akhbar.
 
"Apabila dia datang ke padang di Old Trafford, dia akan mendapat sambutan yang besar, selepas itu mereka boleh boo dia seberapa banyak yang mereka suka.
 
"Anda perlu ingat, dia datang ke sini ketika berumur 17 tahun dan membangunkan dirinya menjadi pemain bola sepak yang hebat.
 
"Kami bangga kerana dia pernah bermain dengan kami selama 6 tahun. "Beliau sentiasa mempunyai keinginan untuk pergi ke Real Madrid pada suatu ketika dalam kerjayanya dan kami membantu beliau dalam perjalanan itu," tambah Ferguson.
 
"Dia berbesar hati dan melakukan sesuatu yang hebat untuk kami dan kemudian pergi dengan restu kami.
 
Sumber: The Telegraph

Friday, December 21, 2012

Jose Mourinho sasar jawatan Ferguson di Old Trafford


Impiannya hanyalah berada di pentas terbesar dan mendapat perhatian semua pihak. Pertembungan dengan Manchester United di peringkat kalah mati 16 pasukan terakhir pada saingan Liga Juara-juara Eropah merupakan pentas terbaik Jose Mourinho untuk memikat pihak atasan United.
Jose Mourinho akan menjadi pengurus Mancheste United??
Hubungan renggang antara Mourinho dengan pihak atasan Real Madrid membawa kepada desas desus penamatan kontrak pada Jun lalu dan pengurus yang tekenal dengan jolokan 'the Special One' itu kini merancang untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris. Dia menyasarkan dua pasukan hebat Manchester. Sebelum ini Mourinho telah menunjukkan taring ketika Real menyingkirkan pasukan kendalian Roberto Mancini, Manchester City, dalam saingan Liga Juara-juara. Sekarang, dia berpeluang pula untuk meyakinkan pihak Old Trafford tentang keupayaannya.

Sejarah menunjukkan bagaimana Mourinho telah banyak membawa kejayaan di setiap pasukan yang dibimbingnya. Sejak membawa pasukan Porto memenangi Liga Juara-juara Eropah pada tahun 2004, Mourinho menjadi rebutan kelab-kelab besar. 

Kejayaan di Chelsea dan Inter Milan memang tidak dapat diragui lagi dan Mourinho sangat berharapagar dia dapat menarik minat David Gill dan keluarga Glazers apabila dia kembali pada perlawanan timbal balik di Old Trafford.

Mourinho dan Sir Alex Ferguson merupakan sahabat baik dan dikatakan telah berbincang mengenai masa depan United ketika mereka makan bersama di Salford's Lowry Hotel bulan lalu sebelum perlawanan antara Real Madrid dengan Manchester City. Ferguson juga percaya bahawa Mourinho boleh menggantikannya suatu  hari kelak selepas dia bersara.

"Dia (Mourinho) boleh mengurus di mana-mana, sudah pasti. Saya tak boleh komen lebih banyak mengenai apa yang akan berlaku di kelab ini (Manchester United). Saya tidak akan kekal selamanya, tetapi Jose boleh mengurus di mana-mana, memang tak boleh dipersoalkan lagi. Saya tak pernah terfikir bahawa seorang lelaki yang tidak pernah bermain akan menjadi pengurus yang hebat tetapi anda harus melihat personalitinya, saya rasa personaliti itu yang melakukannya. Dia mempunyai personaliti yang hebat dan kuat. Dia telah memenangi 21 trofi dan ia sangat hebat. Berapa umurnya sekarang? 50 tahun? Jadi dia muda 20 tahun dari saya. Pada kadar sekarang, dia akan menambah 42 trofi lagi. Hebat bukan?". ulas Sir Alex Ferguson.

Walaubagaimanapun, terdapat ahli tertinggi United yang kurang bersetuju seperti Bobby Charlton. Katanya, "Dia (Mourinho) memang pengurus yang sangat baik, tetapi itu saja yang mampu saya katakan".

Ramai yang kurang senang dengan sikap suka 'menonjol-nonjolkan' kan diri Mourinho termasuklah presiden Real, Florentino Perez, para peminat dan media Sepanyol, yang dikatakan Mourinho sebagai tidak menghormatinya seperti yang diingini.

Kerenggangan di Santiago Bernabeu jelas memberi kesan terhadap persembahan Real yang ketika ini ketinggalan 13 mata di belakang pendahulu liga, Barcelona.

Sumber: mD

Thursday, December 20, 2012

Pertembungan Gergasi!! Milan vs Barca, Real vs United


Real Madrid dan Manchester United, pemenang terbayak dari Sepanyol dan juara Inggeris, akan bertembung untuk layak ke suku akhir dalam saingan Liga Juara-juara Eropah, manakala AC Milan pula akan berhadapan dengan Barcelona dalam satu lagi pertemuan gergasi bola sepak Eropah.

Pengarah Real Madrid, Emilio Butraguena, mengulas, "saya merasakan bahawa para peminat sangat teruja dengan undian ini. Ia merupakan satu undian yang sangat menarik. Manchester United adalah pasukan yang hebat dan mereka mempunyai jurulatih yang sangat baik. Sir Alex Ferguson tahu apa nak buat. Ia akan menjadi sangat sengit tetapi kami adalah Real Madrid. Kami akan melakukan yang terbaik."

Dalam pertemuan musim lalu, Barcelona seri dengan AC Milan pada pertemuan timbal balik pertama di Milan tetapi Lionel Messi menjadi penyelamat ketika Barcelona menang 3-1 di Camp Nou dan meletakkan mereka ke separuh akhir.

Berikut merupakan undian penuh pusingan kalah mati 16 pasukan terakhir Liga Juara-juara Eropah (UEFA Champions League) musim 2012/2013:

Galatasaray vs Schalke
Celtic vs Juventus
Arsenal vs Bayern Munich
Shakhtar Donetsk vs Borrusia Dortmund
AC Milan vs Barcelona
Real Madrid vs Manchester United
Valencia vs Paris Saint-Germain
Porto vs Malaga

Perlawanan timbal balik pertama akan diadakan pada 12, 13, 19, dan 20 Februari 2013 manakalah timbal balik kedua akan diadakan pada 5,6,12, dan 13 Mac 2013. Perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah 2012/2013 akan diadakan di Stadium Wembley pada Sabtu 25 Mei 2013.

Sumber: www.fifa.com

Alex Ferguson dedah rahsia kejayaan di Harvard University

Sir Alex Ferguson ketika menyampaikan ceramah di Harvard University

Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson, mendedahkan rahsia-rahsia atas kejayaannya dalam arena sukan bola sepak dalam sebuah ceramah yang disampaikan di Harvard Universiti.

Fergusan yang menjadi subjek kajian akademik yang sedang dijalankan oleh profesor Anita Elberse, mengunjungi sekolah tersebut untuk bertemu dengan para pelajar untuk membincangkan laporan mengenai kajian tersebut. Pengurus yang berasal dari Scotland menggambarkan pengalamannya sebagai "hebat, menyeronokkan, dan menyelesakan". Ferguson juga menyifatkan kajian akademik tersebut sebagai sesuatu yang telah dilaksanakan dengan pnuh profesional.

Dalam ceramah tersebut, Ferguson juga menyentuh mengenai pengurus-pengurus bola sepak lain yang dianggapnya sebagi istimewa atau 'spcial ones'. Antaranya ialah Jose Mourinho yang dikatakannya sebagai sangat pintar, berkarisma, dan berperwatakan menarik. Selain itu, dia juga menyifatkan seorang lagi pengurus terkenal, Pep Guardiola, sebagai seorang lelaki hebat. Katanya, Guardiola telah membawa perubahan di Barcelona, menyeru para pemainnya untuk merampas semula bola sepantas yang boleh apabila hilang penguasaan bola.

Selain bercakap mengenai rahsia kejayaan, Ferguson juga banyak berkata mengenai para pemainnya. 

Sumber: The Telegraph

Wednesday, December 19, 2012

'Jangan layan peminat macam binatang' - Kompany

Kapten Manchester City, Vincent Kompany.

Kapten pasukan Manchester City, Vincent Kompany, lantang bersuara tentang ketidak setujuannya dengan cadangan pembinaan net di stadium bagi menghalang objek-objek yang dibaling oleh penonton sampai ke dalam padang.

"Saya berharap tindakan akan diambil tetapi jangan lupa dimana asal bola sepak dan sejauh mana ia telah capai", kata Kompany dalam satu temuramah yang dijalankan bersama BBC Football Focus.

"Memang saya akan berkata bahawa kita perlukan tindakan pencegahan tetapi haruslah melayan peminat seperti manusia dan bukannya seperti binatang yang perlu diletakkan di belakang sangkar.

Tindakan perlu diambil selepas berlaku insiden-insiden tersebut dan saya telah banyak mendengar pendapat tentang pemasangan net dan sebagainya. Tapi sebenarnya keupayaan kita meletakkan penonton di luar sangkar adalah sesuatu yang telah membuatkan permainan liga Inggeris menjadi lebih istimewa", ulas Kompany.
Insiden Rio Ferdinand dibaling duit di stadium Ettihad, Manchester City. (Sumber gambar: BBC)
Dalam perlawanan menentang musuh setempat, Manchester United Sabtu lalu, pemain pertahanan United, Rio Ferdinand, mengalami kecederaan di kepalanya selepas dilontar dengan objek keras dari penonton malah terdapat juga peminat Manchester City yang berlari masuk ke dalam padang untuk bersemuka dengan Rio Ferdinand. Ekoran daripada insiden tersebut, tiket sepanjang musim peminat Manchester City itu telah digantung - sumber: www.mcfc.co.uk

Raja 'saintis' uji kemampuan hadapi Piala Asia 2015 pula


KEGAGALAN mempertahankan kejuaraan Piala AFF 2012 belum cukup untuk menggugat kedudukan Datuk K Rajagobal selaku ketua jurulatih kebangsaan apabila beliau terus diberi mandat membimbing skuad Harimau Malaya bagi mengharungi kempen kelayakan Piala Asia 2015 bermula Februari.
'Eksperimen Datuk K. Rajagopal tak menjadi di Piala Suzuki AFF 2012
Perkara ini diputuskan pada satu mesyuarat yang dipengerusi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah bersama Setiausaha Agung, Datuk Azzuddin Ahmad dan pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal.

“Satu mesyuarat sudah dijalankan pagi tadi (semalam) dan hasil daripada mesyuarat itu, Rajagobal dikekalkan hingga kontraknya tamat Disember 2013. Ini satu berita gembira untuk pasukan kebangsaan,” menurut sumber dalaman FAM.

Keputusan yang dicapai itu sekali gus melenyapkan spekulasi mengenai pemecatan Rajagobal, 56, selepas kredibilitinya dipertikai ramai pihak berikutan kegagalan skuad kebangsaan mara ke final Piala AFF apabila tumpas dengan agregat 1-3 di tangan Thailand pada separuh akhir minggu lalu.

Kegagalan itu menimbulkan rasa tidak puas hati peminat tempatan memandangkan prestasi Harimau Malaya tampak merosot dalam tempoh dua tahun selepas bergelar juara Asia Tenggara apabila tersingkir di pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 dan juga ranking yang jatuh merundum.

Ada pihak menyarankan agar tugas membimbing Harimau Malaya diserahkan kepada jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee namun dengan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat yang dirahsiakan pihak FAM itu semalam, ia sekali gus menjawab segala persoalan berhubung kedudukan Rajagobal.

Difahamkan keputusan FAM itu didorong faktor kejayaan lampau Rajagobal yang membantu Malaysia menamatkan penantian 20 tahun negara dengan memenangi pingat emas Sukan Sea Laos dan kejuaraan pertama Piala AFF 2010 di Jakarta.

Malah bagi badan induk bola sepak tanah air itu, kekalahan kepada pasukan hebat seperti Thailand bukanlah satu kegagalan, tambahan pula dengan masalah kecederaan pemain yang dihadapi Rajagobal pada perlawanan itu.

Subahan yang juga Naib Presiden FAM sebelum ini secara terbuka menyatakan sokongan kepada Rajagobal untuk terus mengendalikan skuad kebangsaan meskipun misi melayakkan diri ke Piala Asia 2015 di Australia dilihat lebih sukar berbanding mempertahankan kejuaraan Asia Tenggara ini.

Malaysia akan memulakan kempen kelayakan Piala Asia menentang Qatar pada 6 Februari sebelum bertemu Yaman dan Bahrain dalam saingan Kumpulan D. - myMetro

Tuesday, December 18, 2012

Teknik taktikal rahsia Chelsea dijumpai dalam tong sampah?


Seorang jurnalis sebuah laman web Brazil Globoesporte mendakwa telah menemui maklumat persiapan taktikal Chelsea untuk perlawanan utama mereka. Teknik yang dicetak atas kertas tersebut dijumpai dalam tong sampah di dalam bilik persalinan Chelsea berikutan kekalahan 1-0 dalam perlawanan akhir Piala Dunia Kelab (FIFA Club World Cup) Ahad lalu terhadap kelab Corinthians.

Laman tersebut memaparkan gambar-gambar cetakan taktikal rahsia Chelsea yang sudah direnyuk-renyuk itu:


Gambar-gambar tersebut juga ada menerangkan tentang apa yang perlu dilakukan oleh setiap pemain semasa membuat set-pieces. - The Guardian

Sumber gambar: globoesporte.globo.com

Jawab Kim Swee apabila dikaitkan dengan jawatan Rajagopal

Jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee
 JURULATIH Harimau Muda A, Ong Kim Swee kekal fokus dengan misi disandarkan di bahunya untuk mempertahankan pingat emas Sukan Sea Myanmar tahun ini biarpun namanya dicanang sebagai calon terbaik menggantikan Datuk K Rajagobal bagi membimbing skuad kebangsaan.

Kim Swee yang enggan mengulas lanjut isu terbaru itu berkata, tidak wajar untuk beliau membicarakan kedudukan rakan sejawatnya itu dan menganggap keutamaannya lebih terarah kepada persiapan skuad muda negara menghadapi Sukan Sea.

“Bagi saya, orang ramai termasuk Shebbie (Serbegeth Singh) dan juga peminat tempatan berhak menyuarakan pandangan tapi saya tidak berhak mengulas lebih lanjut perkara ini.

“Tumpuan saya kini ke arah persiapan skuad Bawah 23 Tahun negara (B-23) untuk menghadapi Sukan Sea Myanmar. Soal mengambil alih tugas Rajagobal sepatutnya tidak perlu timbul kerana ia langsung tidak dibincangkan sebelum ini. “Jika ada pihak mengaitkan nama saya dengan tugas itu, saya hanya anggap ia sebagai penghormatan tapi segala-galanya terserah kepada FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia),” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.


Nama Kim Swee, 42, mula menjadi sebutan apabila kedudukan Rajagobal tampak terancam berikutan kegagalan Harimau Malaya mempertahankan kejuaraan Piala AFF 2012 selepas disingkirkan Thailand menerusi agregat 3-1 pada peringkat separuh akhir minggu lalu.


Antara yang lantang menyarankan agar tugas membimbing skuad kebangsaan diserahkan kepada Kim Swee termasuk bekas pemain kebangsaan dan pengkritik bola sepak, Shebbie dalam laporan Arena Metro semalam.

Shebbie yang kini bertugas sebagai Penasihat Global kelab yang beraksi dalam saingan Liga Kejuaraan, Blackburn Rovers berkata, sudah tiba masanya untuk Rajagobal mengundur diri selepas kegagalan Harimau Malaya ketika saingan Piala AFF dan kempen kelayakan Piala Dunia 2014 serta persembahan hambar dalam beberapa siri persahabatan antarabangsa sejak bergelar juara Asia Tenggara dua tahun lalu.

Beliau menganggap Kim Swee yang berjaya membimbing skuad B-23 mempertahankan pingat emas dimenangi skuad Rajagobal di Sukan Sea Laos 2009 sebagai calon terbaik memandangkan jurulatih itu lebih mengenali pemain, khususnya daripada Harimau Muda A yang dilihat berpotensi beraksi bersama pemain senior.

Antara pemain muda yang menyerlah di bawah kendaliannya, Muhammad Nazmi Faiz Mansor, Wan Zack Haikal Wan Nor, Gary Steven Robbart dan Mahali Jasuli.

Malah anak buah Kim Swee juga berjaya menduduki tempat keempat dalam penampilan pertama Liga Singapura serta muncul juara Piala SCTV menentang skuad B-22 Indonesia pada September serta mengungguli Kejohanan Bola Sepak Jemputan VFF Newspaper Cup di Vietnam, Oktober lalu.

Mengulas persiapan skuad Harimau Muda A yang menjadi tunjang skuad B-23 negara, Kim Swee berkata, mereka akan memulakan siri latihan dan perlawanan persahabatan di Australia bulan depan sebelum berkampung di Eropah pada Mac.

“Harimau Muda A akan membuat persiapan rapi menghadapi Sukan Sea dengan menimba pengalaman di luar negara dan saya yakin rancangan ini mampu membuahkan hasil,” katanya. - myMetro

Tentang Blog 'Gosip Bola Sepak'

Blog ini ditubuhkan oleh penulis sebagai medium perkongsian khas mengenai dunia bola sepak dalam dan luar negara. Ia merangkumi statistik perlawanan, pasukan-pasukan bola sepak tak kira ternama atau tidak, kehidupan pemain dalam dan luar padang, berita perpindahan, analisis pakar, serta laporan kejohanan-kejohanan utama sukan bola sepak. 

Jika anda peminat bola, sila lah follow blog ini jika berkenan..sekian.

Cerita Blogger