Wednesday, July 30, 2014

Fuyoo! Jaringan Kung Fu terbaru dari Zlatan Ibrahimovic

Zlatan ni memang terkenal dengan jaringan-jaringan cantik tak kiralah di kelab mana dia bermain. Yang paling diingati ialah ketika dia menjaringkan gol jarak jauh Sweden menantang England dalam aksi persahabatan setahun lalu  yang sekaligus mengangkat namanya sebagai pemenang anugerah Puskas atau Goal of the Year 2013 dari FIFA.

Terbaru, pemain PSG ini sekali lagi menunjukkan kemahirannya...kali ini dengan menjaringkan Kung Fu goal..

Tapi sayang...ianya dijaringkan ketika sesi latihan...


Thursday, July 17, 2014

Kek piala dunia yang memang menyakitkan hati peminat Argentina

Don't judge a match based on who is dominating, because you never know what might happen...
Higuain berusaha menembusi pertahanan Jerman
Kalaulah gol si Higuain itu tidak terbatal kerana offside pada masa separuh masa pertama, mungkin pasti Argentina yang jadi juara piala dunia Brazil..namun akhirnya perlawanan yang seri 0-0 sehingga tamat perlawanan itu terpaksa dibawa ke masa tambahan..jaringan Gotze pada minit ke 113' memastikan kemenangan berpihak pada Jerman..

Perlawanan itu boleh disimpulkan melalui kek ini...pasti peminat Argentina sakit hati nampak...hohoho
Kek  bersalut Argentina berintikan Jerman
Kek ni nampak sedap dimakan...ops...puasa pulak...


Wednesday, July 16, 2014

Skuad tak lengkap! Blackpool hanya ada 8 pemain..korang tak nak apply ker?

Ni memang dah krisis teruk ni..hanya berbaki tiga minggu lagi sebelum bermulanya Liga Chamionship di England namun pasukan Blackpool nampaknya masih belum dapat melengkapkan skuad mereka..
Senarai 8 pemain Blackpool (via Metro Sport)
Dengan hanya lapan orang pemain - dan tanpa penjaga gol - memang 'kiamat' lah jadinya kelab ni. Keadaan ini turut memaksa Blakpool untuk membatalkan semua perlawanan pra-musim mereka dan ini jelas mengecewakan para penyekong Blackpool yang dulunya pernah beraksi di Liga Perdana Inggeris pada musim 2010/2011.

So, kalau korang ni pernah berangan nak bermain di liga Inggeris, pergi lah tawarkan diri jadi pemain..kot kot dapat juga jadi pemain simpanan...hohohoho...

Tuesday, July 15, 2014

Fuyoo! Rihanna berparti bersama pasukan Jerman sambil memegang trofi Piala Dunia

Jerman dapat peminat baru. Selepas menumbangkan Argentina di final Piala Dunia Brazil, bintang muzik ternama, Rihanna tidak melepaskan peluang untuk berparti bersama skuad Jerman.

Sebelum ini, Rihanna sering mengikuti perkembangan piala dunia sejak bulan lalu dan sering menghantar tweet mengenainya.

Pada perlawanan terakhir antara Jerman dan Argentina, Rihanna turut berada di stadium Maracana dan berjaya mengambil beberapa gambar bersama skuad Jerman selepas habis perlawanan. Dalam gambar-gambar itu, Rihanna sempat mendapat ciuman dari bintang Jerman, Lukas Podolski dan Bastian Schweinsteiger selain dapat bergambar bersama penjaring gol, Mario Gotze, dan penjaring terbanyak all time world cup, Miroslav Klose. 
Rihanna dicium Podolski dan Schweinsteiger

Rihanna dan Mario Gotze


Rihana dan Miroslav Klose


Rihanna bersama trofi Piala Dunia dan pemain Jerman

Dia turut kelihatan memegang trofi Piala Dunia - yang mana ianya bertentangan dengan peraturan FIFA. Why? Ini kerana Rihanna bukanlah salah seorang dari skuad pemenang piala dunia. But, anyway, pasukan Jerman tak kisah pun pasal benda tu...it's time to party katakan..

Bertuah punya Rihanna...

Monday, July 14, 2014

Fuyoo! Gambar girlfriend Alexis Sanchez yang hot seksi

Korang kenal dengan Alexis Sanchez tak? alaa..pemain Chile yang femes tu. Sekarang dia dah oficially menjadi milik Arsenal. Dan nampaknya girlfriend Sanchez turut tukar favorite teamnya dari Barcelona menjadi 'the gunner'...mestilah kan, kena ikut boyfriend gitu..saja nak ambik hati..hohoho..ini dia gambar girlfriend Alexis Sanchez yang memang hot seksi.






(Pics via Instagram Laia)

Nama girlfriend Alexis Sanchez ialah Laia Grassi, berasal dari Sepanyol dan merupakan seorang pengarah seni...hmmm...pemain bola sepak bertaraf bintang memang senang jer dapat girlfriend hot...

Sunday, July 13, 2014

Biar Betik!! Media Korea Utara Umumkan pasukan mereka layak ke final Piala Dunia

What??? Korea Utara masuk final Piala Dunia Brazil? Biar betul....
Pemberita umumkan Korea Utara masuk final Piala Dunia
Terdapat satu video yang sedang berlegar di internet menunjukkan media Korea Utara mengumumkan kepada rakyat negara itu bahawa pasukan kebangsaan mereka layak ke final Piala Dunia dan bakal bertemu pasukan Portugal..

Seperti yang kita tahu, Korea Utara merupakan sebuah negara komunis yang dikontrol sepenuhnya oleh pemimpin muda Kim Jong-un. Segala apa yang keluar masuk kat media mereka akan ditapis dan hanya akan mengeluarkan berita 'positif' mengenai pemimpin mereka.

Dan kita juga maklum bahawa Korea Utara  gagal melayakkan diri ke temasya sukan bola sepak terbesar di Brazil kali ini. Menurut video tersebut, Korea Utara berjaya menewaskan Jepun 7-0, USA 4-0 dan China 2-0 di peringkat kumpulan sebelum menuju ke peringkat akhir menentang Portugal. Video itu turut menunjukkan sedutan perlawanan yang membabitkan pasukan Korea Utara menjaringkan gol serta peminat yang bersorak untuk mereka.

Tapi dalam realitinya, perlawanan final Piala Dunia akan berlangsung awal pagi esok di antara Argentina dan Jerman..


Friday, July 11, 2014

Makin hensem tak? Fellaini dah potong rambut afro

Dulu masa Belgium belum tersingkir dari Piala Dunia Brazil, Marouanne Fellaini ada bernazar, dia nak botakkan kepala jika Belgium menang piala dunia. Namun cabaran Belgium berakhir di peringkat suku akhir selepas tewas kepada Argentina. But anyway, percapaian itu adalah satu sejarah buat Belgium. Maka tak mengapa kalau Fellaini mengambil keputusan untuk meneruskan niatnya itu. Lihat, Fellaini dah potong rambut afronya.
Felaini dengan siapa tu? (Pic from Twitter)
Korang rasa Fellaini makin hensem tak dengan rambut barunya itu? Tapi kan...dia macam ikat jer rambut tu..tak potong pun..hohohoho
Marouanne Fellaini
P/s: Nak tau dia potong rambut ker tak, tengok jer MU musim depan

Thursday, July 10, 2014

Jadual perlawanan Final Piala Dunia dan Penentuan Tempat Ke-3 Piala Dunia 2014

Jadual perlawanan Final Piala Dunia 2014 mengikut waktu Malaysia: Final: 
Jerman vs Argentina
(Isnin 14 Julai, Jam3.00pagi)


Jadual perlawanan Penentuan Tempat ke-3 Piala Dunia 2014 mengikut waktu Malaysia: 3rd and 4th: 
Brazil vs Netherlands
(Ahad 13 Julai, Jam3.00pagi)

So what's your predictions? Walaupun saya penyokong pasukan Argentina namun gerak hati saya kuat mengatakan yang Jerman akan menang piala dunia 2014 ini. Dan untuk penentuan tempat ke-3 dan ke-4 pula, Netherlands akan menang tapi mungkin dalam jumlah jaringan yang sedikit saja...anyway, ini hanya ramalan. Just wait and see...demam Piala Dunia pun dah nak habis dah..

P/s: Entah apa pulak yang gua nak tulis dalam blog ini lepas habis world cup...ermm..cerita pasal TMJ dah nak kawin jer lah..hohoho

Wednesday, July 9, 2014

Syirik! Media Brazil salahkan Mick Jagger ke atas kekalahan 7-1 di tangan Jerman

Siapa pulak Mick Jagger? Dia merupakan penyanyi utama dalam kumpulan rockers The Rolling Stones yang memang popular pada zaman 70-80an. Mungkin kerana terlalu kecewa dan terdesak, media Brazil mula menyalahkan penyanyi itu di atas kekalahan paling memalukan Brazil di laman sendiri, tewas 7-1 kepada Jerman dalam saingan separuh akhir piala dunia 2014 awal pagi tadi.
Mick Jagger dikatakan pembawa nasib malang untuk Brazil
Mengapa Mick Jagger dipersalahkan oleh media Brazil? Menurut laman web Mirror, Mick Jagger digelar sebagai 'pe frio', terma yang diberi kepada orang yang membawa nasib malang. Ini kerana setiap kali Mick Jagger mengumumkan sokongannya kepada sesuatu pasukan, pasukan itu pasti kalah.

Contohnya, ketika dia membuat persembahan di Rome, dia mengatakan bahawa Itali bakal mengalahkan Uruguay dan akan maju ke pusingan kalah mati. Namun yang terjadi adalah sebaliknya. 

Jagger sekali lagi memberitahu para peminatnya di Lisbon bahawa Portugal akan menang piala dunia - namun sebaliknya yang berlaku, Portugal tersingkir di peringkat kumpulan. Bukan setakat Portugal dan Italy, tapi England yang turut disokongnya juga tersingkir awal.

Pagi tadi, Jagger kelihatan sedang duduk di bangku penonton di stadium Mineiro bersama anaknya, Lucas yang mempunyai darah Brazil.

Ini bukanlah kali pertama media Brazil mengekspresikan kepercayaan karut ini. Pada Piala Dunia 2010 di South Africa , mereka turut menyalahkan Mick Jagger kerana membawa nasib malang dengan memakai jersi pasukan Brazil. Brazil tewas kepada Netherlands dalam perlawanan suku akhir itu.
We're behind..7-1 - Scolari
Apapun keadaannya, sudah tertulis dalam sejarah, Brazil tewas dengan dasyat pagi tadi. Tahniah Jerman! 

Worst nightmares continue: Records breaking! Brazil trashed 7-1 in World Cup semifinal against #GERMANY

Today, we just witnessed the worse in Brazilian football history..it's look like the god of soccer is now against them..

Ok lah..cukup gua berspeaking 'oh my english'..just nak kongsikan kemeriahan world cup dengan korang, Brazil dah terkeluar dengan penuh rasa malu selepas tewas punah 7-1 di tangan Germany dalam saingan separuh akhir piala dunia sebentar tadi..

Dalam perlawanan ini, banyak sejarah dan rekod tercipta. Antaranya:
1. Kuda tua Jerman, Miroslav Klose kini mengatasi Ronaldo selaku penjaring terbanyak dalam Piala Dunia dengan jumlah jaringan 16 gol.

2. Sejarah baru untuk Brazil, pasukan ini tidak pernah tewas dengan jaringan sebanyak itu di peringkat semi final piala dunia.
Brazil fans just now..
3. German kini merupakan penjaring terbanyak piala dunia dengan 223 gol berbanding Brazil, 220 gol.

4. Persembahan paling teruk penjaga gol Brazil, Julio Ceaser
Julio Ceasar tewas tujuh kali
5. Persembahan paling santai penjaga gol Jerman, Neuer..okay, just kidding.
Neuer beraksi cemerlang

But at least Brazil masih ada satu lagi permainan untuk rebut tempat ketiga nanti. Jangan jer kalah teruk lagi..

(Kredit Pics via Twitter)

Tuesday, July 8, 2014

Gambar paling 'seksi' Arsene Wenger ketika bercuti di Brazil

Nampaknya pengurus Arsenal ini sedang enjoy kat Brazil...ini dia beberapa gambar Arsene Wenger yang paling 'seksi' dan ada juga yang agak kontroversi..
Hai...awww, sedapnya Wenger main pasir
Bergambar di tepi pantai

Seksi tak I...

Wenger 'Bond' edisi Casino Royale..

Wenger with hot chick..hehehe
Sebelum musim EPL bermula...memang elok sangat si Wenger ini menenangkan fikirannya kat Brazil sambil menikmati suasana piala dunia...nanti bila start jer EPL, mesti kitaorang akan nampak si Wenger asyik main dengan zipnya.. 

(Kredit gambar: Metro UK)

Seksi ker...hohoho...

Monday, July 7, 2014

Jersi baru Manchester United untuk musim 2014/2015 - Ramai tak suka Fellaini pakai

Ini dua jersi baru pasukan Manchester United pada musim 2014/2015 ini. Jersi baru mereka kini ditaja oleh Chevrolet. Nampak macam biasa-biasa jer pun..tak banyak beza dengan yang lama. Cuma logo jer yang tukar.
Jersi baru Manchester United
Kalau korang tengok kat Twitter, memang tak banyak yang persoalkan pasal design or whatever pasal jersi baru Manchester United ni..tapi ramai yang persoalkan kenapa Marouane Fellaini ada dalam gambar tersebut...bukan kah van Gaal dah suruh MU jual Fellaini? Jom tengok komen-komen peminat MU kat Twitter..

P/s: Maka dengan itu...Fellaini tak jadi botakkan kepala..

Sunday, July 6, 2014

Jadual perlawanan Semifinal Piala Dunia Brazil

Jadual perlawanan Semifinal Piala Dunia Brazil 2014 waktu Malaysia:

So, what's your prediction? Which two teams will go to final? Brazil dah kehilangan Neymar dan T. Silva, so peluang Jerman memang cerah..Netherlands dan Argentina pula macam 50-50..keduanya mempunyai peluang yang sama untuk mara ke final..anyway, let's wait and see..but BEWARE: DON"T WATCH WORLD CUP IF YOU SUFFER HEART ATTACK!

Saturday, July 5, 2014

Keputusan Piala Dunia suku akhir: France 0-1 Germany

What a game...France mempamerkan aksi menarik namun terpaksa akur tewas kepada semifinalist tiga kali berturut-turut, Germany. Keputusan piala dunia suku akhir, France 0-1 Germany.

Gol Jerman dijaringkan oleh Mats Hummels seawal minit ke-12. Jerman bakal bertemu sama ada Brazil atau Colombia di peringkat separuh akhir kelak.

Keputusan terkini: Brazil 2-1 Colombia. Jerman akan bertemu Brazil di separuh akhir.

Friday, July 4, 2014

Masuk suku akhir menentang Brazil, Presiden Colombia bagi cuti umum

Presiden Colombia mengumumkan Jumaat atau hari Sabtu bagi waktu Malaysia, sebagai cuti umum negara tersebut supaya seluruh rakyat Colombia dapat bersatu hati menyokong pasukan kebangsaan mereka yang bakal bertemu tuan rumah piala dunia, Brazil, di peringkat suku akhir nanti.
In form...Pasukan Colombia

Pasukan Colombia mencatatkan sejarah tersendiri selepas layak ke separuh akhir piala dunia buat kali pertama. 
Saingan suku akhir antara Brazil vs Colombia itu dijangka sengit dan sudah pasti tumpuan dunia tentunya terarah kepada penyerang muda Colombia yang juga penjaring terbanyak kejohanan iaitu James Rodriguez dan juga penyerang muda Brazil, Neymar.

Brazil yang ketika ini sedang dikritik hebat terutama oleh media negara itu berikutan prestasi kurang memberansangkan pasti berdepan cabaran besar untuk berhadapan dengan pasukan Colombia yang memang 'tip top' ketika ini.

P/s: Saya ramalkan...Colombia akan menang 2-1. James Bond akan menjaringkan gol.. lalalala..pagi nanti saya akan menari ala-ala Shakira...Colombian woman tu tau..

Wednesday, July 2, 2014

Celaka! Reaksi girlfriend Neymar selepas kena kentut

Lelaki sorang ni memang tak der kerja lain kot...orang lain kalau jumpa dengan awek cun macam girlfriend Neymar ni, si lelaki pastinya akan cuba untuk kontrol macho..

Tapi...lelaki ini pula buat sesuatu perkara yang lain daripada yang lain..adakah patut dia kentut depan Bruna Marquezine...pas tu dirakamnya pula reaksi Bruna kena kentut...adoiii...


Kesian kau Bruna...hilang terus keayuan mu itu..tapi tak per..kentut Neymar pun baunya macam tu juga..hohoho
Girlfriend Neymar, Bruna Marquezine (Sumber: Metro UK)

Pemain Argentina tergambar rakan yang sedang mandi bogel

Lain kali kalau nak upload gambar kat laman sosial, elok lah diteliti dahulu...apa lagi kalai korang ni adalah superstar..kalau tak...nanti jadi lah kes macam pemain Argentina ni..
Siapa yang sedang mandi kat belakang tu?? (Sumber: Metro)
Opps! Ezequiel Lavezzi terupload gambarnya yang sedang memegang t-shirt tanpa disedari rakan sepasukannya, Pablo Zabaleta, sedang mandi bogel kat belakang...

Walaupun gambar ini sudah dipadam di Twitter namun ianya sudah tersebar luas..biasalah..mata manusia ni kan 'tajam'..





Makin menarik! Gol-gol saat akhir permainan pastikan Argentina dan Belgium mara

Argentina terpaksa menunggu sehingga minit ke-118 untuk mengesahkan tempat ke suku akhir menerusi gol tunggal sumbangan Angel di Maria untuk mengecewakan Switzerland. Namun selaku status pasukan pilihan ini bukan kali pertama dalam temasya di Brazil di mana anak buah Alejandro Sabella gagal mempamerkan ketajaman penyudah mereka sekalipun mempunyai ramai pemain berbakat. 
Di Maria wira Argentina
Percaturan Sabella untuk tidak mengeluarkan di Maria yang tidak memberi sumbangan yang begitu bermakna sepanjang perlawanan, setidak-tidaknya memberi pulangan apabila pemain Real Madrid itu menyumbang kepada gol kemenangan selepas mendapat lorongan daripada Lionel Messi. 

Keputusan itu dianggap kejam buat Switzerland yang memberikan persembahan yang wajar dipuji terutama di bahagian pertahanan. 

Tandukan Gonzalo Higuain dalam tempoh 25 minit awal permainan mencerminkan betapa tidak banyak peluang menarik diciptakan kedua pasukan. 

Selepas itu Switzerland menghidupkan aksi perlawanan dengan cubaan daripada Granit Xhaka dan Stephan Lichsteiner. 

Josip Drmic mempersiakan peluang terbaik pasukan bimbingan Ottmar Hitzfeld itu apabila terburu-buru melepaskan tendangan ketika cuma berhadapan dengan Sergio Romero. 

Penjaga gol Switzerland, Diego Benaglio juga bertindak cemerlang ketika menafikan cubaan Marcos Rojo dan tandukan Higuain.

Tinggal beberapa minit selepas di Maria menjaringkan gol, Switzerland memiliki dua kesempatan terbaik untuk menyamakan kedudukan yang menyaksikan cubaan Blerim Dzemaili terkena tiang gol manakala sepakan percuma yang diambil Xherdan Shaqiri tidak berjaya melepasi benteng Argentina. 


USA Tersingkir
Belgium mengetepikan cabaran Amerika Syarikat (AS) apabila menang 2-1 untuk menempah pertemuan dengan Argentina di peringkat suku akhir Piala Dunia 2014. Kejayaan Belgium mara ke peringkat ini merupakan yang pertama sejak edisi 1986 dan secara tidak langsung ini bermakna kesemua juara di peringkat kumpulan masih lagi bertahan. 
Pemain Belgium meraikan kemenangan mereka
Penyerang muda, Divock Onagi menjadi pilihan untuk mengetuai serangan Belgium selepas Romelu Lukaku kurang menyengat dalam perlawanan yang lepas manakala Vincent Kompany mengatasi kecederaan pangkal peha dan perut untuk mengukuhkan benteng. 

AS dipaksa melalkukan pertukaran awal selepas permainan baru berlangsung 30 minit, ekoran kecederaan yang menimpa Fabian Johnson. Perlawanan ini terpaksa diheret ke masa tambahan selepas kedua penjaga gol, terutamanya Tim Howard begitu tangkas menafikan percubaan-percubaan berbahaya. 

Howard bagaimanapun gagal mempertahankan kekebalannya apabila De Bruyne diberi ruang untuk melepaskan tendangan rendah yang melepasi jangkauannya pada minit ke-93. Lukaku yang masih segar memanfaatkan peluang yang dimiliki untuk menjadikan kedudukan 2-0 selepas menyambut hantaran De Bruyne. 

AS bagaimanapun tidak mudah putus harapan dan Julian Green kemudian mencetak namanya sebagai penjaring termuda buat AS. 

Semangat para pemain Jurgen Klinsmann terus melonjak tetapi nasib tidak menyebelahi Jermaine Jones dan Clint Dempsey meskipun mendapat peluang terbuka di depan pintu gol Belgium. 

Sumber: Stadium Astro

Tuesday, July 1, 2014

Penjelasan kenapa Mesut Ozil tidak puasa sempena bulan Ramadan ini

Kedatangan Ramadan berlangsung serentak dengan pusingan kalah mati di Kejohanan Piala Dunia.Pemain Perancis, Karim Benzema dan pemain Jerman, Mesut Ozil antara pemain beragama Islam yang beraksi di Piala Dunia 2014.
Mesut Ozil
Ia bukan halangan buat sebahagian pemain Perancis, Jerman, Switzerland, Belgium, Algeria dan Nigeria yang beragama Islam.

Selain Benzema dan Ozil, antara pemain beragama Islam dalam Piala Dunia kali ini ialah Sami Khedira dari pasukan Jerman, Mamadou Sakho dan Moussa Sissoko dari pasukan Perancis, Marouane Fellaini pemain tengah Belgium, Xherdan Shaqiri pemain tengah Switzerland serta beberapa pemain lain.

Bagaimanapun Ozil mengakui tidak akan berpuasa untuk beraksi bagi pasukannya. Kebiasaannya, bintang-bintang profesional ini mengamalkan pemakanan ketat bagi mengekalkan hidrasi dan menjamin kecergasan tubuh.

Mereka juga perlu menyesuaikan diri dengan atmosfera panas lembap di beberapa tempat perlawanan di Brazil. Waktu dari imsak ke azan Maghrib di Rio de Janeiro mengambil tempoh 11 hingga 12 jam.

Sumber: Astro Awani

P/s: Korang yang tak der halangan untuk berpuasa...jangan pula buat-buat lupa puasa tau..

Akhirnya Suarez tweet minta maaf...apa pula reaksi Chiellini? #Suarezapology

Akhirnya Suarez telah meminta maaf secara terbuka kepada Giorgio Chiellini atas insiden menggigit bahu pemain Italy itu ketika perlawanan peringkat kumpulan piala dunia antara Uruguay vs Italy pada 24 Jun lalu.
Permohonan maaf Suarez terhadap Chiellini

Suarez mengemukakan permohonan maaf itu melalui laman twitter. Selain memohon maaf, Suarez turut kesal dengan apa yang berlaku dan berikrar untuk tidak mengulanginya pada masa akan datang.

Tweet dari Suarez itu mendapat reaksi positif terutama dari Chiellini yang turut berharap agar permohonan maaf itu dapat membantu mengurangkan tempoh pergantungan yang diberikan oleh FIFA terhadap Suarez.
Chiellini maafkan Suarez dan berharap penggantungan Suarez dikurangkan
That's what we call 'semangat kesukanan'...tak payah gaduh-gaduh lagi yer..dua dua team pun dah bungkus dari Piala Dunia Brazil.. 

Cerita Blogger