Tuesday, September 30, 2014

Pemain Chelsea rasa ditipu oleh kelab sendiri

Ryan Bertrand
Seorang daripada mereka ialah Ryan Bertrand yang menuduh The Blues tidak bersikap jujur kerana dia sendiri dijadikan seperti bola sepak. Setakat ini Bertrand sudah dipinjamkan kepada tujuh pasukan berbeza oleh Chelsea. Bertrand adalah seorang daripada 26 pemain Chelsea yang ‘merayau-rayau’ di luar kelab itu atas dasar pinjaman. 

Walaupun dia disenaraikan bermain ketika kelab itu menjuarai piala Liga Juara-Juara pada 2012, kerjayanya kemudian malap kerana kurang digunakan pengurus. Pemain berusia 25 tahun itu menjaringkan gol pertamanya untuk kelab terkini, Southampton pada Sabtu lalu. 

Semalam secara terbuka Bertrand berkata, dia berasa seperti ditipu dengan dasar diamalkan Chelsea. “Ia semakin jelas ketika saya dipinjamkan ke Aston Villa pada musim lalu. “Saya dapat bermain antara 15 hingga 30 kali bagi semusim sehinggalah keadaan menjadi buntu dan saya mula bimbang. “Sebelumnya saya dibenarkan berpindah ke kelab lain tetapi dinasihatkan supaya bersabar. “Semuanya terjadi di depan mata dan ada beberapa perkara yang tidak masuk akal berdasarkan pandangan orang ramai terhadap saya. “Apa yang saya mahukan adalah kejujuran,” katanya. 

Bertrand menyertai Southampton musim lalu selepas kelab itu mengalami perpindahan besar-besaran pemainnya. Kini Bertrand berharap dia dilepaskan oleh Chelsea untuk mewakili Southampton sepenuhnya. “Secara peribadi, saya dan Southampton memiliki banyak persamaan. Kami sama-sama berjuang untuk kejayaan,” katanya. 

Sumber : mstar.com.my 


Wednesday, September 24, 2014

Ini dia 'rahsia' di sebalik kejayaan Leicester City membelasah Manchester United

Sabtu lalu, Manchester United sekali lagi dimalukan oleh pasukan pendatan baru liga perdana Inggeris selepas tewas mengejut 5-3 di tangan Leicester City. Apa tidaknya..United sudah mendahului 3-1 tapi entah kenapa skuad van Gaal itu tetiba hilang arah..sampai boleh kalah teruk macam tu..

Mungkin ini sebabnya..menurut laporan Metro UK, sekumpulan sami Buddha yang diterbangkan khas dari Thailand oleh pemilik kelab iaitu Vichai Srivaddhanaprabha, telah memberi restu kepada pasukan tuan rumah itu. Menurut laporan itu lagi, sebelum ini para sami tersebut juga telah melakukan ritual keagamaan di sekitar stadium untuk tujuan 'good luck'..
Pengurus Leicester City, Nigel Pearson berpeluk dengan sami Buddha dari Thailand (via Metro UK)
Make sense juga...sejak bermulanya kempen EPL, Leicester belum pernah tewas di laman sendiri..anyway, musim baru bermula..kata orang 'tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu'...lu pikiq la sendiri..

Lagi Info Menarik:-

Cerita Blogger