Tuesday, January 29, 2013

Penyokong United tak beradab, kencing di kereta Balotelli

Tak ada cara lain ke nak tunjuk perasaan? Ni nak malukan diri pulak. Ada kah patut fans United ini pergi kencing kereta si Balotelli, siap tangkap gambar lagi..saya pun selalu gak nampak kereta kena kencing..tapi yang kencing itu ialah anjing!! haha..

Gambar ini dimuat naik oleh si empunya diri di laman Twitter tapi sekarang dah kena delete. Akhirnya terima padah juga bila kena report dengan polis. Kan dah kena penyokong United tak beradab ini. Harap-harap fans Manchester United yang lain jaga adab ya..
Fuh, cun giler kereta Balotelli..ala ala askar gitu..


sumber:
http://metro.co.uk/2013/01/29/manchester-united-fan-urinates-on-manchester-city-striker-mario-balotellis-car-3371268/

Nazmi Faiz Dedah Bekas Kekasih & Aidil Zafuan Ada Hubungan Sulit?

Sebelum ini pemain bola sepak Kebangsaan, Nazmi Faiz ada mengeluarkan kenyataan di Twitter menuduh bekas kekasihnya, Tengku Fiella sebagai seorang yang kaki kikis dan penipu. Tetapi kemudian mendakwa akaun Twitter beliau diceroboh. Terbaru, sekali lagi Nazmi Faiz membuat satu kenyataan kontroversi menerusi laman Twitternya.

Awal pagi tadi, Nazmi Faiz tampil dengan beberapa siri Twitter yang turut mengaitkan suami Rita Rudaini yang juga pemain bola sepak, Aidil Zafuan dalam isu Tengku Fiella ini.

“She is (in?) relationship with Aidil Zafuan. This guy give her 1k for shopping in JB and they stay together,” tulis Nazmi Faiz sekitar 4.25 pagi tadi.



Selain mengulangi kenyataan yang mereka sudah tidak bergelar pasangan kekasih lagi, Nazmi Faiz juga mendakwa yang Tengku Fiella tinggal bersama Aidil Zafuan di Johor Bahru untuk beberapa minggu.

Walaubagaimanapun kesemua tulisan Nazmi Faiz di Twitter pagi tadi telah pun dipadam. Adakah akaunnya diceroboh lagi atau apakah sebenarnya yang berlaku antara mereka bertiga ketika ini?

Sumber: mD
http://www.malaysiandigest.com/entertainment/237951-nazmi-faiz-dedah-bekas-kekasih-a-aidil-zafuan-ada-hubungan-sulit.html

Monday, January 28, 2013

Liverpool Malu Besar - Tewas di tangan pasukan divison tiga England, Oldham

Liverpool ditewaskan Oldham
Nampaknya musim ini merupakan tahun 'Giant Killer' mengganas. Dalam saigan Piala FA semalam, Liverpool dimalukan dengan pasukan League One, Oldham, dengan keputusan 3-2 di Boundary Park.

Dan yang paling mengaibkan lagi ialah pasukan Oldham ini merupakan salah satu pasukan dalam tangga terbawah liga yang sedang bergelut dengan penyingkiran.

Hero Oldham, Matt Smith, menggunakan peluang yang ada di bahagian pertahanan lemah Liverpool pada masa awal dan akhir separuh masa pertama. Kemudian, Reece Wabara pula mencuri perhatian apabila menjaringkan gol ketiga Oldham tiga minit selepas masa kedua bermula.

Walaupun Liverpool menunjukkan peningkatan selepas memasukkan Steven Gerrard, namun dua jaringan mereka yang dijaringkan oleh Luis Suarez dan Joe Allen tidak mencukupi untuk mereka maju setapak lagi dalam saingan Piala FA ini.

Friday, January 25, 2013

Budak Bola yang ditendang Hazard rupanya anak jutawan

kad merah untuk Hazard sebab tendang budak bola

Kontroversi Hazard tendang budak bola masih lagi belum surut. Terbaru, pemain dari Belgium itu dikritik hebat oleh persatuan bola sepak Belgium tindakannya itu. Pemain tengah Chelsea itu dibuang padang semasa Chelsea diikat Swansea dalam saigan Capital One Cup sekaligus  terkeluar dari saingan.

Budak bola bagi pasukan Swansea yang ditendangnya di bahagian rusuk itu bernama Charlie Morgan, 17 tahun, dan merupakan anak jutawan Wales. Bapanya, Martin Morgan dan ibunya, Lousa, memiliki hampir suku daripada kelab Liga Perdana. Dengan kekayaan yang dianggarkan sebanyak £42 million, keluarga ini juga memiliki hotel mewah di Swansea yang dinamakan Morgans.

Charlie merupakan penyokong tegar Swansea dan telah menjadi budak bola pasukan itu sejak dia berumur 12 tahun. Walaupun insiden tersebut menjadi isu tetapi Charlie enggan mengadakan sesi temubual bersama media.

Thursday, January 24, 2013

Gerard Pique-Shakira Dikurniakan Anak Lelaki

Pique and Shakira
Penyanyi Shakira selamat melahirkan bayi lelaki pada Selasa (waktu tempatan) hasil hubungannya dengan bintang bola sepak Gerard Pique.

"Kami sangat gembira untuk mengumumkan kelahiran anak lelaki kami yang dinamakan Milan Pique Mebarak.

"Dia selamat dilahirkan pada pukul 9.36 malam di Barcelona, Sepanyol pada 22 Januari," kata pasangan itu dalam satu kenyataan.

Keadaan Shakira dan bayi seberat 6.6 paun itu berada dalam keadaan sihat.

Menurut kenyataan itu, Milan bermaksud penyayang dan pemurah dalam bahasa Slavic dan penyatuan dalam bahasa Sanskrit.

Pasangan itu turut mencatatkan dalam kenyataan mereka bahawa bayi tersebut adalah ahli kelab bola sepak Barcelona sejurus kelahirannya memandangkan Gerard bermain untuk kelab berkenaan.

Sumber: mD
http://www.malaysiandigest.com/entertainment/233962-shakira-gerard-pique-dikurniakan-anak-lelaki-shakira-3gerardpique.html

Hazard kena kad merah kerana sepak budak pemungut bola

Kelihatan Hazard menyepak budak bola yang terbaring atas padang.
 Situasi ini memang jarang sekali berlaku dalam mana-mana pertandingan bola sepak. Dalam perlawanan separuh akhir kedua saingan Capital One Cup (Piala Liga) antara Chelsea dan Swansea yang berkesudahan seri 0-0.

Eden Hazard menerima kad merah selepas didapati menyepak budak pemungut bola di bahagian rusuk pada minit ke-79. Insiden tersebut berlaku apabila Hazard terburu-buru mengambil bola dari budak bola itu yang kemudian terjatuh dan kelihatan seperti enggan melepaskan bola selepas dijatuhkan.

Keputusan seri ini sekaligus membawa Swansea ke final dan akan bertemu dengan 'giant-killer', Bradford City. Satu lagi kekalahan memalukan buat Chelsea.

Wednesday, January 23, 2013

Kejutan Bradford City mengalahkan gergasi, Aston Villa

Phil Parkinson meraikan kemenangan bersejarah Bradford City
Walaupun tewas 2-1 pada perlawanan kedua dalam saingan separuh akhir Piala Liga (Capital One Cup) semalam, Bradford City tetap melakar sejarah manis apabila berjaya ke peringkat akhir selepas menang dalam kiraan agregat 4-3 ke atas pasukan gergasi liga perdana, Aston Villa.

Pasukan yang berada di ranking ke-10 dalam liga bawahan ke-empat di England itu kini membuktikan mereka adalah 'giant-killer'.

Sebelum ini, Bradford City telah menewaskan pasukan liga perdana yang lain seperti Arsenal dan Wigan. Pengurus Bradford City, Phil Parkinson, memuji kehebatan anak-anak buahnya dengan pencapaian bersejarah tersebut.

Bayangkan saja, seperti yang dilaporkan oleh The Guardian, pemain Bradford yang paling mahal pun berharga 7,500 Euro sahaja berbanding Aston Villa yang dipenuhi pemain ternama. Sememangnya, kekalahan ini adalah yang memalukan bagi pasukan-pasukan seperti Aston Villa.

Bradford City akan bertemu sama ada Chelsea atau Swansea pada peringkat akhir nanti. Adakah Bradford City mampu melakar sejarah baru dalam arena sukan bola sepak England? Tunggu dan lihat sahaja nanti.

Tuesday, January 22, 2013

AC Milan sedia 22 juta Euro untuk Mario Balotelli

Mario Balotelli, City striker
AC Milan bersedia membayar 22 juta Euro kepada Manchester City untuk mendapatkan khidmat Mario Balotelli.

Pengurus City, Roberto Mancini, sebalum ini menegaskan bahawa pemain itu hanya akan dijual sekiranya terdapat tawaran harga yang sama dengan nilai Balotelli ketika City membelinya dari Inter Milan iaitu 22 juta Euro seperti yang dilaporkan oleh The Telegraph.

Mudah Ditembusi - Adakah Ferguson hampir pasti nak jual balik De Gea?

De Gea, penjaga gol Manchester United
Persembahan kurang memberansangkan De Gea ketika pasukan Manchester United sekadar seri dengan Tottenham hujung minggu lalu cukup menggambarkan betapa Ferguson kurang berpuas hati dengan penjaga gol ini.

Dalam laporan Daily Mail hari ini, Ferguson seakan memberi pintu keluar kepada penjaga gol dari Sepanyol ini yang turut mengalami masalah penyesuaian diri di dalam dan luar padang.

Namun tidak dinafikan juga bahawa prestasi De Gea telah meningkat sejak bersama United tetapi ianya belum mencukupi jika dibandingkan dengan nilai pembeliannya dari Atletico Madrid berjumlah 17.8 juta Euro sekaligus menjadikannya penjaga gol termahal di liga Inggeris.

Selain Ferguson, bekas bintang United, G. Neville, turut mengkritik persembahan De Gea. Katanya, "Dia (De Gea) kena mengeluarkan bola dari kotak penalti. Kita berbicara mengenai bermain untuk Manchester United dan cuba memnangi kejuaraan. Anda harus mengeluarkan bola 15 atau 20 ela dari gawang".

Jadi, sekiranya United melepaskan De Gea, siapakah yang bakal menggantikannya?


Adakah kurang keyakinan yang membuatkan Arsenal merudum?

Arsenal in action
Adakah Arsenal kini mengalami krisis 'kurang keyakinan diri'? Jika kita melihat persembahan mereka dalam EPL, tidak lah begitu teruk sangat tetapi untuk mencapai kejuaraan itu adalah sukar bagi mereka.

Theo Walcott percaya bahawa para pemain Arsenal kurang yakin dengan kebolehan diri dan  meminta rakan sepasukannya agar menunjukkan komitmen yang lebih. Arsenal kini bergelut untuk mengejar Tottenham yang kini berada di tangga ke empat liga dengan perbezaan tujuh mata.

Walcott mengeluarkan kenyataan ini sehari selepas bersetuju menyambung semula kotrak tiga tahun setengah dengan Arsenal. Katanya dalam sidang media seperti yang dilaporkan oleh The Guardian, "Saya rasa terdapat sikap kurang percaya betapa bagusnya kami. Kami mempunyai banyak pemain berbakat. Saya rasa para pemain tidak percaya bahawa mereka adalah cukup bagus."

Monday, January 21, 2013

Biografi pemain: Robin van Persie - Penyerang berbisa, tajam dan bijak di hadapan gawang

van Persie penyerang Manchester United

Biodata:
Nama: Robin van Persie
Kelab: Manchester United
Posisi: Penyerang
No. Jersi: 20
Tempat Lahir: Rotterdam, Netherlands
Tarikh Lahir: 6 August 1983
Kerakyatan: Netherlands

Kerjaya Bola Sepak:
- Feyenoord (2001-2004)
- Arsenal (2004-2012)
- Manchester United (2012- sekarang)

Pencapaian dan Anugerah:
- UEFA Cup (2001-02)
- FA Cup (2004-05)
- FA Community Shield (2004-05)
- KNVB Best Young Talent Award (1): 2000–01
- Dutch Football Talent of the Year (1): 2001–02
- Rotterdam Sportsman of the Year (1): 2006
- BBC Sport Goal of the Month (3): September 2006, December 2008, December 2011
- Euro 2008 Bronze Boot (1)
- Arsenal Top Goalscorer (4): 2006–07, 2008–09, 2010–11, 2011–12
- Arsenal Player of The Season (2): 2008–09, 2011–12
- Arsenal Goal of the Season (2): February 2011 vs Barcelona, December 2011 vs Everton
- Golden Boot Landmark Award 10[121]
- Golden Boot Landmark Award 20[122]
- Golden Boot Landmark Award 30
- Premier League Golden Boot (1): 2011–12
- PFA Players' Player of the Year (1): 2011–12
- PFA Fans' Player of the Year (1): 2011–12
- PFA Premier League Team of the Year (1): 2011–12
- FWA Footballer of the Year (1): 2011–12
- ESM Team of the Year (1): 2011–12

Mengenai van Persie:
Ibu van Persie, Jose Ras merupakan seorang pelukis dan pereka barang kemas dan turut mengajar kanak-kanak istimewa. Selepas ibu bapanya bercerai, van Persie dijaga oleh bapanya. Sewaktu zaman persekolahan, van Persie sering melanggar peraturan dan didenda hampir setiap hari.

sumber: manutd.com, wiki

Jaringan Dramatik Demsey Buatkan Manchester United kempunan tiga mata

Ianya sangat hampir untuk Manchester United melakar kemenanga sekaligus menjarakkan semula perbezaan tujuh mata dengan pencabar terdekat, City. Namun jaringan Clint Dempsey pada masa kecederaan sebelum perlawanan tamat membuatkan United kempunan tiga mata berharga. Keputusan perlawanan antara Tottenham Hotspur dan Manchester United semalam (20 Januari 2013) berkesudahan seri 1-1. Gol United dijaringkan oleh Robin van Persie.

RVP menjaringkan gol buat United. Gol ke-22 buatnya musim ini.
Keputusan perlwanan Liga Perdana Inggeris yang lain: West Bromwich Albion 2-2 Aston Villa, Chelsea 2-1 Arsenal.

Sunday, January 20, 2013

Benitez dah mengaku kalah

Pengurus Chelsea, Rafael Benitez
Seperti yang dilaporkan Goal.com, pengurus Chelsea, Rafael Benitez kini mengakui pasukannya sudah hilang harapan dalam perebutan takhta liga perdana Inggeris (EPL) musim ini. Namun demikian, Benitez masih optimis dalam memenangi trofi Piala Liga atau Capital One Cup, Piala FA dan Liga Juara.

Aduhai Benitez..kalau macam ni la tabiat kau, senang-senang saja si Abramovich tu tendang kau keluar musim depan..itu pun kalau dia masih bersabar.

Kekalahan Barcelona yang memalukan

Barcelona tewas di tangan Real Sociedad
BARCELONA: Barcelona yang terpaksa bermain dengan 10 orang mengalami kekalahan pertama dalam Liga Sepanyol selepas mensia-siakan kelebihan dua gol sebelum kecundang 3-2 kepada Real Sociedad.

Lionel Messi menjaringkan gol ke-14 berturut-turut untuk meletakkan Barcelona di depan pada minit ketujuh dan Pedro Rodriguez kemudiannya menjaringkan gol pada minit ke-25 sekali gus memperlihatkan penguasaan mereka.
Bagaimanapun, Gonzalo "Chori" Castro merapatkan jurang pada minit ke-41 dan menyamakan kedudukan pada minit ke-63 selepas pemain Barcelona, Gerard Pique diperintah keluar padang sejurus dilayang kad kuning kedua.

Imanol Agirretxe kemudiannya memanfaatkan hantaran Carlos Martinez untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Sociedad. - AP

Sumber:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Barcelonaalamikekalahanpertama/Article/

Gambar motosikal kuasa tinggi milik Wayne Rooney yang dilelong

Motosikal Wayne Rooney dilelong
 Memang kool, memang gempak, memang stylo motosikal kuasa tinggi milik Wayne Rooney ini. Motosikal buatan Lauge Jensen ini akan dilelong pada 20 Februari depan dengan harga sekitar  £40,000 dan £60,000 untuk disalurkan ke dalam badan amal kebajikan milik KidsAid.
 

Macam mana, nak beli tak? Bagi yang gila motor itu memang bergetar hati nak rembat satu. Apa lagi kalau orang itu peminat Wayne Rooney dan Manchester United. Motosikal tersebut juga turut dihiasi dengan lakaran gambar Wayne Rooney meraikan jaringan 'overhead kick' ketika menentang Manchester City pada Februari 2011 lalu.

Saturday, January 19, 2013

Betul ke Ronaldo dan Mourinho gaduh besar?

Cristiano dan Mourinho gaduh besar?
Mourinho dan Cristiano gaduh besar? Eh, betul ke? Memang banyak persoalan yang timbul selepas beberapa laporan akhbar yang menyatakan bahawa pengurus dan pemain Real Madrid itu bergaduh dalam bilik persalinan selepas kemenangan menentang Valencia awal minggu ini.

Namun apa sebenarnya yang terjadi bukan seperti yang disangka banyak pihak. Menurut pemain pertahanan Real Madrid, Raul Albiol, Mourinho dan Ronaldo hanya sekadar bertukar pendapat. Katanya dalam sidang media seperti yang dilaporkan ESPN , "Ronaldo dan Mourinho adalah pemenang. Mereka hanya bertukar pendapat. Apa yang berlaku tidak sama sekali mengganggu keseluruhan pasukan".

Ooo..bukan gaduh besar, cuma bertukar-tukar pendapat. Harap lepas ini Real Madrid akan terus bangkit untuk menggugat kedudukan Barcelona.

Friday, January 18, 2013

Rio Ferdinand minta rakyat Jakarta supaya waspada

from @rioferdy5
Ramai tahu bahawa sekarang ini Jakarta sedang dilanda banjir besar. Keadaan sedimikian ini memang memerlukan semua rakyat teruatamanya mereka yang di Jakarta supaya lebih berhati-hati.

Rio Ferdinand juga sempat tweet di akaun twitternya meminta supaya rakyat Jakarta sentiasa waspada dengan keadaan banjir. Sama-sama lah kita doakan supaya keadaan menjadi lebih baik.

Biografi pemain: Antonio Adan - Pemain fokus dan serius di Real Madrid

Penjaga gol Real Madrid, Antonio Adan.
Biodata:
Nama: Antonio Adan
Nama Penuh: Antonio Adan Garrido
Kelab: Real Madrid
Posisi: Penjaga Gol
No. Jersi: 13
Tempat Lahir: Madrid, Spain
Tarikh Lahir: 13 Mei 1987
Berat: 92 kg
Tinggi: 190cm
Kerakyatan: Spain

Kerjaya Bola Sepak:
- Real Madrid C (2004-2006)
- Real Madrid Castilla (2006-2009)
- Real Madrid (2009-sekarang)

Pencapaian dan Anugerah:
- La Liga: 2011/12
- Spanish Super Cup: 2012
- Copa del Rey: 2011
- Under-19 European Championship (2006)

Mengenai Antonio Adan:
Antonio Adan merupakan bakat yang digilap melalui akademi bola sepak di Real Madrid. Pernah menjadi kapten pasukan Real Madrid C dan Real Madrid Castilla dan kini merupakan penjaga gol rasmi ketiga pasukannya.

Menjadikan Paco Buyo sebagai idola tetapi role model kerjayanya ialah Iker Casillas. Jika tidak menjadi pemain bola sepak, Adan mungkin berkerja dalam bidang IT atau sebagai bomba. Warna kegermarannya ialah kuning dan spageti menjadi makanan kegemaran. Bila anda lihat dia memasuki padang, dia akan melangkah dengan kaki kiri terlebih dahulu.

Sumber: Real Madrid C.F Official Site

Thursday, January 17, 2013

Kaka akan kembali ke AC Milan?

Kaka, bekas pemain AC Milan kini sedang bergelut mendapat tempat di keseblasan utama Real Madrid
Menurut laman we Goal.com hari ini, stesyen televisyen rasmi AC Milan mengesahkan bahawa presiden pasukan, Silvio Berlusconi dan presiden Real Madrid, Florentino Perez, sedang mengadakan rundingan awal mengenai peminjaman Kaka. Ianya berikutan laporan awal yang menyatakan ketidakpuasan Kaka di Real Madrid.

Memang jelas bahawa pemain berumur 30 tahun itu mengalami kesukaran untuk berada di keseblasan utama pasukan bimbingan Jose Mourinho dengan hanya tujuh kemunculan dalam saingan liga musim ini.

Wakil Kaka dikhabarkan telah pergi ke pejabat utama AC Milan untuk membincangkan perkara ini. Kaka bermain untuk AC Milan sepanjang tahun 2003-2009 sebelum berpindah ke Real Madrid.

Suarez mengaku sengaja 'jatuh' untuk dapatkan penalti musim ini

Suarez memang sudah lama dilaberlkan sebagai 'penipu besar' di padang bola.
Penyerang Liverpool ini mengaku bahawa dia sengaja menjatuhkan diri semata-mata untuk mendapatkan sepakan penalti pada musim ini, menurut laporan Metro UK.

Luis Suarez membuat komen mengejut itu dalam temubual bersama Fox Sport Argentina. Dia menambah tujuannya ialah untuk menang perlawanan. Katanya lagi, "Bola sepak memang macam itu. Kadangkala anda melakukan sesuatu di padang yang kamudiannya buat anda fikir 'kenapa saya melakukanny?' kelak".

Selain sengaja menjatuhkan diri, Suarez juga menjadi perhatian awal bulan ini selepas membuat tuntutan palsu dalam Piala FA di mana dia seakan kelihatan menggunakan tangan ketika menjaringkan gol kemenangan ke atas Mansfield dalam pertemuan pusingan ketiga. 

Memang banyak masalah dia ni..adoyai..'what goes around will go around'..tengok la keadaan Liverpool sekarang..macam dah kena hukum karma.

Apa yang buruk dan hebat tentang bola sepak

Ketika Malaysia gah di pentas Asia.
El Salvador dan Honduras pernah berperang kerana bola sepak. La guerra del futbol (perang bola sepak dalam bahasa Sepanyol) berlangsung selama 100 jam bermula pada 14 Julai dan berakhir pada 20 Julai 1969.

Jangan ambil mudah pengaruh sukan bola sepak. Sewaktu Yugoslavia masih wujud sebagai sebuah negara, cauvinisme kaum disemarakkan oleh dua pasukan – Red Star Belgrade di Serbia dan Dinamo Zagreb di Croatia. Kebencian dua kaum ini dipancarkan di padang bola. Dengan kematian Presiden Josip Broz Tito pada bulan Mei 1980, Yugoslavia tidak dapat bertahan sebagai sebuah kesatuan. Hanya diktator seperti beliau yang boleh menyatukan enam daerah di dalam Yugoslavia – Croatia, Serbia, Bosnia-Herzegovina, Slovania, Montenegro dan Macedonia.

Selama sedekad, Yugoslavia mula retak. Bola sepak memainkan peranan yang penting menyemarakkan nasionalisme kaum-kaumnya, khususnya Serb dan Croat. Penyokong-penyokong Red Star Belgrade dan Dinamo Zagreb menganggap setiap perlawanan bola sepak sebagai medan tempur. Perang saudara bermula pada tahun 1991 hingga 1995, Perang Balkan menyaksikan kematian lebih 200,000 orang. Korban paling besar ialah orang Islam Bosnia-Herzegovina.

Hooliganisme dalam kedua-dua pasukan ini merebak menjadi teras kekuatan ketenteraan kaum Serb dan Croat. Malah ketua penyokong Red Star Belgrade yang bernama Arkan, akhirnya menjadi salah seorang penjenayah perang yang dikehendaki.

Sukan paling popular

Bola sepak merupakan sukan yang paling popular di dunia. Pesta Piala Dunia FIFA setiap empat tahun merupakan acara sukan yang paling besar jumlah penontonnya di TV – jumlah terkumpulnya 34 bilion bagi 64 perlawanan. Bola sepak hari ini menjadi industri sukan berbilion ringgit. Kelab bola sepak Eropah seperti Manchester United, Real Madrid dan Barcelona merupakan yang paling kaya di dunia.

Saluran sukan 24 jam telah menulis semula hukum-hakam sukan bola sepak dunia. Pele dan Maradona mungkin dianggap pemain bola sepak paling terkenal di dunia. Tetapi pada zaman mereka, kemasyhuran tidak seimbang dengan pendapatan. Hari ini setiap pemain bola sepak liga utama di Eropah merupakan jutawan. Setiap kali dua pasukan bola sepak liga teratas Eropah bermain, nilai 22 pemainnya melebihi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara paling miskin di dunia.
Lihat sahaja pendapatan pemain-pemain terbaik dalam Liga Inggeris (EPL). Wayne Rooney dari Manchester United pada masa ini dibayar RM1.1 juta seminggu atau RM4.4 juta sebulan, menjadikan beliau pemain paling mahal di England. Empat pemain Manchester City – Yaya Toure, Vincent Kompany, Carlos Tevez dan Sergio Aguero masing-masing dibawar RM1 juta seminggu. Pemain kelab yang ‘kurang kaya’ seperti Totenham Hotspurs membayar pemain termahalnya (Emmanuel Adebayor) RM400,000 seminggu. Dengan pendapatan daripada tiket, iklan, merchandise dan sebagainya tidak hairanlah gaji Rooney seminggu boleh membayar 550 pekerja Malaysia yang bergaji RM2,000 sebulan.

Jati diri, imej bangsa dan negara

Dari Republik Islam Iran hingga Somalia (salah sebuah negara termiskin di dunia), bola sepak ada kaitannya dengan jati diri dan imej bangsa dan negara. Jangan salahkan penyokong pasukan bola Kelantan yang dikenal sebagai ‘Red Warriors’ sekiranya mereka dianggap fanatik dan ditakuti. Apabila Malaysia menentang Indonesia, kita dapat melihat bagaikan perang akan meletus di antara kedua-dua negara. Penyokong pasukan bola sepak Indonesia menganggap ‘amat memalukan’ sekiranya mereka kalah pada Malaysia.

Franklin Foer menghasilkan buku How Soccer Explains The World: An Unlikely Theory of Globalisation. Buku ini menarik perhatian kita pada yang buruk dan yang hebat tentang bola sepak. Bola sepak bukan sekadar sukan tetapi gaya hidup manusia. Malah ia ada kaitannya dengan psyche dan sikap penyokongnya. Kelab bola sepak bukan sekadar kumpulan penyokong tetapi seperti yang terlihat dalam konteks bekas republik Yugoslavia, ia merupakan ideologi politik. Memang benar kata Foer, bola sepak boleh menjatuhkan sebuah rejim, melancarkan gerakan pembebasan dan seperti dalam kes El Salvador dan Honduras 44 tahun lalu, boleh menyebabkan peperangan.

Masih jadi juara kampung

Lebih penting lagi bola sepak memperkenalkan kita pada banyak negara yang selama ini tersorok dalam lipatan sejarah. Siapa yang peduli di mana letaknya Ivory Coast sebelum Didier Drogba mencipta namanya di England? Ghana mengeksport Michael Essien, Trinidad dan Tobago dikenal kerana Dwight Yorke. Hari ini 30 peratus pemain liga Eropah datangnya dari negara-negara Afrika, kebanyakannya yang paling miskin.

Sewaktu bermulanya Pesta Bola Merdeka, Jepun dan Korea Selatan tidak dapat menandingi pasukan Malaya. Hari ini pemain-pemain mereka bermain di liga terbaik Eropah. Sayangnya kita masih menjadi juara kampung. Mujurlah ada orang-orang kaya Malaysia yang mula memiliki beberapa buah pasukan bola sepak di England. Jikalau tidak pandai bermain, membeli kelab pun bagus juga.

Harum jugalah nama Malaysia.

Penulis: Johan Jaafar
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Yangburukdanhebattentangbolasepak/Article/

Pep Guardiola sertai Bayern Munich musim depan

Bekas pengurus Barcelona, Pep Guardiola
Walaupun dikaitkan dengan keinginan yang tinggi untuk menjadi pengurus di liga Inggeris, Pep Guardiola kini memilih Bayern Munich sebagai destinasi yang seterusnya dalam karier pengurusan bola sepak.

Sebelum ini, pemilik Chelsea, Roman Abramovich, menyatakan hasrat untuk melantik bekas pengurus Barcelona itu bagi menggantikan Rafael Benitez. Tetapi nyata Guardiola lebih memilih Bayern Munich berbanding kelab-kelab di England seperti Manchester City, Manchester United, Chelsea, dan Arsenal yang sebelum ini mengintai gerak geri Guardiola yang membantu Barcelona memenangi 14 trofi.

Keputusan Guardiola ini sememangnya memberi kelegaan kepada pengurus Rafael Benitez dan Roberto Mancini.

Wednesday, January 16, 2013

Keputusan Liga Super 15 Januari 2013 | Carta terkini Liga Super 2013


KEPUTUSAN TERKINI LIGA SUPER MALAYSIA 2013
TARIKH
HOME & AWAY TEAM
KEPUTUSAN
15 Januari 2013
Kelantan vs Johor DT
1 - 1
15 Januari 2013
Perak vs Felda United
0 - 1
15 Januari 2013
Pahang vs Negeri Sembilan
2 - 1
15 Januari 2013
ATM vs T-Team
3 - 0
15 Januari 2013
PKNS vs Lions XII
1 - 0
15 Januari 2013
Terengganu vs Selangor
1 - 2

Berikut merupakan kedudukan terkini carta Liga Super 2013 selepas perlawanan semalam (15 Januari 2013).

KEDUDUKAN TERKINI CARTA LIGA SUPER MALAYSIA 2013
POS
PASUKAN
P
M
S
K
J
B
Mt
1
Pahang
3
3
0
0
6
3
9
2
ATM
3
2
0
1
6
2
6
3
Selangor
3
2
0
1
3
2
6
4
Lions XII
3
2
0
1
2
1
6
5
Johor Darul Takzim
3
1
1
1
4
4
4
6
Kelantan
3
1
1
1
3
3
4
7
Felda United
3
1
1
1
2
2
4
8
Perak
3
1
0
2
1
2
3
9
PKNS FC
3
1
0
2
3
5
3
10
T-Team
3
1
0
2
1
4
3
11
Terengganu
3
0
2
1
2
3
2
12
Negari Sembilan
3
0
1
2
1
3
1

Keputusan terkini liga super 2013 | Liga Perdana 2013 | Piala FA 2013 | Piala Malaysia 2013 | Piala Sumbangsih | EPL | Liga Perdana Inggeris 2012/2013 | Keputusan Terkini EPL | Piala AFC 2013 | Persahabatan Antarabangsa | Piala FA England | Champions League | Liga Juara Eropah | Keputusan Serie A | Keputusan liga Itali | Keputusan La Liga | Keputusan liga Sepanyol | Keputusan bola sepak | Carta liga super | kedudukan terkini liga super malaysia | kedudukan terkini EPL

Cerita Blogger