Thursday, October 24, 2013

Auw! Romantiknya Sergio Ramos menyanyikan lagu untuk teman wanitanya dalam siaran TV


Sempat juga si Sergio Ramos ini buat benda romantik kepada teman wanitanya, Pilar Rubio, ketika ditemubual dalam rancangan TV. Punyalah hot girlfriend dia..Tengok lah...


Korang rasa Sergio Ramos ada bakat menyanyi ker?? Harap keseoronokan Sergio Ramos ini tidak kena spoil bila bertembung dengan Barcelona hujung minggu ini..tak sabar nak tengok EL CLASSICO

>> Jom tengok jam tangan GUESS yang memang awesome ini..

Tuesday, October 22, 2013

Gol paling cantik!! TAPI sayang, ianya adalah gol sendiri

Mungkin gol ini boleh lah dianggap sebagai antara yang tercantik. Tapi sayang seribu sayang, ianya adalah gol sendiri. 


Dan ianya memang memberi keseronokkan kepada pihak lawan yang nampaknya begitu teruja dengan gol sendiri tersebut. Gol sendiri pemain Internacional ini buatkan penyokong Gremio bergembira sakan.

>> Wow! Telefon pintar ini boleh Google sendiri gambar yang anda snap, terjah SonyXperia baru ni

Thursday, October 17, 2013

Rajagobal belum mahu menyerah kalah

Keputusan seri 1-1 dengan Bahrain beberapa hari lalu sebenarnya masih jauh dari mencukupi untuk skuad negara melayakkan diri ke Piala Asia. Dengan baki 3 lagi perlawanan, skuad negara masih lagi ada sinar harapan walaupun kita akui bahawa prestasi pihak lawan jauh lebih tinggi berbanding kita. Namun demikian, jurulatih negara, K. Rajagobal masih belum mahu mengangkat bendera putih.

DATUK K. Rajagobal belum mahu menekan butang panik selepas Harimau Malaya sekadar meraih satu mata ketika seri 1-1 dengan Bahrain pada aksi kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam malam kelmarin.

Menurut Rajagobal, anak-anak buahnya masih mempunyai baki tiga lagi perlawanan peringkat kelayakan yang perlu ditempuhi.

“Jika ada keyakinan yang tinggi dalam diri (setiap pemain), kami boleh pergi jauh.

“Saya rasa semua pemain yang bermain dalam perlawanan malam ini (malam kelmarin) wajar diberikan pujian kerana sumbangan mereka,” kata Rajagobal pada sidang akhbar di Stadium Shah Alam kelmarin.

Dalam pada itu, Rajagobal menepis tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa beliau kerap ‘bereksperimen’ sehingga Harimau Malaya gagal meraih keputusan yang diharapkan.

Menurutnya, situasi itu berlaku atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

“Ia bukan eksperimen tetapi hanya perubahan setelah beberapa pemain mengalami kecederaan atau tidak menepati piawaian saya dan saya perlu menggantikan tempat mereka.

“Saya yakin pasukan ini akan lebih bersemangat untuk mengharungi baki tiga perlawanan terutama aksi bertemu Bahrain di Manama pada 15 November depan,” jelasnya.

Mengulas lanjut pertemuan menentang Bahrain kelmarin, Rajagobal berkata, anak-anak buahnya tetap menampilkan watak garang walaupun turun tanpa kesebelasan utama.

“Saya rasa perlawanan ini (kelmarin) merupakan yang terbaik oleh pasukan negara pada kelayakan Piala Asia 2015 setakat ini.

“Selain itu, pencapaian empat mata (yang diraih ketika ini) juga merupakan yang terbaik pernah dicapai oleh pasukan negara dalam kempen kelayakan Piala Asia.

“Para pemain yang diberi peluang beraksi telah memberikan komitmen sepenuhnya.

“Kita perlu tanamkan dalam fikiran untuk terus positif dalam menghadapi tiga baki perlawanan selepas ini,” kata Rajagobal.

Sementara itu, jurulatih Bahrain, Anthony Hudson berkata, beliau kecewa kerana pasukannya gagal mencuri tiga mata berharga di Shah Alam.

“Kami tidak turun dengan kekuatan sebenar kerana ramai pemain utama yang cedera dan kepenatan.

“Kami sangat kecewa kerana gagal mengutip tiga mata dan kami pasti lebih bersedia untuk aksi pada November nanti,” kata Hudson. - Kosmo


Wednesday, October 16, 2013

Mario Balotelli kena ban dari Twitter

Menyedari akan kesan buruk Twitter terhadap prestasi pemain dan pasukan, jurulatih Itali iaitu Cesare Prandelli telah mengambil keputusan untuk melarang Mario Balotelli bersama semua ahli pasukan yang lain dari menggunakan Twitter sepanjang kempen Piala Dunia. (link)

Balotelli antara pemain bola sepak yang aktif di Twitter dan sering mendapat kritikan serta tweetnya juga selalu menjadi kontroversi. Follow Balotelli di Twitter @FinallyMario


Sunday, October 13, 2013

WTF! Gol sendiri pemain Liverpool, Skrtel yang memang lawak


Jangan terlalu bergantung kepada penjaga gol anda! itulah pengajaran yang diperoleh oleh Martin Skrtel yang menghantar semula bola kepada penjaga gol pasukannya, Greece, yang mana gagal dikawal kemas dan kemudiannya bola itu meluru masuk gol. 


Jelas, Skrtel memang terkejut dan rasa macam nak hantuk kepala dia kat atas padang tu jer..sama juga halnya dengan si penjaga gol mereka, Jan Mucha.

Saturday, October 12, 2013

Pasangan lesbian Abby Wambach dan Sarah Huffman dah kahwin

Pemain bola sepak wanita sensasi dari Amerika, Abby Wambach sudah berkhawin dengan rakan sepasukannya, Sarah Huffman, di sebuah majlis di Hawaii, seperti yang dilaporkan olah Huffington Post.
Huffman dan Wambach

Hubungan mereka pada mulanya masih disembunyikan namun satu tweet dari Huffman pada Julai lalu telah mendedahkan status hubungan mereka. Huffman kini aktif dalam kumpulan Athlete Ally yang memperjuangkan hak gay atau LGBT serta memerangi homophobia di dalam industri sukan.

Huffman menulis "I am excited to be an ally and stand up for people like me in the LGBT community," di twitternya ketika itu.


Friday, October 11, 2013

Rajagobal dah hilang kata-kata, Malaysia tewas lagi

Adakah memang tahap ini saja yang skuad negara boleh capai? Adakah Malaysia hanya mampu bersaing di peringkat Asia Tenggara saja? Nampaknya impian negara untuk layak ke Piala Asia 2015 sudah gelap. Apalagi nak layak ke Piala Dunia. Mungkin ianya suatu yang terlalu mustahil. Laporan ini saya petik dari Kosmo hari ini.

PENGENDALI Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal seolah-olah kehilangan kata-kata menjelang aksi Kumpulan D kempen kelayakan Piala Asia 2015 menentang Bahrain di Stadium Shah Alam pada 15 Oktober depan.

Menyedari jurang ketara antara kedua-dua pasukan bagaikan 'langit dan bumi', Rajagobal juga enggan menjadikan krisis kecederaan pemain-pemain utama Harimau Malaya kali ini sebagai alasan untuk 'mengibarkan bendera putih' sebelum berjuang.

"Semua orang kena sedar memang ada jurang ketara antara skuad negara dan Bahrain, itu sahaja saya nak cakap.

"Sama ada dilanda krisis kecederaan pemain ataupun tidak bukan persoalan utama kerana mereka (Bahrain) tetap pasukan pilihan berbanding kami.

"Jadi, saya harap pemain turun dengan keyakinan tinggi di Shah Alam nanti," katanya kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang malam tadi.

Rajagobal berkata, beliau terpaksa melupakan beberapa tonggak utama seperti Wan Zack Haikal Wan Nor, Muhammad Fadhli Shas dan Mohd. Safee Sali yang dilanda kecederaan.

"Selain itu, perkembangan Aidil Zafuan Abdul Razak dan Ahmad Shakir Shaari juga dipantau dari masa ke semasa.

"Saya juga berharap supaya Norshahrul Idlan Talaha mampu pulih sepenuhnya sebelum berdepan Bahrain nanti," katanya.

Pada masa sama, Rajagobal juga menyifatkan aksi di Stadium Shah Alam tidak memberikan kelebihan buat anak-anak buahnya memburu kemenangan di laman sendiri.

"Bahrain satu pasukan yang kuat, mereka juga sudah meraih enam mata hasil dua kemenangan sebelum ini.

"Jadi, saya tidak menganggap aksi di Shah Alam mampu memberikan kelebihan buat kami.

"Cuma pada masa sama, saya percaya pemain akan turun dengan semangat juang yang tinggi bagi memburu tiga mata berharga," jelasnya.

Selepas berdepan Bahrain nanti, skuad Harimau Malaya akan kembali membuat perhitungan dengan lawan yang sama di tempat lawan pada 15 November depan sebelum melayan kunjungan Qatar empat hari kemudian.

Skuad kendalian Rajagobal bakal menutup tirai aksi kumpulan berdepan Yemen di tempat lawan pada 5 Mac tahun depan.

Thursday, October 10, 2013

Kecoh! Perlis tak bayar gaji jurulatih dan pemain sejak tiga bulan lalu?

Sesebuah pasukan bola sepak yang mempunyai masalah dalaman biasa mudah dikenalpasti dengan hanya melihat kepada prestasi semasa mereka. Salah satu faktor kepada kemorosotan prestasi pasukan ialah tidak dibayar gaji. 

Laporan Yahoo News hari ini menyatakan bahawa pasukan Perlis gagal membayar gaji pemain, jurulatih, dan para pegawai mereka sejak bulan Jun lalu. Walaupun para pemain dan jurulatih mereka, Yunus Alif, sudah membuat laporan kepada FAM, namun masih belum terdapat tanda-tanda bahawa masalah itu akan diselesaikan segera.

Sebelum pilihanraya bulan Mei lalu, Perlis FA diterajui oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kasim namun selepas beliau dilantik menjadi Menteri di JPM, jawatan tersebut disandang oleh Rozali Abdul Rahman.

Sejak itu, mereka tidak lagi pernah dibayar gaji. Perlis kini berada dalam saigan Liga Perdana dan hampir-hampir tersingkir musim lalu apabila menduduki tangga ke 10 dari 12 pasukan.




WTF! Pemain ketawa pula selepas dia dikenakan kad merah selepas baru 7 saat atas padang


Biasanya apabila seorang pemain bola sepak itu dikenakan kad merah, dia akan marah, terkejut, sedih, dan ada pulak yang boleh pengsan. Tapi reaksi ini berbeza dengan pemain kelab divisyes dua Greece, Gylfadas.

Serge Djiehoua mungkin telah mencipta rekod pemain paling cepat dikenakan kad merah selepas baru 7 saat memasuki padang. Dan yang paling buat orang meluat pula ialah bila dia turut ketawa selepas dikenakan kad merah. Agaknya dia bangga kot sebab dah cipta rekod tu.


Wednesday, October 9, 2013

Cardiff pecat ketua perekrut pasukan dengan sahabat karib anak Vincet Tan?

Menurut laporan terkini dari Metro, Cardiff City telah memecat ketua perekrut atau Head of Recruitment mereka, Moody, dengan seorang warga Kazakstan yang baru berumur 23 tahun. Difahamkan lagi bahawa dia adalah sahabat karib kepada anak pemilik kelab itu, Vincent Tan, seorang bisnesman dari Malaysia.
Vincent Tan
Tugas utama Head of Recruitment ini termasuklan pencarian pemain dan pengurusan jual beli pemain. Pengurus Cardiff, Malkay, mungkin ada sebab untuk bimbang kerana lelaki Kazakstan bernama Apsalymov itu tiada pengalaman langsung dalam dunia bola sepak berbanding Moody yang bertanggungjawab membawa pemain-pemain berkualiti ke Cardiff seperti Steven Caulker, Chilean Gary dan Frazer Campbell.




Indra Putra tidak panik terima ugutan bunuh, peminat buat laporan polis

Berita ini merupakan susulan kepada kes ugut bunuh yang dilakukan oleh seorang pengguna Facebook terhadap Indra Putra. Laporan dari Kosmo.


PERANCANG Kelantan, Indra Putra Mahayuddin menasihatkan peminat bola sepak tempatan agar tidak terlalu obses dengan pemain mahupun pasukan kesayangan mereka.

Ini kerana Indra menganggap sikap sedemikian mampu mencetuskan perkara negatif jika ia tidak dikawal dengan sebaik mungkin.

Indra berkata, perbuatan itu dilihat lebih teruk di mata masyarakat jika ada individu sanggup mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan seperti membunuh semata-mata mahu menyokong pemain atau pasukan masing-masing.

Terdahulu, Indra diugut bunuh oleh seorang individu selepas aksi suku akhir kedua Piala Malaysia antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Sabtu lalu.

Individu terbabit dipercayai mengeluarkan ugutan itu di laman sosial Facebook miliknya kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Indra mengasari Norshahrul Idlan Talaha sehingga menyebabkan penyerang Johor DT itu mengalami pendarahan di bahagian hidung.

Semalam, seorang penyokong bola sepak Kelantan, Mohd. Firdaus Mohd. Saari, 32, telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu berhubung ugutan yang diterima Indra itu.

"Semalam (kelmarin), saya menganggap kenyataan (ugutan individu) itu sebagai gurauan semata-mata. Saya tidak ambil serius tentang hal itu dan saya juga tahu seorang penyokong Kelantan hari ini (semalam) telah membuat laporan polis.

"Saya amat berterima kasih kepada peminat-peminat yang sentiasa menghargai saya dan tidak mahu keselamatan saya diancam.

"Nasihat saya, peminat-peminat jangan terlalu obses dengan menyalah guna laman sosial Facebook untuk mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan seperti membunuh.

"Perbuatan itu hanya memakan diri sendiri. Jika boleh, elak daripada membuat kenyataan yang boleh disalah erti dan jangan bergurau tak kena tempat," kata Indra ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Indra sekali lagi memohon maaf terhadap insiden kekasaran yang berlaku ke atas Norshahrul yang disifatkannya tidak sengaja.

"Saya tidak sengaja sebenarnya. Di padang, kami lawan tetapi di luar padang, kami kawan. Kami adalah profesional.

"Peminat harus faham tentang semangat kesukanan. Mereka seharusnya menikmati perlawanan, bukannya mengeluarkan kenyataan berbentuk emosi sebaik perlawanan berakhir," katanya yang tidak akan membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh itu. 

Tu lah..jangan tunjuk berani kat Facebook jer..kalau betul-betul anak jantan, pergi terus confront si Indra Putra depan mata...tengok siapa yang lebih power..hoho..biasalah kalau budak sekolah guna facebook.

Tuesday, October 8, 2013

Wow! Sepakan gunting yang paling hebat musim ini..gol

Mungkin ini adalah sepakan gunting atau 'scissors kick' yang paling menarik musim ini.



Camilo Sanvezzo berjaya menyempurnakan sepakan gunting tersebut hasil dari hantaran cantik rakannya. Gol dari sepakan tersebut berjaya menyamakan kedudukan pasukan mereka Vancouver Whitecaps 2-2 menentang Portland Timbers dalam saingan Major League Soccer (MLS).


Kelebihan untuk Kelantan kalau venue ditukar ke Stadium Shah Alam

Berikutan pengumuman oleh FAM mengenai perpindahan venue perlawanan suku akhir pertama yang membabitkan ATM dan Kelantan dalam saingan Piala Malaysia, ini dia reaksi pemain ATM yang menyatakan bahawa Kelantan mempunyai kelebihan dari perubahan ini.

Kuala Lumpur: “Kelebihan akan memihak kepada Kelantan”.

Itu reaksi salah seorang pemain senior Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tidak setuju perubahan stadium yang diumumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam berbanding Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang menjadi gelanggang tuan rumah Gladiators sepanjang musim ini.

“Bagi pemain, bermain di Shah Alam seolah-olah beraksi di stadium berkecuali yang secara tidak langsung memberikan kelebihan kepada lawan. Pasti ramai penyokong mereka akan hadir memenuhi stadium.

“Seperti Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV yang menjadi gelanggang keramat mereka, kami juga menganggap Stadium MPS seperti itu. Kami hanya tewas beberapa kali musim ini. Kenapa stadium perlu ditukarkan semata-mata untuk memenuhi permintaan penyokong lawan,” katanya.

Presiden Persatuan Bolasepak ATM Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin sebelum ini mengarahkan perbincangan diadakan dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenai pertukaran stadium selepas menyingkirkan LionsXII di suku akhir kerana dijadual berdepan lawan yang mempunyai penyokong yang ramai.

Stadium MPS dilihat terlalu kecil untuk berlangsungnya pertemuan separuh akhir berkenaan apabila sekadar mempunyai kapasiti 16,000 berbanding Stadium Shah Alam yang mencecah 80,000 penonton.

“Saya turut tidak merasakan aspek keselamatan menjadi masalah jika bermain di Selayang kerana ia boleh ditingkatkan bagi memastikan perlawanan berjalan dengan lancar. Untuk aksi separuh akhir ini seolah-olah kami bermain di stadium berkecuali (Stadium Shah Alam) dan di tempat lawan (Stadium Sultan Muhammad IV). Tiada sebarang kelebihan di laman sendiri,” kata pemain berpengalaman itu.

ATM melangkah bergaya ke separuh akhir apabila menewaskan LionsXII 4-1 di Stadium MPS hasil sokongan padu kira-kira 13,000 penyokong Gladiators walaupun tewas 0-1 pada suku akhir pertama di Stadium Jalan Besar. ATM dijadual bertemu Kelantan untuk separuh akhir pertama pada 18 Oktober ini. - hmetro

FAM ubah gelanggang separuh akhir Piala Malaysia antara ATM vs Kelantan

Berikut berita terkini mengenani venue perlawanan separuh akhir pertama saingan Piala Malaysia yang membabitkan pasukan ATM vs Kelantan.

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan gelanggang separuh akhir pertama Piala Malaysia membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menentang Kelantan akan berlangsung di Stadium Shah Alam dan bukannya Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang menjadi gelanggang tuan rumah Gladiators.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM Datuk Afandi Hamzah berkata, perkara berkenaan sudah dibincangkan dengan ATM sebagai tuan rumah untuk aksi separuh akhir pertama. 
“Kita mengambil langkah mengadakan perbincangan sebaik saja selesai suku akhir Piala Malaysia kerana menjangkakan kehadiran penyokong yang ramai. ATM turut menyatakan persetujuan mereka dengan pertukaran gelanggang ini walaupun pada awalnya Stadium MPS didaftarkan pasukan berkenaan,” katanya. 

Afandi menambah, tindakan berkenaan bagi membolehkan lebih ramai penyokong kedua-dua pasukan hadir memberikan sokongan, kawalan yang lebih baik dan aspek lain agar perlawanan berlangsung dengan lancar.

“Bagaimanapun status tuan rumah masih lagi milik ATM. Mereka bertanggungjawab terhadap aspek keselamatan, tiket dan perkara-perkara berkaitan,” katanya.

Terdahulu badan induk berkenaan menerusi satu kenyataan memaklumkan pertukaran gelanggang berkenaan dengan tarikh dan masa tidak berubah iaitu 18 Oktober ini serta dijadualkan bermula jam 8.45 malam. 

Menurut kenyataan itu, ATM memohon perubahan gelanggang berkenaan atas faktor penambahan jumlah penonton yang dijangka berlaku dan aspek keselamatan. - hmetro

Monday, October 7, 2013

Pemain import JDT, Leonel Nunez bakal dihukum FAM kerana isyarat lucah?

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) kini hanya menunggu aduan rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berhubung insiden panas yang berlaku pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Razak berkata, KAFA dan PBNJ boleh mengemukakan laporan terhadap dua insiden yang berlaku pada pertembungan penuh dramatik itu.

Dua situasi yang dimaksudkan itu ialah melibatkan penyerang import Johor Darul Takzim (Johor DT), Leonel Nunez didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong Kelantan.

Satu lagi insiden melibatkan seorang lagi penyerang Harimau Selatan, Norshahrul Idlan Talaha atau dikenali sebagai Mat Yo yang mengalami kecederaan apabila hidungnya berdarah selepas disiku oleh tonggak Kelantan, Indra Putra Mahayuddin.

Insiden tersebut dikatakan ‘terlepas pandang’ oleh pengadil perlawanan, Suhaizi Shukri sehingga menyebabkan Indra terlepas daripada menerima sebarang hukuman atau kad kuning.

Mengulas lanjut, Taufek berkata, tindakan Nunez itu boleh diambil tindakan meskipun insiden itu berlaku ketika pemain kelahiran Argentina itu sedang melakukan regangan badan di tepi padang.

“Memang ada kod tatatertib di bawah peruntukan sedia ada yang mana jika terdapat pemain atau pegawai yang menunjukkan isyarat lucah, mereka boleh diambil tindakan tegas.

“Meskipun perbuatan itu dilakukan di luar perlawanan, FAM boleh mengambil tindakan jika KAFA mengemukakan laporan demikian.

“Begitu juga dengan PBNJ, mereka boleh mengemukakan aduan berhubung kekasaran yang dilakukan Indra terhadap Mat Yo.

“Merujuk seperti kes sebelum ini, (penyerang Selangor) Mohd. Amri Yahyah pernah digantung tiga perlawanan dan denda RM1,800 disebabkan kekasaran melampau terhadap (bekas) pemain Kelantan, Mohamed Ghaddar pada aksi Liga Super tahun lalu.

Taufek berkata, pihaknya tidak boleh melakukan sebarang tindakan atau dakwaan jika tidak mendapat laporan rasmi daripada KAFA mahupun PBNJ.

“Buat masa ini, kami hanya menunggu laporan penuh atau aduan rasmi daripada kedua-kedua persatuan (KAFA dan PBNJ) mengenai insiden tersebut.

“Pihak sekretariat FAM akan mengambil tindakan susulan jika ada laporan dikemukakan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri malam kelmarin, Kelantan tampil bergaya apabila membelasah Johor DT 6-1, sekali gus melangkah ke saingan separuh akhir dengan agregat 8-5.

The Red Warriors bakal berdepan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk aksi separuh akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 18 Oktober depan. - Kosmo


Kelab Inggeris ini terpaksa panggil semula penjaga gol mereka yang berusia 50 tahun

Umur bukan penghalang! Kelab Burton Albion yang kini berada di Liga kedua Inggeris terpaksa memanggil semula bekas penjaga gol mereka yang sudah bersara pada 2012, Kevin Poole. Pengurus pasukan, Gary Rowett terdesak mencari pengganti terbaik kepada penjaga gol mereka, Dean Lyness yang mengalami kecederaan, menjelang perlawanan penting liga menentang Wycombe di tempat lawan.

Sebelum ini, Kevin Poole juga pernah bermain untuk pasukan-pasukan ternama seperti Leicester dan Derby. Selain Poole, terdapat juga pemain veteran lain yang pernah bermain semula seperti Phil Simkin pada usia 60 tahun dan bermain untuk pasukan Dover yang juga merupakan pasukan kendaliannya.

Kalau nak jimat bajet, carilah pemain vateran...:)





Keputusan Liga Perdana Inggeris Week 7 dan kedudukan terkini

Berikut merupakan keputusan Liga Perdana Inggeris (EPL2013-2014) minggu ke-7.
Sunday 6 October 2013
16:00Tottenham0 - 3West HamWhite Hart Lane
16:00West Brom1 - 1ArsenalThe Hawthorns
13:30Norwich1 - 3ChelseaCarrow Road
13:30Southampton2 - 0SwanseaSt. Mary's Stadium


Saturday 5 October 2013
17:30Sunderland1 - 2Man UtdStadium of Light
15:00Cardiff1 - 2NewcastleCardiff City Stadium
15:00Fulham1 - 0StokeCraven Cottage
15:00Hull0 - 0Aston VillaThe KC Stadium
15:00Liverpool3 - 1Crystal PalaceAnfield
12:45Man City3 - 1EvertonEtihad Stadium
Berikut merupakan kedudukan terkini EPL selepas perlawanan semalam.

Sunday, October 6, 2013

WTF! West Bromwich keluarkan DVD khas selepas mengalahkan Manchester United

Nampaknya West Bromwich memang benar-benar teruja selepas menewaskan pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United di Old Trafford pada hari Sabtu lalu. Dan untuk mengabadikan kenangan terindah mereka pertama kali menewaskan United sejak tahun 1978, West Brom bakal mengeluarkan DVD khas bertajuk 'The impossible dream made possible' 


Fuh! kalau kelab kurang ternama berjaya mengalahkan United, memang mereka akan guna peluang itu untuk buat duit. Masih ingat lagi ker dengan kelab divisyen dua Inggeris yang seri dengan United dalam saingan Piala FA beberapa tahun lalu? Mereka terus dapat berjuta-juta uero melalui penyiaran semula video perlawanan itu


Luis Suarez tunjuk anak berusia 10 hari di depan penyokong Liverpool


Comelnya anak Suarez! Sebelum perlawanan bermula antara Liverpool dan Crystal Palace semalam, Suarez mengambil masa seketika menunjukkan anaknya yang baru lahir berusia 10 hari itu di depan penyokong Liverpool. 

Sebelum ini pun Suarez ada menunjukkan gambar dia bersama isteri dan anak mereka pada bajunya ketikan menyambut jaringannya dalam perlawanan menentang Sunderland minggu lalu.



Free Search Engine Submission

Friday, October 4, 2013

Haha! Jersi bola sepak paling unik..mmm, atau mungkin paling hodoh

Kalau nak kelihatan unik di atas padang, ikutlah design jersi terbaru sebuah pasukan bola sepak di Sepanyol ini. Tengok lah betapa uniknya jersi ini...

Designer jersi pasukan La Hoya Lorca nampaknya mempunyai idea baru dengan mencipta jersi bertemakan sayur 'brocolli'.  Jersi ini merupakan jersi kedua dan akan dipakai di tempat lawan kelak. 

La Hoya bermain di liga ketiga Sepanyol yang dikenali sebagai Segunda Division B dan mereka memenangi gelaran itu musim lepas.


Welbeck hampir-hampir telepas penerbangan ke Ukraine

Manchester United memperoleh mata berharga selepas seri 1-1 dengan Shaktar Donetsk dalam saingan kumpulan Liga Juara Eropah awak Khamis lalu.

United harus berterima kasih kepada jaringan Danny Welbeck pada minit ke-18. Namun segalanya mungkin berubah jika Welbeck benar-benar terlepas penerbangan ke Ukraine tersebut. Menurut Metro UK, Moyes menyedari bahawa Welbeck dan Chri Smalling keduanya tiada semasa mereka baru nak naik kapal terbang.

Pemandu bas kemudiannya diarahkan bergegas kembali mengambil mereka. Ketika semua sudah berada dalam kapal, Welbeck dan Smalling kelihatan sedang berlari keluar dari bangunan dan meluru masuk ke dalam kapal...hohoho..nasib baik sempat.


Cerita Blogger