Wednesday, December 30, 2015

Selangor adalah paling kuat, JDT hanya kelab kecil dan masih mentah - TMJ

Inilah dia luahan tulus ikhlas dari Tengku Mahkota Johor terhadap pasukan naungannya, Johor Darul Takzim (JDT). Apabila ditanya akan pasukan tempatan manakah yang menjadi pilihannya untuk menjadi juara liga pada musim depan, dengan rendah diri, TMJ menyatakan yang Selangor adalah pasukan terbaik. Sebaliknya TMJ hanya menyatakan yang JDT hanyalah sebuah kelab kecil yang masih mentah.

Walhal, kalau dilihat pencapaian JDT pada musim ini, mereka telah berjaya mencapai satu kejayaan yang cukup mengagumkan selepas mencipta nama sebagai pasukan pertama negara untuk menjuarai piala AFC. 

Berikut merupakan perbualan antara TMJ dengan wartawan yang juga korang boleh baca kat Fanpage Johor Southern Tigers
"Wartawan: Ampun Tunku, kenapa Tunku ambil Paulo Rangel? 
TMJ: Saya memberikan kuasa dan ruang sepenuhnya kepada pengurus kita, Mario Gomez, dan menyokong sesiapa sahaja yang beliau mahu serapkan ke dalam pasukan. Sekiranya ianya berhasil, sudah bagus. Sekiranya tidak berhasil, ubahlah. Hidup ini mudah, jangan sulitkan keadaan.

Wartawan: Tunku, saya kadangkala mengikuti komen dan pandangan di media sosial. Terdapat pelbagai reaksi daripada penyokong bolasepak. Ada yang mengatakan bahawa JDT tidak pernah membangunkan bakat muda. Apa komen Tunku?
TMJ: Ada benarnya kita belum membangunkan bakat muda selain Shafiq Saharudin dan Fazly Mazlan. Kita perlu membangunkan lebih banyak bakat muda pada masa akan datang. Kita adalah kelab yang mempunyai cita-cita besar. Saya sentiasa berterus terang. Keutamaan kita memang untuk pembangunan bakat, tetapi jika terdapat pemain yang bagus, kita akan membelinya. Itu bukan rahsia. Tidak kira dari mana sekalipun, kita tidak kisah. Kita sebuah kelab yang mahu memantapkan skuad, itu sahaja. 

Wartawan: Tunku, sesetengah orang mengatakan bahawa Tunku suka menunjukkan harta kekayaan. Apa komen Tunku? 
TMJ: Ya, saya suka menunjukkannya. Itu harta saya, dan bukannya saya mencurinya. Ada yang mengatakan sesetengah orang lain juga berharta tetapi tidak menunjukkannya. Saya tidak terkejut mengapa sesetengah orang berdiam sahaja, kerana ada yang menerimanya daripada melobi kerajaan persekutuan, dan mungkin juga daripada rakyat, tentulah mereka takkan menghebahkannya. Saya lebih berterus terang. Harta saya daripada hasil estet kelapa sawit dan pegangan saham saya dalam syarikat-syarikat yang melabur di negeri Johor. Saya tiada berahsia. Sekiranya saya hendak menunjukkan harta saya, itu urusan saya. Kenapa ada yang tidak senang dengan hal tersebut? Anda mahukan seperti itu? Berusahalah bersungguh-sungguh. InsyaAllah, dengan izin Allah, anda juga mampu mencapainya.

Wartawan: Berbalik kepada bolasepak. Ramalan Tunku? Siapa bakal menjadi juara liga, dan siapakah pasukan pilihan? 
TMJ: Selangor yang paling kuat, Pahang, Felda, Kedah dan Terengganu. 
Wartawan: JDT? 
TMJ: Tidak, kita hanya kelab kecil yang masih mentah. Menduduki empat tangga teratas sudah cukup baik.  
Wartawan. Menjunjung kasih, Tunku. 
TMJ: Sama-sama."

Kalau di Eropah ada Barcelona, Real Madrid, dan Bayern Munich yang menjadi juara UEFA Champions League, di Asia pula ada JDT. Fuyoo...aku yang bukan orang Johor ni pun rasa bangga tau..harap-harap suatu hari nanti, TMJ bakal menerajui kepimpinan bola sepak kebangsaan pula. 

Lagi Info Menarik:

Cerita Blogger