Sunday, October 23, 2016

Jose Mourinho: Saya hormati Chelsea namun saya adalah 100% Manchester United

Awal-awal lagi, Jose Mourinho memberi amaran “Saya adalah 100% Manchester United!” kepada bekas kelab bimbingannya, Chelsea, sebelum bermulanya pertemuan paling ditunggu-tunggu antara Chelsea dan Manchester United awal pagi nanti.
 
Jose Mourinho mula mendapat perhatian dunia ketika mengurus Chelsea
Mourinho yang digelar “the special one” oleh para peminat Chelsea itu berhasrat besar untuk menewaskan Chelsea di Stamford Bridge sekaligus mahu mengembalikan semula United di landasan yang betul dalam usaha untuk merampas semula trofi EPL.

Mourinho telah dipecat oleh Chelsea pada Disember lalu, tujuh bulan selepas mereka memenangi gelaran liga perdana Inggeris yang ketiga di bawah kendalian Mourinho. Bagaimanapun, Mourinho dikatakan telah berjanji untuk tidak meraikan sebarang gol sekiranya United berjaya menjaringkan gol dalam pertembungan itu. Manchester United yang hanya memenangi satu dari lima perlawanan liga sememangnya terdesak untuk mencari kemenangan.

Adakah Mourinho mampu membantu United untuk menewaskan Chelsea, kelab yang mengangkatnya menjadi seorang pengurus bola sepak ternama di dunia suatu ketika dulu? Jika melihat kepada prestasi semasa, Chelsea sememangnya lebih konsisten dan dikatakan telah mendapat rentak permainan di bawah kendalian pengurus baru, Antonio Conte.

P/s: Admin rasa….keputusan seri Chelsea 1-1 Manchester United

Lagi Info Menarik:


Cerita Blogger