Thursday, May 5, 2016

Warga Sabah, Rita Ghani jadi wanita pertama negara mengadili acara bola sepak di Olimpik Rio 2016

Tahniah diucapkan kepada wanita yang berasal dari Sabah ini. Rita Ghani, 38, menjadi wanita pertama negara yang terpilih sebagai salah seorang pangadil perlawanan bola sepak yang bakal berlansung di sukan Olimpik Rio 2016.
Rita Ghani akan ke Olimpik Rio 2016
Ini bukanlah kejayaan pertama di peringkat antarabangsa yang dicapai oleh Rita. Sebelum ini, dia juga telah diundi sebagai pengadil terbaik wanita Asia, Asian Football Confederation’s (AFC) Women’s Referee, pada tahun 2014. Selain itu, wanita Sabah ini juga menjadi wanita pertama negara yang mengadili Piala Dunia Wanita FIFA di Kanada tahun lalu.
Rita Ghani dinobatkan sebagai pengadil wanita terbaik Asia 2014
Dengan berbekalkan pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang pengadilan bola sepak ini, Rita akan ke Brazil bersama seorang lagi pengadil dari Korea Utara, Ri Hyang-Ok sebagai wakil Asia. 


Lagi info menarik:

Wednesday, May 4, 2016

Kedah tolak tajaan dari D'Herbs bernilai RM30 juta

Hurm...nampaknya tak terlajak laris juga tajaan D'Herbs ni..mungkin sebab syarat-syarat yang ditetapkan tu terlalu ketat kot sampai menjejaskan imej pasukan Kedah. Mungkin Dato Alif Syukri nak jadi pengurus pasukan? atau mungkin dia nak jadi jurulatih..tapi, memang mustahil lah kan..apa pun terma dan syarat yang dikemukakan oleh D'Herbs, pastinya ia sesuatu yang bercanggah dengan misi dan visi pasukan. Alaaa...sesebuah pasukan tak semestinya perlu memiliki wang ringgit berjuta-juta untuk meraih kejuaraan. Yang penting kena ada azam, usaha dan strategi yang kuat untuk mencapainya...tengok saja macam Leicester City, baru saja dinobatkan juara England mengatasi gergasi utama liga yang kaya raya seperti Chelsea, Manchester City, Manchester United, Liverpool, Arsenal, dan banyak lagi.
Dato Alif Syukri berhasrat menaja pasukan Kedah
Alor Setar: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menolak tajaan berjumlah RM30 juta untuk skuad Helang Merah daripada syarikat D'Herbs Holding (M) Sdn Bhd atas sebab tertentu.
Setiausaha Kehormat KFA Datuk Aminuddin Omar berkata, setakat ini pihaknya tidak boleh mendedahkan lebih lanjut berhubung perkara berkenaan. 
Menurutnya, berdasarkan perbincangan terakhir pada 27 April lalu, Jawatankuasa Pengurusan KFA mengambil keputusan untuk tidak menerima tajaan syarikat kosmetik berkenaan. 
"Kita sudah meneliti terma dan syarat berkenaan untuk tidak menerima dengan konklusif dan muktamad tajaan berkenaan. 
"KFA mengucapkan terima kasih kepada D'Herbs atas kesudian untuk memberi tajaan berkenaan, selain berusaha mahu meningkatkan imej Helang Merah," katanya pada sidang media di Stadium Darul Aman, di sini, hari ini. 
Bagaimanapun, katanya, pihaknya berharap akan dapat bekerjasama dengan syarikat berkenaan menerusi medium lain bagi mempertingkatkan imej pasukan negeri. 
"Saya berharap kedua-dua pihak berkaitan tidak membuat komen lanjut berhubung isu (penolakan) tajaan," katanya. - HM
P/s: Tanpa wang, memang sukar untuk mencapai sesuatu matlamat yang meninggi ke langit. Tapi....ianya tidak mustahil.

Lagi info menarik:

Cerita Blogger