Sunday, September 11, 2016

Tewas kepada City, Mourinho salahkan pemain dan pengadil

Pergh!! memang berdetak jantung ketika menonton perlawanan klasik antara dua seteru berjiran Manchester semalam. Perlawan ini memang sangat dinanti-nantikan bukan hanya kerana status derby malah juga kerana ini adalah pertemuan klasik antara dua pengurus terhebat di abad ini iaitu Pep Guardiola dan Jose Mourinho. Perlawan tersebut memihak kepada pelawat dengan keputusan tipis Manchester United 1-2 Manchester City. Selaku peminat tegar Manchester United sejak dua abad lalu, memang aku pun kecewa dengan keputusan tersebut. Tapi apakan daya, dah adat permainan macam gitu. Kekadang menang, kekadang kalah dan kekadang seri. 

Mari kita korek pula apa kata Mourinho selepas kekalahan Manchester United semalam di Old Trafford. Menurut apa yang dipetik dari laman rasmi Manchester United, sangat jelas bahawa Mourinho menyalahkan keadaan pemain dan mutu pengadilan. Kata Mourinho, banyak pemainnya yang berada di bawah prestasi sebenar dan kurang fokus terutamanya pada separuh masa pertama. Kedua, Mourinho menyalahkan pengadil perlawanan, Mark (Clattenburg) yang sepatutnya memberi penalti kepada Manchester United. Bukan satu, tapi dua peluang penalti yang tidak diendahkan oleh si pengadil taik kucing tu...huhu..marah ni tau!! 

Kalau korang nak baca luahan lanjut penuh dramatik tapi masih positif dari Mourinho, boleh lah layari laman web dalam bahasa omputih kat manutd dot com

Apa-apa pun, GGMU!! Lepas ni, giliran United pula untuk balas dendam kat stadium Ettihad nanti..korang tunggu! 

Lagi info menarik:

Wednesday, June 1, 2016

Sejarah mungkin berulang, Juan Mata bakal dijual oleh Mourinho buat kali kedua

First of all...welcome to Old Trafford, Jose Mourinho..dahulu ku membencimu tetapi kini aku harus 'mencintaimu' setelah kau menerima 'lamaran' dari bosku..hoho. Harap-harap rekod cemerlang Mourinho ini berkekalan di United.
Pengurus baru Manchester United, Jose Mourinho

So berbalik kepada beberapa kabar angin yang sedang bertiup kencang umpama taufan tak bernama, Mourinho dikatakan bakal menjual beberapa pemain utama Manchester United demi untuk membina satu skuad baru yang lebih kukuh. Kemungkinan besar, Mourinho akan meneruskan legasi permainannya yang berkonsep bertahan (defending) disertai seorang striker yang benar-benar tajam umpama kilat ketika menyerang. Jadi, mungkin semua pun tahu siapa salah seorang pemain utama United yang juga bekas pemain Chelsea yang kena jual oleh si Mourinho ketika dia mengurus Chelsea dulu...tau siapa? kesian kau Juan Mata..
Juan Mata
Selain Mata, Mourinho juga mungkin akan membuang beberapa pemain yang dibawa masuk ketika era Moyes dan van Gaal seperti Daley Blind dan Fellaini. Masih ingat tak korang yang Mourinho pernah menggambarkan si Fellaini ini seperti pokok di atas padang..hahaha..kesian.

Memang tak pasti lagi berapa banyak pemain United yang bakal kena buang tapi yang pasti akan berlaku satu overhaul kat skuad The Red Devils. Dikatakan juga, dalam banyak-banyak pemain United ini, hanya empat pemain yang benar-benar selamat dari penyingkiran Mourinho iaitu Dea Gea, Martial, Rashford dan Wayne Rooney. Tapi apa-apa pun...kita tunggu dan lihat. (sumber) (sumber)

Lagi info menarik:

Cerita Blogger