Tuesday, January 7, 2014

Moyes tetap tak nak mengalah, laung kebangkitan


Selepas tewas mengejut kepada Swansea dalam saingan pusingan ketiga Piala FA, David Moyes selaku pengurus baru United terus dikecam peminat. Namun, Moyes tetap optimistik untuk bangkit semula dan tidak akan mengalah. Katanya, 
“Jika anda beraksi dengan mana-mana kelab dan kalah, ia pasti sukar. Ia lebih sukar kalau anda di Manchester United. Tapi ini tugas yang harus dipikul. Kami boleh mengatasinya. Kami mempunyai perlawanan besar Selasa ini (awal pagi esok) dan kami akan mempersiapkan pasukan.” 
  
Dalam perlawan lalu, Swansea mengesahkan kemenangan hasil tandukan Wilfried Bony pada minit ke-90 selepas Wayne Routledge meletakkan mereka di depan pada minit ke-12 menerusi sepakan lambung sebelum kelebihan itu dipadam oleh penyerang United dari Mexico, Javier Hernandez.


0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger