Khairul Fahmi Che Mat (Kredit: trwcsupporters.blogspot) |
Dulu, masa Norshahrul Idlan Talaha atau Matyo meninggalkan Kelantan untuk menyarung jersi Johor Darul Takzim alias JDT I, banyak penyokong The Red Warriors mengecam tindakannya sambil menyifatkan tindakannya itu sebagai satu pengkhianatan.
Apa yang berlaku terhadap Matyo ini mungkin menjadi salah satu iktibar juga kepada penjaga gol Kelantan dan Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat alias Apek, yang mengambil keputusan untuk meneruskan kontrak bersama skuad Kelantan walaupun menerima banyak tawaran lumayan dari luar.
Selain tidak mahu digelar penderhaka, Apek juga mahu membalas pengorbanan yang dilakukan pasukan terhadapnya selama ini. Seperti yang dipetik dalam Berita Harian, Apek berkata;
"TRW adalah tempat bermulanya kerjaya saya sebagai pemain bola sepak profesional. Pasukan ini juga sudah banyak berkorban untuk saya. Sudah tiba masa untuk saya membalas pengorbanan yang dilakukan pasukan. Bagi saya, keputusan untuk kekal adalah satu keputusan tepat dan saya gembira bersama Kelantan.
"Memang tidak dinafikan saya ada mendapat tawaran daripada pasukan lain sebelum ini, namun saya masih ada kontrak bersama Kelantan dan saya menghormatinya. Saya juga tidak mahu digelar penderhaka,".
Selain Apek, rakan sepasukannya yang juga merupakan tonggak utama The Red Warriors, Nik Shahrul Azim Ab Halim, turut menandatangani kontrak baru lima tahun dengan pasukan utara itu.
0 comments:
Post a Comment
Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...