Hasbullah Awang meninggal dunia di IJN
SHAH ALAM - Pengulas sukan negara, Datuk Hasbullah Awang dilaporkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dipercayai akibat komplikasi jantung, sebentar tadi.
Beliau yang bertugas sebagai pengulas sukan menghembuskan nafas terakhir selepas menerima rawatan di IJN sejak minggu lalu.
Allahyarham terkenal sebagai pengulas untuk acara-acara sukan tempatan mahupun luar negara sejak dari tahun 1980.
Populariti Allahyarham memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia awal 1990-an dan kini ulasan beliau masih lagi digemari ramai peminat sukan tanah air.
Antara yang awal mengucapkan takziah adalah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam Twitternya.
“Sedih mendapat berita pemergian 'the voice of Malaysian sports' Datuk Hasbullah Awang sebentar tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat ALLAH SWT,” katanya. -Sinar Harian
0 comments:
Post a Comment
Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...