Qu Puteh..qu puteh..baru lah puteh...heheheheee ~ sambil ketawa ikut style Dato' Vida.
Siapa tak kenal dengan pengasas produk kesihatan Pamoga Qu Puteh, Dato' Vida ni, orang tu mesti spesis yang duk hutan tak pernah tengok tv. Aku paling muak lah tengok pompuan tu asyik asyik dengan style qu puteh qu puteh nya sambil tunjuk pipi kiri kanan..eeewww. Geli kalau tengok lama-lama. Tapi itulah keunikan cara beliau mempromosikan produk kesihatannya tu. Boleh fight dengan Datuk Syukri terlajak laris tauu..so tak hairanlah kalau hasil daripada jualan produknya itu membolehkan mereka jadi kaya raya sampai mampu beli rumah RM22 juta..fuh
So, kalau korang dah muak nampak muka Dato Vida ni kat program Gegar Vaganza..maaf seribu kali maaf lah ya sebab kemungkinan besar Dato Vida akan bergegar lagi di arena bola sepak tanah air. Dengar kata, dia akan menaja pasukan Kelantan pada musim depan. Namun dia ada beberapa syarat kalau nak menaja pasukan itu. Pertama, Stadium Sultan Muhammad IV perlu dicat kepada warna merah jambu dan syarat kedua pula ialah pasukan Kelantan harus menukar nama pasukan kepada Pamoga Qu Puteh TRW. Ni baru syarat umum, belum termasuk lagi syarat tersirat lain. Aku pasti, para pemain Kelantan bakal diwajibkan minum Pamoga agaknya. Itu kira okay sikit..tapi kalau diwajibkan buat style 'qu puteh qu puteh barulah puteh' dengan isyarat jari ke pipi sekali sebelum bermula setiap perlawanan...macam mana lah ya??
Qu Puteh bakal taja Kelantan? |
Tak dapat aku bayangkan...tapi kita lihat dari sudut positif la ya..beruntung pasukan Kelantan ni sebab ada bussineswomen anak kelahiran Kelantan yang sanggup berhabis wang demi kemajuan bola sepak negeri tersebut. Syabas Dato Vida!!
Engko ado??
Info menarik:
0 comments:
Post a Comment
Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...