Sunday, October 23, 2016
Jose Mourinho: Saya hormati Chelsea namun saya adalah 100% Manchester United
Monday, October 26, 2015
United diikat City di Old Trafford..birthday Rooney tak meriah nampaknya
Pertembungan dua gergasi berjiran, Manchester United dan Manchester City berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan di Old Trafford.
Nampaknya, sambutan hari jadi Kapten United, Wayne Rooney, yang ke-30 tak lah semeriah mana.
P/S: Dah ramal keputusan akan seri jer...mungkinkah pengakhiran musim EPL kali ini akan penuh dengan drama? Macam iklan Shell ini lah...enjoy!
Sunday, October 25, 2015
Chelsea tewas lagi..cuba teka apa yang dah berlaku dengan Mourinho semalam?
![]() |
| Jose Mourinho |
Pengurus Chelsea, Jose Mourinho enggan ditemuramah pihak media selepas diarah berada di tempat duduk penonton serta aksi tewas 2-1 kepada West Ham di Upton Park dalam aksi Liga Perdana, Sabtu malam.
Mourinho Diarah 'Keluar' Padang, Tewas 2-1 Kepada West HamMimpi ngeri kekalahan The Blues berterusan apabila tewas kali kelima dalam sepuluh perlawanan sekaligus memberi tekanan kepada Mourinho yang turut menyalahkan media dalam aksi tewas ini.
Chelsea tewas selepas bermain dengan sepuluh pemain apabila Namenja Matic dilayangkan kad kuning kedua sekaligus diarah keluar padang apabila melakukan kesalahan terhadap pemain tuan rumah, Mauro Zarate dan menolak Diafra Sakho pada minit ke-44.
Tindakan pengadil Jonathan Moss mengeluarkan kad merah kepada pemain tengah itu membuat Mourinho berang dan berada di ‘touchline’ sekaligus dia diarah meninggalkan padang bersama jurulatih skuad utama, Silvino Louro yang tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil itu.
Awal bulan ini, Mourinho turut didenda 50,000 pound (RM325,656) dan digantung satu perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak England (FA) kerana mengkritik pengadil Robert Madeley ketika aksi tewas 3-0 kepada Southampton, 3 Oktober lalu.
Dalam perlawanan itu, Zarate memberi jaringan awal kepada West Ham pada minit ke-17 dan kedudukan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama perlawanan. Namun Gary Cahill berjaya menyamakan kedudukan pada babak kedua, minit ke-55.
Berjauhan dengan pengurus tidak menghalang pemain-pemain Chelsea mempamerkan aksi lebih baik, namun situasi kemuncak dalam mencari gol kemenangan tersekat apabila pemain gantian, Andy Carroll menyumbat gol kemenangan buat West Ham, minit ke-79.Kekalahan tersebut menyaksikan kekebalan skuad bimbingan Slaven Bilic di laman sendiri apabila sebelum ini turut menewaskan pasukan Arsenal, Liverpool dan Manchester City.-mstar
Masih adakah peluang Chelsea untuk mempertahankan kejuaraan EPL musim ni? memang nampak sukar dah...by the way, tahniah kepada Arsenal yang menduduki tangga teratas liga EPL..untuk sementara waktu..hehehe..
Malam ni jangan lupa tengok derby yang paling dinanti-nantikan...Manchester United vs Manchester City..siapa yang bakal menang? Gua rasa keputusan malam ini akan seri 1-1..
P/S: Mungkin Chelsea kena bawak ahli silap mata ini ke Stamford Brigde untuk merawat nasib malang mereka..tengoklah magic yang dia buat, memang awesome
Sunday, September 13, 2015
Chelsea...awak..awak kat mana?
Nampaknya, permulaan musim EPL kali ini nampak sukar buat Chelsea...dah tak nampak kedudukannya atas liga..kat mana kedudukan Chelsea sekarang ni yer?
Chelsea's worst start of the season..3 defeats, a draw, and a win..dan pasukan yang paling banyak bolos selepas lima perlawanan..
Keputusan semalam menambah duka kepada pasukan Jose Mourinho selepas tewas 3-1 kepada Everton..thanks to Naismith's hat-trick..
Sunday, August 30, 2015
Chelsea kena 'goreng' di tempat sendiri oleh Crystal Palace
Lagi aksi kurang memberansangkan Dari Chelsea dalam saingan EPL semalam...Chelsea tewas 1-2 kepada Crystal Palace di laman sendiri, Stamford Bridge.
Gua tak pasti la... Sama ada Chelsea dah merudum atau Crystal Palace yang dah meroket naik prestasinya. Yang pasti, prestasi Chelsea pada awal musim ini memang agak teruk..hoho.
Anyway, masih terlalu awal untuk menilai sama ada Chelsea mampu mempertahankan kejuaraan atau tidak.
Keputusan Liga Perdana Inggeris yang lain.
Sunday, May 17, 2015
Crystal Palace bikin spoil hari terakhir Gerard di Anfield
Monday, January 19, 2015
Ambik kau! Manchester City tewas 0-2 di tangan Arsenal
Arsenal ni memang tak dijangka-jangka kehebatannya. Di kala ramai yang menjangka mereka akan tewas, tetiba mereka boleh menang pula.
Apapun, ambik kau!! City.
Monday, May 12, 2014
Gerard kena troll oleh peminat Manchester United lagi
Monday, April 14, 2014
Liverpool kalahkan City, hampiri gelaran EPL musim ini
![]() |
| Kesilapan Kompany membawa padah kepaga City |
Sunday, September 22, 2013
Pengurus Southampton, Pochettino kembang hidung selepas tewaskan Liverpool
![]() |
| Pochettino mengarahkan sesuatu kepada para pemainnya |
![]() |
| Terbaik... |
Monday, February 11, 2013
Malang lagi buat Manchester City
Ekoran daripada kekalahan ini, pengurus Manchester City lantas menyalahkan penjaga gol mereka, Joe Hart, kerana kesilapannya. Joe Hart turut dibidas kerana melipat kain lengan jersinya yang menyebabkan prestasi penjaga gol itu hambar.
Monday, January 21, 2013
Jaringan Dramatik Demsey Buatkan Manchester United kempunan tiga mata
![]() |
| RVP menjaringkan gol buat United. Gol ke-22 buatnya musim ini. |
Sunday, January 20, 2013
Benitez dah mengaku kalah
![]() |
| Pengurus Chelsea, Rafael Benitez |
Aduhai Benitez..kalau macam ni la tabiat kau, senang-senang saja si Abramovich tu tendang kau keluar musim depan..itu pun kalau dia masih bersabar.


.png)













