Sunday, March 13, 2022

Messi dan Neymar kena boo oleh peminat PSG



Gergasi Liga 1 Perancis, PSG yang tersingkir dalam saingan Liga Juara-juara Eropah oleh Real Madrid minggu lalu itu kini berdepan tekanan dengan penyokong sendiri. Walaupun PSG membawa kelebihan 1 gol ke Bernabeu namun ianya tidak mencukupi untuk menundukkan Real Madrid yang bangkit dari ketinggalan.

Kekecewaan penyokong PSG jelas kelihatan ketika PSG melayan kunjungan Berdeaux dalam saingan liga semalam di laman sendiri, Le Parc des Princes terutama terhadap dua bintang PSG, Messi dan Neymar.

Ketika sesi pemanasan, para penyokong melemparkan perkataan 'booo' kepada dua bintang ini ketika mereka menerima bola. Keadaan ini berterusan sepanjang babak pertama perlawanan.

Diharapkan agar kemenangan 3-0 ke atas Berdeoux itu mampu meredakan ketidakpuasan hati para penyokong. 

(sumber: Metro UK)

0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger