Showing posts with label Bastian Schweinsteiger. Show all posts
Showing posts with label Bastian Schweinsteiger. Show all posts

Friday, July 17, 2015

Manchester United beli empat pemain baru termasuk Kapten Jerman

Whoa..bukan calang-calang pemain baru  yang dibeli oleh Van Gaal ni. Ye lah, Manchester United pun bukannya kelab kelas JDT kan..hohoho.

Ini dia pemain baru MU iaitu kapten juara World Cup 2014, Bastian Schweinsteiger dari Jerman, Matteo Darmian, Morgan Schneiderlin, Dan Memphis Depay.

Sekarang ni, mereka sedang buat persiapan pra-musim kat Amerika. Sambil-sambil tu, van Gaal nak cuba try test macam mana prestasi para pemain barunya ini. Kalau dengan Schweinsteiger, van Gaal katanya tak da problem sebab sebelum ini pun mereka dah pernah bekerjasama ketika van Gaal jadi Manager kat Bayern Munich.

Anyway, harap-harap para pemain baru yang Top Class ni mampu membantu United untuk menang trofi pada musim baru. Dapat angkat triofi League Cup pun cukuplah..hohoho

Ps: Bila nak bawak CR7 balik ke Old Trafford?

Pps: Kenapa gua rasa Chelsea akan sapu habis semua trofi musim depan yer? Pelik..

Tuesday, July 15, 2014

Fuyoo! Rihanna berparti bersama pasukan Jerman sambil memegang trofi Piala Dunia

Jerman dapat peminat baru. Selepas menumbangkan Argentina di final Piala Dunia Brazil, bintang muzik ternama, Rihanna tidak melepaskan peluang untuk berparti bersama skuad Jerman.

Sebelum ini, Rihanna sering mengikuti perkembangan piala dunia sejak bulan lalu dan sering menghantar tweet mengenainya.

Pada perlawanan terakhir antara Jerman dan Argentina, Rihanna turut berada di stadium Maracana dan berjaya mengambil beberapa gambar bersama skuad Jerman selepas habis perlawanan. Dalam gambar-gambar itu, Rihanna sempat mendapat ciuman dari bintang Jerman, Lukas Podolski dan Bastian Schweinsteiger selain dapat bergambar bersama penjaring gol, Mario Gotze, dan penjaring terbanyak all time world cup, Miroslav Klose. 
Rihanna dicium Podolski dan Schweinsteiger

Rihanna dan Mario Gotze


Rihana dan Miroslav Klose


Rihanna bersama trofi Piala Dunia dan pemain Jerman

Dia turut kelihatan memegang trofi Piala Dunia - yang mana ianya bertentangan dengan peraturan FIFA. Why? Ini kerana Rihanna bukanlah salah seorang dari skuad pemenang piala dunia. But, anyway, pasukan Jerman tak kisah pun pasal benda tu...it's time to party katakan..

Bertuah punya Rihanna...

Cerita Blogger