Showing posts with label David Beckham. Show all posts
Showing posts with label David Beckham. Show all posts

Wednesday, November 12, 2014

Anak David Beckham, Brooklyn Wakili Arsenal

BROOKLYN Beckham iaitu anak sulung kepada bintang bola sepak dunia, David Beckham dilaporkan telah menandatangani perjanjian jangka pendek bersama Arsenal.

Brooklyn, 15, yang sedang menjalani latihan di akademi Arsenal akan mewakili skuad bawah 16 tahun kelab tersebut.

Anak kepada bekas ketua pasukan England itu dilaporkan turut mendapat perhatian daripada Chelsea dan Manchester United.

Dia juga pernah menjalani ujian pemilihan pemain yang diadakan oleh Chelsea, United, Queens Park Rangers dan Fulham.

Brooklyn yang bermain di posisi sayap kanan akan ditawarkan kontrak sebagai pemain profesional jika berjaya mempamerkan aksi memberangsangkan dalam tempoh perjanjian tersebut.

Pemain muda hanya dibenarkan menurunkan tandatangan sebagai pemain profesional ketika berusia 17 tahun.

Bapanya, David sebelum ini telah menempah nama di Manchester United di bawah kendalian Alex Ferguson, namun mereka mempunyai hubungan lebih akrab dengan Arsenal.

David mempunyai hubungan baik dengan Arsenal apabila dia diberikan peluang untuk berlatih dengan Arsenal pada Januari tahun lalu untuk kekal cergas selepas meninggalkan LA Galaxy.

Dia kemudian mewakili Paris Saint-Germain sebelum bersara sebagai pemain pada usia 39 tahun.

Selain Brooklyn, dua lagi anak David iaitu Cruz, 9, kini beraksi untuk pasukan bawah 10 tahun manakala abangnya, Romeo, 12, mewakili skuad bawah 13 tahun Arsenal. - mstar

Friday, January 11, 2013

Video David Beckham kena kejar dengan hanya berseluar dalam

Siapa yang kejar David Beckham ni??
Ya, memang betul ada video yang menunjukkan David Beckham kena kejar dengan hanya memakai seluar dalamnya. Adegan itu berlaku di kawasan Beverly Hills.

Tapi jangan terpedaya, video itu hanyalah sebuah adegan khas untuk mengiklankan seluar dalam jenama keluarannya sendiri iaitu H&M, sebuah jenama yang kian meningkat popularitinya. Dalam laporan Huffinton Post, walaupun video penuh belum dikeluarkan lagi tetapi pihak penerbit telah mengeluarkan beberapa foto sebagai tatapan anda. Iklan tersebut hanya disiarkan bermula 6 Februari depan.


Beckham yang juga merupakan pemain LA Galaxy dan bekas pemain Manchester United dan Real Madrid ini telah menjalankan kerjasama dengan pengarah terkenal, Guy Ritchie, di sepanjang pembikinan iklan tersebut.

Cerita Blogger