Friday, January 17, 2014

Kecoh bila tersalah letak tarikh pada tiket Piala Sumbangsih

Apa ni...salah cetak pulak dah..nasib baik masih sah..mungkin akan ada yang cakap ini sebagai kesilapan kecil saja tapi ianya tetap akan membuatkan ramai pembeli 'konpius'.


PERSATUAN Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) meminta peminat tidak gusar jika mendapat tiket salah cetakan tahun bagi perlawanan Piala Sumbangsih 2014 di Stadium Darul Makmur, malam ini. Setiausaha Agungnya, Fuzzeimi Ibrahim memberitahu, pihaknya mengesan kesilapan cetakan pada kira-kira 6,000 keping tiket yang tertera 2013 bukan 2014. Menurutnya, kesilapan itu diakui Bahagian Pertandingan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan badan induk itu menghantar beberapa pegawai semalam untuk menyelesaikannya. 
“Saya minta peminat yang memiliki tiket-tiket ini tidak bimbang kerana kita sudah maklumkan kesilapan pada penjaga tiket. 
“FAM sudah mengakui kesilapan teknikal itu dan tiket ini sah untuk perlawanan malam esok (ini), ”katanya di sini, semalam. 
Dalam pada itu, beliau turut memberitahu, Presiden PBNP, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah memperkenankan penjualan tiket pas bermusim untuk peminat Pahang. Menurutnya, pas boleh diperoleh pada harga RM1,000 untuk tempat duduk utama berbumbung membabitkan perlawanan anjuran PBNP untuk musim 2014. 
“Mereka yang berminat boleh ke pejabat persatuan dengan membawa dua keping gambar berukuran pasport, kad pengenalan serta wang," katanya. - SH

Yang dah beli tiket tu, tak kira yang tersalah tarikh ker atau yang terbetul tarikh, jangan lupa untuk jaga tatasusila semasa berada di stadim malam ini yer...agak-agak, siapa juara Piala Sumbangsih?? saya pilih Singa...hehe 

0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger