Showing posts with label Wayne Rooney. Show all posts
Showing posts with label Wayne Rooney. Show all posts

Wednesday, February 22, 2017

Rooney bakal tinggalkan Manchester United dan akan berhijrah ke China?

Berita ini bakal membuatkan peminat tegar Machester United mengalirkan air mata...ish ish ish..

Wayne Rooney mungkin akan tinggalkan Manchester United seawal minggu depan. Menurut laporan The Sun, Rooney telah ditawarkan hampir £1juta seminggu untuk bermain dengan sebuah kelab dari negara tembok besar China. Sekiranya Ronney menerima tawaran tersebut, dia bakal menjadi pemain bola sepak dengan gaji paling mahal di dunia. Ketika ini, Cristiano Ronaldo merupakan pemain termahal dengan gaji £365,000 seminggu. Wow!!
Mourinho bersedia kehilangan Rooney?
Manchester United dikatakan telah memberi lampu hijau untuk Rooney sama ada mahu terus kekal atau mahu menerima tawaran lumayan tersebut. Menurut rekod, Jose Mourinho hanya menurunkan Rooney dalam keseblasan utamanya sebanyak satu kali sahaja dalam sembilan perlawanan terakhir United. Ketika ditanya mengenai perkara ini, Mourinho menjelaskan bahawa dia tidak akan sesekali memaksa seorang lagenda United untuk meninggalkan kelab gergasi tersebut. Sebaliknya Mourinho meminta para wartawan untuk bertanya sendiri dengan Rooney sama ada mahu kekal atau berpindah. Mourinho turut menyatakan kesediannya dalam apa juga keputusan yang bakal dilakukan oleh Rooney.
Rooney seringkali menjadi pemanas bangku simpanan 
Rooney yang masih memiliki kontrak selama 18 bulan bersama Manchester United dengan bayaran £250,000 seminggu itu perlu membuat keputusan dalam tempoh seminggu sebelum tingkap perpindahan bagi bola sepak China ditutup pada Selasa depan.

Whoaa...sudah banyak bintang bola sepak yang berhijrah ke China seperti Carlos Tevez, Hulk dan Oscar. Kenapa mereka sanggup berpindah? salah satunya ialah kerana bayaran yang sangat-sangat lumayan hampir tiga kali ganda dari bayaran kelab terdahulu mereka. Daripada jadi pemanas bangku simpanan..elok lah Rooney pergi ke China saja. Gaji lebih mahal dan pasti dapat jadi starting eleven di setiap perlawanan. 

Lagi info menarik:

Sunday, June 15, 2014

Sepakan sudut paling teruk dari Wayne Rooney di World Cup


Inilah dia sepakan sudut paling teruk dari seorang pemain top dunia yang dibayar lebih sejuta ringgit seminggu dari England, Wayne Rooney.

Di kala England sedang berusaha untuk mencari gol penyamaan ketika bertemu Italy dalam peringkat kumpulan D Piala Dunia Brazil 2014, Rooney telah mensia-siakan sepakan sudut pada minit-mint terakhir perlawanan.

Bukan saja teruk, malah sepakannya itu terus saja melambung tinggi jauh tersasar ke arah penonton. England tewas dalam perlawanan itu..Kepada penyokong England...sabor jer lah..


Lagi Info Menarik:

Sunday, January 20, 2013

Gambar motosikal kuasa tinggi milik Wayne Rooney yang dilelong

Motosikal Wayne Rooney dilelong
 Memang kool, memang gempak, memang stylo motosikal kuasa tinggi milik Wayne Rooney ini. Motosikal buatan Lauge Jensen ini akan dilelong pada 20 Februari depan dengan harga sekitar  £40,000 dan £60,000 untuk disalurkan ke dalam badan amal kebajikan milik KidsAid.
 

Macam mana, nak beli tak? Bagi yang gila motor itu memang bergetar hati nak rembat satu. Apa lagi kalau orang itu peminat Wayne Rooney dan Manchester United. Motosikal tersebut juga turut dihiasi dengan lakaran gambar Wayne Rooney meraikan jaringan 'overhead kick' ketika menentang Manchester City pada Februari 2011 lalu.

Cerita Blogger