Sunday, May 17, 2015

Crystal Palace bikin spoil hari terakhir Gerard di Anfield

Memang satu 'send off' yang kurang enak buat Steven Gerard. Liverpool tewas 1-3 di Anfield kepada pasukan pelawat, Crystal Palace, sekaligus serba sedikit mencacatkan keraian perpisahan kapten Liverpool itu, Perlawanan EPL semalam itu merupakan yang terakhir buat Gerard di Anfield sebelum berhijrah ke Amerika untuk menyertai pasukan LA Galaxy di Major League Soccer.


Anyway..tahniah buat Steven Gerard yang telah menabur jasa yang tak ternilai kepada pasukan Liverpool selama ini. Gerard sememangnya telah menjadi ikon utama kepada pasukan The Reds sejak dua dekad lalu dan pasti namanya kini tercatat sebagai lagenda pasukan itu.

Cuma...kempunan jer lah..dalam banyak-banyak tropi..Tropi Liga Perdana Inggeris saja yang tak pernah tergapai oleh Gerard...not to mention World Cup and Euro lagi...huhu.

Saturday, February 21, 2015

Van Gaal nafi yang dia tidak disukai penyokong Manchester United

Ayat-ayat denial oleh van Gaal, "The way we work now gives us spirit'..

Itu dia jawapan van Gaal terhadap kritikan yang melanda dirinya ketika ini. Dia dikatakan sombong dan bersifat diktator. Sikapnya itu menyebabkan ramai orang kat Old Trafford kurang selesa dengannya termasuklah para penyokong. Itu cerita kat OT, kita tak tau pulak macam mana penerimaan peminat MU secara global..mungkin masih neutral agaknya.

Tapi kan..kalu kita lihat prestasi MU ketika ini, memang lebih baik berbanding zaman si Moyes...hohoho 

Cerita Blogger