Wednesday, July 9, 2014

Syirik! Media Brazil salahkan Mick Jagger ke atas kekalahan 7-1 di tangan Jerman

Siapa pulak Mick Jagger? Dia merupakan penyanyi utama dalam kumpulan rockers The Rolling Stones yang memang popular pada zaman 70-80an. Mungkin kerana terlalu kecewa dan terdesak, media Brazil mula menyalahkan penyanyi itu di atas kekalahan paling memalukan Brazil di laman sendiri, tewas 7-1 kepada Jerman dalam saingan separuh akhir piala dunia 2014 awal pagi tadi.
Mick Jagger dikatakan pembawa nasib malang untuk Brazil
Mengapa Mick Jagger dipersalahkan oleh media Brazil? Menurut laman web Mirror, Mick Jagger digelar sebagai 'pe frio', terma yang diberi kepada orang yang membawa nasib malang. Ini kerana setiap kali Mick Jagger mengumumkan sokongannya kepada sesuatu pasukan, pasukan itu pasti kalah.

Contohnya, ketika dia membuat persembahan di Rome, dia mengatakan bahawa Itali bakal mengalahkan Uruguay dan akan maju ke pusingan kalah mati. Namun yang terjadi adalah sebaliknya. 

Jagger sekali lagi memberitahu para peminatnya di Lisbon bahawa Portugal akan menang piala dunia - namun sebaliknya yang berlaku, Portugal tersingkir di peringkat kumpulan. Bukan setakat Portugal dan Italy, tapi England yang turut disokongnya juga tersingkir awal.

Pagi tadi, Jagger kelihatan sedang duduk di bangku penonton di stadium Mineiro bersama anaknya, Lucas yang mempunyai darah Brazil.

Ini bukanlah kali pertama media Brazil mengekspresikan kepercayaan karut ini. Pada Piala Dunia 2010 di South Africa , mereka turut menyalahkan Mick Jagger kerana membawa nasib malang dengan memakai jersi pasukan Brazil. Brazil tewas kepada Netherlands dalam perlawanan suku akhir itu.
We're behind..7-1 - Scolari
Apapun keadaannya, sudah tertulis dalam sejarah, Brazil tewas dengan dasyat pagi tadi. Tahniah Jerman! 

0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger