Saturday, January 25, 2014

Peminat Manchester United mabuk hubungi 911 untuk minta bantuan Ferguson


Aduhai..macam-macam gelagat peminat United ni yer..dulu, ada peminat yang sanggup bunuh diri selepas MU tewas berturut-turut. Lepas tu ada pula yang buat replika Alex Ferguson di luar stadium..terbaru, penyokong yang kecewa ini menelefon pula 911 untuk mintak bantuan Ferguson..adedei...ini belum masuk lagi berita yang tak masuk paper..kuat betul penangan United ni yer..adakah mereka kini di ambang kejatuhan? 

LONDON - Polis mendedahkan, seorang penyokong Manchester United yang mabuk selepas kecewa dengan kekalahan terbaru kelab tersebut telah menghubungi talian kecemasan Britain, 999 untuk bercakap dengan bekas pengurus pasukan, Alex Ferguson. Polis daerah Greater Manchester berkata, panggilan tersebut diterima daripada seorang lelaki di utara Manchester pada jam 10.30 malam kelmarin, tidak lama selepas United dikejutkan dengan kekalahan kepada Sunderland pada separuh akhir Piala Liga. 
Kedua-dua pasukan terikat secara agregat 3-3, namun Sunderland melangkah ke perlawanan akhir menerusi penentuan penalti. Menanti The Black Cats di final adalah gergasi Liga Perdana, Manchester City. Menurut polis, tindakan penyokong tersebut agak keterlaluan dan memberi pendapat bahawa lebih baik dia menelefon terus ke Old Trafford jika ingin bercakap dengan Ferguson. 
"Malam semalam (kelmarin) tepat pukul 10.30 seorang lelaki dari Crumpsall mendail talian 999 dan bercakap dalam keadaan mabuk minta disambungkan kepada Ferguson kerana kecewa dengan keputusan perlawanan itu. 
"Memang ia agak sedih dan tertekan jika pasukan bola sepak anda tewas tetapi anda semua perlu tahu talian 999 hanyalah untuk kecemasan sahaja. 
"Jika ada sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan polis tetapi tidak ada kena mengena dengan kecemasan mereka boleh menghubungi operator. 
"Jika anda mahu bercakap dengan Ferguson tentang keputusan bola sepak semasa, kami mencadangkan anda cuba menghubungi terus ke kelab Manchester United, di mana anda berpeluang untuk bersembang dengan dia berbanding menghubungi polis," katanya. Kekalahan kelmarin menambah derita United yang buat kali pertama musim ini tidak dibimbing jurulatih legenda, Ferguson. 
Mereka juga sudah tersingkir dari saingan Piala FA dan ketinggalan 14 mata di belakang pendahulu Liga Perdana, Arsenal. - AFP

Tapi mungkin masih terlalu awal untuk menilai prestasi sebenar Moyes di United..alaa..baru tiga empat bulan Moyes kat sana..bagilah dia chance sikit..kalau tahun depan lagi teruk, baru lah pecat..lagipun United kan dah menang banyak trofi..bagi lah peluang kat pasukan lain pulak..hehe...

Kalau anda sedang berduka dengan United sekarang, apa kata anda tengok video iklan dari Petronas ini..gerenti anda akan bahagia..hehe 

0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger