Argentina terpaksa menunggu sehingga minit ke-118 untuk mengesahkan tempat ke suku akhir menerusi gol tunggal sumbangan Angel di Maria untuk mengecewakan Switzerland. Namun selaku status pasukan pilihan ini bukan kali pertama dalam temasya di Brazil di mana anak buah Alejandro Sabella gagal mempamerkan ketajaman penyudah mereka sekalipun mempunyai ramai pemain berbakat.
Percaturan Sabella untuk tidak mengeluarkan di Maria yang tidak memberi sumbangan yang begitu bermakna sepanjang perlawanan, setidak-tidaknya memberi pulangan apabila pemain Real Madrid itu menyumbang kepada gol kemenangan selepas mendapat lorongan daripada Lionel Messi.
Keputusan itu dianggap kejam buat Switzerland yang memberikan persembahan yang wajar dipuji terutama di bahagian pertahanan.
Tandukan Gonzalo Higuain dalam tempoh 25 minit awal permainan mencerminkan betapa tidak banyak peluang menarik diciptakan kedua pasukan.
Selepas itu Switzerland menghidupkan aksi perlawanan dengan cubaan daripada Granit Xhaka dan Stephan Lichsteiner.
Josip Drmic mempersiakan peluang terbaik pasukan bimbingan Ottmar Hitzfeld itu apabila terburu-buru melepaskan tendangan ketika cuma berhadapan dengan Sergio Romero.
Penjaga gol Switzerland, Diego Benaglio juga bertindak cemerlang ketika menafikan cubaan Marcos Rojo dan tandukan Higuain.
Tinggal beberapa minit selepas di Maria menjaringkan gol, Switzerland memiliki dua kesempatan terbaik untuk menyamakan kedudukan yang menyaksikan cubaan Blerim Dzemaili terkena tiang gol manakala sepakan percuma yang diambil Xherdan Shaqiri tidak berjaya melepasi benteng Argentina.
USA Tersingkir
Belgium mengetepikan cabaran Amerika Syarikat (AS) apabila menang 2-1 untuk menempah pertemuan dengan Argentina di peringkat suku akhir Piala Dunia 2014. Kejayaan Belgium mara ke peringkat ini merupakan yang pertama sejak edisi 1986 dan secara tidak langsung ini bermakna kesemua juara di peringkat kumpulan masih lagi bertahan.
Penyerang muda, Divock Onagi menjadi pilihan untuk mengetuai serangan Belgium selepas Romelu Lukaku kurang menyengat dalam perlawanan yang lepas manakala Vincent Kompany mengatasi kecederaan pangkal peha dan perut untuk mengukuhkan benteng.
AS dipaksa melalkukan pertukaran awal selepas permainan baru berlangsung 30 minit, ekoran kecederaan yang menimpa Fabian Johnson. Perlawanan ini terpaksa diheret ke masa tambahan selepas kedua penjaga gol, terutamanya Tim Howard begitu tangkas menafikan percubaan-percubaan berbahaya.
Howard bagaimanapun gagal mempertahankan kekebalannya apabila De Bruyne diberi ruang untuk melepaskan tendangan rendah yang melepasi jangkauannya pada minit ke-93. Lukaku yang masih segar memanfaatkan peluang yang dimiliki untuk menjadikan kedudukan 2-0 selepas menyambut hantaran De Bruyne.
AS bagaimanapun tidak mudah putus harapan dan Julian Green kemudian mencetak namanya sebagai penjaring termuda buat AS.
Semangat para pemain Jurgen Klinsmann terus melonjak tetapi nasib tidak menyebelahi Jermaine Jones dan Clint Dempsey meskipun mendapat peluang terbuka di depan pintu gol Belgium.
Sumber: Stadium Astro
Di Maria wira Argentina |
Keputusan itu dianggap kejam buat Switzerland yang memberikan persembahan yang wajar dipuji terutama di bahagian pertahanan.
Tandukan Gonzalo Higuain dalam tempoh 25 minit awal permainan mencerminkan betapa tidak banyak peluang menarik diciptakan kedua pasukan.
Selepas itu Switzerland menghidupkan aksi perlawanan dengan cubaan daripada Granit Xhaka dan Stephan Lichsteiner.
Josip Drmic mempersiakan peluang terbaik pasukan bimbingan Ottmar Hitzfeld itu apabila terburu-buru melepaskan tendangan ketika cuma berhadapan dengan Sergio Romero.
Penjaga gol Switzerland, Diego Benaglio juga bertindak cemerlang ketika menafikan cubaan Marcos Rojo dan tandukan Higuain.
Tinggal beberapa minit selepas di Maria menjaringkan gol, Switzerland memiliki dua kesempatan terbaik untuk menyamakan kedudukan yang menyaksikan cubaan Blerim Dzemaili terkena tiang gol manakala sepakan percuma yang diambil Xherdan Shaqiri tidak berjaya melepasi benteng Argentina.
USA Tersingkir
Belgium mengetepikan cabaran Amerika Syarikat (AS) apabila menang 2-1 untuk menempah pertemuan dengan Argentina di peringkat suku akhir Piala Dunia 2014. Kejayaan Belgium mara ke peringkat ini merupakan yang pertama sejak edisi 1986 dan secara tidak langsung ini bermakna kesemua juara di peringkat kumpulan masih lagi bertahan.
Pemain Belgium meraikan kemenangan mereka |
AS dipaksa melalkukan pertukaran awal selepas permainan baru berlangsung 30 minit, ekoran kecederaan yang menimpa Fabian Johnson. Perlawanan ini terpaksa diheret ke masa tambahan selepas kedua penjaga gol, terutamanya Tim Howard begitu tangkas menafikan percubaan-percubaan berbahaya.
Howard bagaimanapun gagal mempertahankan kekebalannya apabila De Bruyne diberi ruang untuk melepaskan tendangan rendah yang melepasi jangkauannya pada minit ke-93. Lukaku yang masih segar memanfaatkan peluang yang dimiliki untuk menjadikan kedudukan 2-0 selepas menyambut hantaran De Bruyne.
AS bagaimanapun tidak mudah putus harapan dan Julian Green kemudian mencetak namanya sebagai penjaring termuda buat AS.
Semangat para pemain Jurgen Klinsmann terus melonjak tetapi nasib tidak menyebelahi Jermaine Jones dan Clint Dempsey meskipun mendapat peluang terbuka di depan pintu gol Belgium.
Sumber: Stadium Astro
Lagi Info Menarik:
0 comments:
Post a Comment
Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...