Tuesday, July 1, 2014

Penjelasan kenapa Mesut Ozil tidak puasa sempena bulan Ramadan ini

Kedatangan Ramadan berlangsung serentak dengan pusingan kalah mati di Kejohanan Piala Dunia.Pemain Perancis, Karim Benzema dan pemain Jerman, Mesut Ozil antara pemain beragama Islam yang beraksi di Piala Dunia 2014.
Mesut Ozil
Ia bukan halangan buat sebahagian pemain Perancis, Jerman, Switzerland, Belgium, Algeria dan Nigeria yang beragama Islam.

Selain Benzema dan Ozil, antara pemain beragama Islam dalam Piala Dunia kali ini ialah Sami Khedira dari pasukan Jerman, Mamadou Sakho dan Moussa Sissoko dari pasukan Perancis, Marouane Fellaini pemain tengah Belgium, Xherdan Shaqiri pemain tengah Switzerland serta beberapa pemain lain.

Bagaimanapun Ozil mengakui tidak akan berpuasa untuk beraksi bagi pasukannya. Kebiasaannya, bintang-bintang profesional ini mengamalkan pemakanan ketat bagi mengekalkan hidrasi dan menjamin kecergasan tubuh.

Mereka juga perlu menyesuaikan diri dengan atmosfera panas lembap di beberapa tempat perlawanan di Brazil. Waktu dari imsak ke azan Maghrib di Rio de Janeiro mengambil tempoh 11 hingga 12 jam.

Sumber: Astro Awani

P/s: Korang yang tak der halangan untuk berpuasa...jangan pula buat-buat lupa puasa tau..

0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger