Tuesday, March 4, 2014

Tindakan Ultras Malaya memang sengaja untuk memalukan FAM

Logo Ultras Malaya
Ada siapa-siapa tak yang mengaku diri sebagai sebahagian dari kumpulan Ultras Malaya? Ultras Malaya adalah sebuah kumpulan penyokong tegar pasukan bola sepak negara. Mereka lah yang berdiri teguh menyokong skuad negara dalam keadaan suka dan duka. Namun adakah tindakan mereka dengan membaling bom asap ke dalam padang semasa perlawanan berlangsung adalah satu tindakan wajar semata-mata untuk menuntut perubahan dalam kepimpinan FAM? Lu pikiq sendiri..

Protes Ultras Malaya di Stadium Selayang
“Jika tempoh lapan minit yang Ultras Malaya lakukan semalam (kelmarin) di anggap memalukan negara, bagaimana pula dengan tempoh 30 tahun yang dilakukan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) terhadap bola sepak negara? 
Itu reaksi salah seorang penggerak Ultras Malaya yang mempertahankan tindakan mereka mencetuskan kekecohan dengan membakar suar dan membaling bom asap ke dalam padang sehingga menyebabkan perlawanan persahabatan antarabangsa antara skuad kebangsaan dengan Filipina sehingga terpaksa dihentikan selama lapan minit di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) kelmarin. 
Insiden itu berlaku pada minit ke-30 selepas Ultras Malaya hanya berdiam diri sebaik permainan bermula sebagai tanda protes kepada kepimpinan Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah selama 30 tahun. Ramai menganggap apa yang dilakukan oleh sekumpulan penyokong tegar skuad negara itu adalah keterlaluan walaupun tiada kecederaan dilaporkan namun bagi Ultras Malaya, tindakan itu adalah mesej jelas kepada FAM bahawa mereka akan terus menuntut perubahan dalam badan induk bola sepak itu. 
“Memang apa yang kami lakukan itu untuk memalukan FAM.- Harian Metro

Tak pasal-pasal nanti AFC dan FIFA akan ban penyokong dari masuk stadium dalam semua perlawanan yang melibatkan skuad negara di halaman sendiri. Kalau stadium kosong..memang tak best tengok bola tanpa kelibat sorakan para penyokong. Nak ker jadi macam tu? Anyway, memang patut pun FAM kena rombak. Bak kat Ultras Malaya, "30 Tahun Neraka"

"Jika tidak mampu menyokong ketika kalah, jangan bersorak ketika menang" - Ultras Malaya

Lagi Info Menarik:

0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger