Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) nyata tidak 'terbakar' dengan protes melampau Ultras Malaya yang membakar suar dan membaling bom asap di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Sabtu lalu apabila membuat keputusan tidak akan mengambil tindakan drastik terhadap kumpulan penyokong tegar itu.
Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pihaknya tidak bercadang mengharamkan Ultras Malaya daripada memasuki stadium selepas ini kerana bagi mereka ia bukan jalan penyelesaian terbaik.
“Kami tidak akan mengharamkan Ultras Malaya (daripada memasuki stadium). Untuk tidak membenarkan mereka memasuki stadium selepas ini bagi saya bukan tindakan bijak. Kami akan menggunakan cara yang lebih profesional untuk memastikan tiada lagi insiden tidak diingini,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.
ULTRAS Malaya akui sengaja mahu malukan FAM. |
Ultras Malaya pada Sabtu lalu mencetuskan kekecohan apabila bertindak membakar suar dan membaling bom asap sehingga menyebabkan perlawanan persahabatan antara Malaysia dengan Filipina terhenti selama lapan minit pada babak pertama.
Insiden itu berlaku pada minit ke-30 sebagai tanda protes mereka terhadap kepimpinan 30 tahun Presiden FAM Sultan Ahmad Shah. - mymetro
Lagi Info Menarik:
0 comments:
Post a Comment
Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...