Friday, May 2, 2014

Biar betik!! Penyerang Brazil ini akan menyarung jersi Harimau Malaya?

Kuala Lumpur: “Saya gembira bila terbaca laporan hari ini (semalam). Memang saya sangat berminat untuk menyertai pasukan Malaysia jika benar mereka mahu menggunakan khidmat saya,” kata penyerang Brazil, Paulo Rangel yang bersedia menukar status kerakyatan untuk mewakili skuad Harimau Malaya.

Rangel, 29, kini beraksi dengan Selangor menyatakan minat untuk memberi sumbangan kepada skuad kebangsaan memandangkan dia tidak pernah beraksi di pentas antarabangsa bersama negara kelahirannya. 

“Saya dan keluarga amat selesa di Malaysia. Dengan pengalaman bersama pasukan di sini, saya bersedia jika khidmat saya benar-benar diperlukan untuk Harimau Malaya,” kata Rangel yang sudah hampir dua tahun di Malaysia selepas beraksi dengan Perak musim lalu. 
Paulo Rangel nak jadi pemain Harimau Malaya?
Menerusi laporan Arena Metro semalam, Rangel dikatakan berminat menyarung jersi Harimau Malaya menerusi status di laman sosial Twitter dan Instagram miliknya.

Hasratnya itu mendapat reaksi positif ramai penyokong tempatan yang melihat kehadiran penjaring terbanyak Liga Super musim ini dengan 10 gol mampu membantu skuad kebangsaan yang kini dihimpit masalah kemerosotan prestasi.


Bagaimanapun ia bukan proses mudah untuk Rangel mendapat taraf kerakyatan namun bekas pemain kelab juara Liga Thailand 2012 Muang Thong United itu mengakui bersedia melalui segala proses permohonan. 

“Saya tidak tahu dari segi peraturan (untuk bermain dengan Malaysia), tetapi ia bergantung kepada keadaan semasa. Seperti yang saya katakan tadi, saya bersedia pada bila-bila masa,” katanya. - hmetro

P/s: Harimau Malaya akan bertukar kepada Harimau Bersamba...nak ker??

4 comments:

  1. Tak der hal bro.. Gua ok jer..

    ReplyDelete
  2. blog bagus ni, tingkatkan terus gan

    www.s55bet.com

    ReplyDelete
  3. you are really a just right webmaster. The site loading pace is amazing.
    It seems that you're doing any unique trick. Furthermore, The contents are masterpiece.
    you've done a magnificent process in this matter!


    Here is my blog post - Payoneer Tuto

    ReplyDelete
  4. I'm gone to tell my little brother, that he should also pay a visit this web site on regular basis to take updated from most up-to-date reports.


    Feel free to surf to my website - fifa 14 hacking tool ()

    ReplyDelete

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger