Kelana Jaya: Status Wan Zack Haikal Wan Noor untuk beraksi dengan Kelantan pada saingan Liga M masih lagi menjadi tanda tanya apabila FAM mengesahkan nama bekas pemain kelab Jepun FC Ryukyu itu masih belum didaftarkan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).
Setakat ini KAFA hanya mendaftarkan dua pemain tempatan Brendan Gan dan Mohd Fitri Omar pada tempoh perpindahan pemain kedua Liga M bermula 22 Mac lalu walaupun The Red Warriors (TRW) itu menamatkan khidmat seorang pemain pertahanan Lim Choon Wee.
Dengan kehadiran Brendan dan Fitri, Kelantan masih mempunyai seorang lagi pemain untuk disenaraikan dan jika KAFA tidak mendaftarkan Wan Zack Haikal sehingga 20 April ini, pemain sayap kebangsaan berusia 23 tahun itu yang masih dalam proses pemulihan kecederaan Anterior Cruciate Liga ment (ACL) terpaksa menunggu sehingga musim depan untuk kembali beraksi.
KELIBAT Wan Zack (tengah) menjadi tanda tanya, sedangkan Brendan (kiri) dan Fitri sudah didaftarkan KAFA. |
Ada kemungkinan KAFA masih belum mendapat Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) daripada kelab lamanya dan Pemangku Presiden KAFA Datuk Seri Afandi Hamzah ketika ditanya mengenai persoalan itu juga gagal memberikan sebarang penjelasan.
“Setakat ini Kelantan hanya mendaftarkan Brendan dan Mohd Fitri dan saya sendiri tidak tahu mengenai status Wan Zack Haikal kenapa dia masih belum didaftarkan. Tapi Kelantan masih mempunyai masa sehingga 20 April ini dan sama ada ia membabitkan isu ITC, saya tidak pasti,” katanya ketika ditemui pemberita semalam. - hmetro
Lagi Info Menarik:
0 comments:
Post a Comment
Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...