Showing posts with label USA. Show all posts
Showing posts with label USA. Show all posts

Wednesday, July 2, 2014

Makin menarik! Gol-gol saat akhir permainan pastikan Argentina dan Belgium mara

Argentina terpaksa menunggu sehingga minit ke-118 untuk mengesahkan tempat ke suku akhir menerusi gol tunggal sumbangan Angel di Maria untuk mengecewakan Switzerland. Namun selaku status pasukan pilihan ini bukan kali pertama dalam temasya di Brazil di mana anak buah Alejandro Sabella gagal mempamerkan ketajaman penyudah mereka sekalipun mempunyai ramai pemain berbakat. 
Di Maria wira Argentina
Percaturan Sabella untuk tidak mengeluarkan di Maria yang tidak memberi sumbangan yang begitu bermakna sepanjang perlawanan, setidak-tidaknya memberi pulangan apabila pemain Real Madrid itu menyumbang kepada gol kemenangan selepas mendapat lorongan daripada Lionel Messi. 

Keputusan itu dianggap kejam buat Switzerland yang memberikan persembahan yang wajar dipuji terutama di bahagian pertahanan. 

Tandukan Gonzalo Higuain dalam tempoh 25 minit awal permainan mencerminkan betapa tidak banyak peluang menarik diciptakan kedua pasukan. 

Selepas itu Switzerland menghidupkan aksi perlawanan dengan cubaan daripada Granit Xhaka dan Stephan Lichsteiner. 

Josip Drmic mempersiakan peluang terbaik pasukan bimbingan Ottmar Hitzfeld itu apabila terburu-buru melepaskan tendangan ketika cuma berhadapan dengan Sergio Romero. 

Penjaga gol Switzerland, Diego Benaglio juga bertindak cemerlang ketika menafikan cubaan Marcos Rojo dan tandukan Higuain.

Tinggal beberapa minit selepas di Maria menjaringkan gol, Switzerland memiliki dua kesempatan terbaik untuk menyamakan kedudukan yang menyaksikan cubaan Blerim Dzemaili terkena tiang gol manakala sepakan percuma yang diambil Xherdan Shaqiri tidak berjaya melepasi benteng Argentina. 


USA Tersingkir
Belgium mengetepikan cabaran Amerika Syarikat (AS) apabila menang 2-1 untuk menempah pertemuan dengan Argentina di peringkat suku akhir Piala Dunia 2014. Kejayaan Belgium mara ke peringkat ini merupakan yang pertama sejak edisi 1986 dan secara tidak langsung ini bermakna kesemua juara di peringkat kumpulan masih lagi bertahan. 
Pemain Belgium meraikan kemenangan mereka
Penyerang muda, Divock Onagi menjadi pilihan untuk mengetuai serangan Belgium selepas Romelu Lukaku kurang menyengat dalam perlawanan yang lepas manakala Vincent Kompany mengatasi kecederaan pangkal peha dan perut untuk mengukuhkan benteng. 

AS dipaksa melalkukan pertukaran awal selepas permainan baru berlangsung 30 minit, ekoran kecederaan yang menimpa Fabian Johnson. Perlawanan ini terpaksa diheret ke masa tambahan selepas kedua penjaga gol, terutamanya Tim Howard begitu tangkas menafikan percubaan-percubaan berbahaya. 

Howard bagaimanapun gagal mempertahankan kekebalannya apabila De Bruyne diberi ruang untuk melepaskan tendangan rendah yang melepasi jangkauannya pada minit ke-93. Lukaku yang masih segar memanfaatkan peluang yang dimiliki untuk menjadikan kedudukan 2-0 selepas menyambut hantaran De Bruyne. 

AS bagaimanapun tidak mudah putus harapan dan Julian Green kemudian mencetak namanya sebagai penjaring termuda buat AS. 

Semangat para pemain Jurgen Klinsmann terus melonjak tetapi nasib tidak menyebelahi Jermaine Jones dan Clint Dempsey meskipun mendapat peluang terbuka di depan pintu gol Belgium. 

Sumber: Stadium Astro

Saturday, October 12, 2013

Pasangan lesbian Abby Wambach dan Sarah Huffman dah kahwin

Pemain bola sepak wanita sensasi dari Amerika, Abby Wambach sudah berkhawin dengan rakan sepasukannya, Sarah Huffman, di sebuah majlis di Hawaii, seperti yang dilaporkan olah Huffington Post.
Huffman dan Wambach

Hubungan mereka pada mulanya masih disembunyikan namun satu tweet dari Huffman pada Julai lalu telah mendedahkan status hubungan mereka. Huffman kini aktif dalam kumpulan Athlete Ally yang memperjuangkan hak gay atau LGBT serta memerangi homophobia di dalam industri sukan.

Huffman menulis "I am excited to be an ally and stand up for people like me in the LGBT community," di twitternya ketika itu.


Cerita Blogger